Senyum itu satu sedekah

Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan 
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat.  Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya.  Sepanjang bulan ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"


Kepada semua yang beragama Islam saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan  tingkatkan 'amal ibadah.  

Thursday, July 28, 2011

Resepi oh resepi

Atas permintaan adik comel yang nama dia Isma tu...akak letakkan resepi tu kat sini.  Senang dan mudah jer nak buat...  Harap2 terbuka la selera Is yang tak berapa lalu nak makan tu..hehehe


Kerabu Kacang Botor

Bahan
Kacang botor - potong serong pendek-pendek
Bunga kantan - potong serong jugak
Bawang besar - potong la pesen mana pon
Cili api / cili merah. cili hijau - potong-potong gak
Buah tomato - potong kecik-kecik
Beberapa ekor sotong yang telah direbus - potong juga
Garam secukupnya
Gula secubit rasa
Perahan limau nipis/ air asam pekat2 pon boleh

Lepas tu campur je kesemua bahan....Perah ngan limau nipis.....siap...

*  Gambo dia rujuk kat  entry Jom memasak!



Petai  Tempoyak

 Bahan

3 papan petai yang telah dikikis kulitnya (ikut suka)
Bawang besar dipotong baji
Ikan bilis (digoreng)
3-4 sudu tempoyak
Cili api yang telah ditumbuk
Sedikit air
Garam secukup rasa
Secubit gula
Minyak untuk menumis
Bawang merah dan putih - ditumbuk

Cara masak

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih.  Setelah itu masukkan petai dan sedikit air air.  Masukkan bawang besar yang telah dipotong baji. Masukkan  cili api yang telah ditumbuk, tempoyak, garam dan gula.
Agak-agak dah masak tutup api.  Masukkan ikan bilis yang telah digoreng.  Gaul-gaulkan.  Dah siap....

Selamat mencuba kepada Is dan sesiapa saja yang sudi...

Durian & Restoran Jejantas Sungai Buloh

RM8 makan durian sepuasnya di Restoran Jejantas Sungai Buloh 

KUALA LUMPUR 26 Julai - Dengan hanya membayar RM8 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada ”Pesta Jom Makan Durian” di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Khamis ini. Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Expressways Berhad (PLUS), Khalilah Datuk Mohd Talha berkata, pesta itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang sepanjang tiga hari itu (selagi stok masih ada). Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, sebanyak 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta berkenaan bagi tujuan mempromosi buah durian kepada pengguna lebuh raya. - Bernama
*************************************************************************




Gambor sekadar hiasan...Google


Aaaaaa.......artikel tu aku ambik dari bernama....  jadi sapa2 yang berminat boleh la ke sana.  Rasa durian Bukit Gantang ni InsyaAllah sedappp...Napa aku kata InsyaAllah sedap.  Sebab durian2 tu  yang aku bedal  bila balik kt umah mak dan ayah mertua ku.  Mereka orang Bukit Gantang.  Yang kecik pon ok.  Kalau dapat durian kawin perrgghh...lagi best!  Tapi tahap best durian ni terpulang kepada individu.  yang magicnya tempoyak aku tak berapa reti pulak..  kalau ada tu cuit2 jer..tak pon tak makan.. 

Kalau kawan2 en suami pun jual kat sini.  Murah lagi... hari2 dibawa dari Bukit Gantang.  memang aku melantak banyak sampai berangin2 badan dan sakit kepala.....sapa suruh melantak ek... makan tak berhingat!

Durian jenis apa yang ada kat sana aku tak pasti, jadi korang kena ringan2kan kaki tuk melangkah ke lokasi kejadian. Napa aku tak tau sebab aku pon belom pegi lagi....P.  Minggu depan dah nak puasa.  Tinggal berapa hari jer lagi lalu nak makan durian nih.  Kalo sedang berpuasa aku tak layan la rasanya..hehe




Tuesday, July 26, 2011

Dugaan Ilahi, ribut melanda Sg. Besar

Terkesima sebentar setelah membaca post dari rakan facebook.  Baru petang semalam aku menghubungi mak di kampung bertanyakan kabar.  Baik-baik sahaja dalam kesibukkan ke sawah mengutip padi angin.

Manakan tidak...Kawasan Sungai Besar telah di landa ribut yang teruk bermula sekitar jam 1 pagi hingga 2.30 pagi. Banyak kemusnahan telah berlaku.  Takdir dan kuasa Ilahi tiada siapa dapat menduga dan menandingiNya.  Dari apa yang diberitakan kubah masjid Parit 6 pun terkepak.  Pokok-pokok tumbang melintangi jalan sehingga membabitkan kudrat dan tenaga anggota bomba untuk mengalihkannya.  Kedai minum di Parit 5 1/2 dilaporkan rosak teruk manakala kedai minum di Parit 3 1/2 musnah sama sekali.  Kedai buah-buahan di pekan Sungai Besar juga dilaporkan mengalami kerosakkan yang teruk. Stadium juga tidak ketinggalan menerima tempias kerosakkan.

Ini antara gambar kejadian yang aku pinjam dari en Sungai Besar.


 Papan tanda Majlis Daerah Sabak Bernam

 Used car kat Simpang LPN

 Kampung Parit 13

Stadium Sungai Besar

Alhamdulillah..kedua ibu bapaku selamat.  Namun tidak terlepas dari mengalami suasana mencemaskan itu.  Ada sedikit kerosakkan di mana kayu yang di pahat untuk dijadikan lubang angin (rumah-rumah lama) tertanggal dari kedudukannya. Rumah Pak Usu ku juga mengalami kerosakkan di bahagian dapur.  

Sawah padi juga terhampar umpama padang golf,  tak silap  aku dah nak hampir menuai padi atau sedang rancak menuai.  Bagaimanalah rezeki mereka tahun ini.  Mungkin kurang dari kebiasaan.  Namun itulah takdir yang Maha Esa. Semua ini sebagai peringatan dariNya. Allah sayangkan ummatNya dan menurunkan bala kepada hamba-hambaNya sebagai peringatan. Sebagai hambaNya sama-samalah muhasabah diri dan renungkan apa yang telah kita lakukan...aku juga tidak terkecuali.

Peristiwa ini juga mengingatkan aku kejadian ribut yang juga pernah berlaku beberapa tahun yang lalu di mana telah mengorbankan nyawa seorang ibu tua yang tertimbus di dalam runtuhan rumahnya.  Suaminya juga yang telah lanjut usia tidak mampu berbuat apa-apa.  Kejadian itu betul-betul berlaku di kampungku.  Mungkin sekitar tahun 2000.  Ya Allah...kau tempatkanlah makcik itu di tempat yang sebaiknya...

Ramadhan ini InsyaAllah aku pulang.

Saturday, July 23, 2011

Kenduri blok H sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Semalam aku bercerita tentang makan2 di Faculty Engineering sempena menyambut Ramadhan.  Hari ni plak kat blok sebelah aku buat kenduri sempena kehadiran Ramadhan jugak.  Blok ni memang terkenal dengan  aktiviti kenduri.  Semangat gotong rotong mereka memang best!  Bak kata pepatah "Berat sama di pikul ringan sama dijinjing".  Semua kerja buat secara gotong royong.  Malahan bahan masakan juga ada antaranya adalah hasil tanaman mereka sendiri.  Rasa macam berada kat kampung pulak.

Untuk entry ni aku tak ada gambor nak letak sebab memang takde bawak medium apa-apa pon untuk tangkap gambor.  Pagi tadi aku ke sana untuk tolong-tolong apa yang patut. Lepas dah settle kerja rumah, aku pun datang membantu.  Sempat la buat potong rebung dan bawang untuk buat masak lauk tengah hari.  

Sebenornya kenduri besar malam nanti, tapi aku mmang tak dapat datang sebab ada program sekolah anak.

Pastu aku ngular jap kat rumah Sarah.  kat situ jugak.  hehe...pegi main-main jap ngan baby Jannah.  Pastu aku balik umah sebab nak siap-siap kan baju bajan dan barang-barang yang nak dibawa ke program sekolah anak petang nanti di Wetland Putrajaya.  Tak sempat pon tunggu nak makan.  Adehhh...lapor la plak tali perut nih...

Ok...aku nak sambung iron baju untk petang ni.  Tata....


Friday, July 22, 2011

Pergerakkan bayi dalam perut ibunya

Aku terjumpa video ni.  Rasa nak kongsi bersama.  Ia menunjukkan keadaan bayi yang sedang bergerak-gerak di dalam perut ibunya.  Pengalaman aku pun  taklah sehebat ini walaupun anak aku pun aktif semasa dalam kandungan. Yang ini memang Subhanallah.  Jom kite kongsikan bersama.

video

Memang aku rasa ngeri.  Aktif sungguh dia.  Macam dah tak sabar-sabar nak keluar melihat kebesaran Ilahi.  Hurm...dikatakan bila bayi lahir ke dunia ia menangis kerana takut untuk menghadapi dugaan di dunia ini. 

Eh, ....dah kuar tajuk pulak yer...

Kisah di Sungai Besar

Kisah di Sungai Besar

Seorang perempuan bersama anaknya menaiki sebuah motosikal singgah dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain. Dari satu kampung ke kampung yang lain.

Dipendekkan cerita.

"Encik....beri saya sepuluh ringgit.  Tolonglah saya encik, saya nak buat modal berniaga."

Maka siapa2 yang tersentuh hati dengan mudahnya akan menghulurkan bantuan.  Siapalah agaknya yang sanggup berbuat sedemikian.  Tak cuba tak tahu kan.  Kalau dah  1 rumah RM10, 100 rumah RM2000 ek.  Wah...Cukup sangat2 dah buat modal meniaga.  Masalahnya adakah betul digunakan untuk berniaga? Wallahu'aklam.


Gambar sekadar hiasan: google

Itu kisah sekarang...Terus mengingatkan aku kisah yang terjadi pada mak dan abah aku kira-kira 2 tahun lepas kot.

Kaedah yang sama...datang ke rumah menaiki motosikal bersama anak.  

"Pakcik, anak pakcik yang bernama si *****  ada berhutang dengan suami saya sebanyak RM200.00.  Suami saya sekarang ada kat Port Dickson kerja polis dan saya perlukan duit.  Boleh tak pakcik bayarkan hutang tu kepada saya."

 Hmmm...bukan mudah nak percaya.  Tapi kadang-kadang kisah sebegini sungguh meyakinkan.  Macam ia-ia jer sebab memang dia tahu adik aku duduk mana, kerja kat mana.  Mujur pakai saiz kasut apa dia tak tau.  

Dipendekkan cerita abah aku tak bagi pon duit RM200.00 tu sebab dia tau adik aku bukan jenis hutang-hutang kat orang.  Hutang kat bank tu ada la kot kan...hehehe.

Wallahu'aklam, mungkin dia buat begitu kerana terdesak nak guna duit.  Anak-anak boleh tahan juga ramainya....3 atau 4 orang macam tu kot.  Mungkin juga tak berkerja.  Khabarnya suaminya ada dalam p******.  Kasihan, mungkin dia pon tak suka nak buat begitu.  Tapi bila dah terdesak dan orang pulak murah hati nak beri bantuan, makanya ok lah tu.  Dah terbiasa.  

Mana yang dah terbagi tu tanya2lah diri sendiri nak kira macam mana.  Duit2 tu pun aku rasa memang dia nak guna untuk makan, pakai, minum anak2 dia.  Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

Wallahuaklam...
















































Makan2 sempena menyambut Ramadhan

Telah menjadi kebiaasaan di Faculty untuk mengadakan makan2 sempena nak menyambut Ramadhan.  Bukan setakat menyambut Ramadhan malah habis exam pon buat makan2, kawan berenti keje wajib buat.  Sambutan Aidil Fitri pon kami buat juga.  Takde apa2 pon kekadang saje2 buat juge. Begitulah meriahnya di jabatan kami.  Kawan2 pula tak lokek untuk sama2 menyumbang makanan.  Cuma kali ni aku tak menyumbang, aku membedal jer.  Ehehehe...mekasih semua...

Pelbagai jenis juadah yang dibawa.  Ewah...macam hari raya pulak yer.  Tengok sajalah wanita2 FEIT ini dengan hasil air tangan dan hasil belian mereka.  Sedap2 belaka.  Eh...nak ke?  jemput makan...



 Home made by Fatimah, baru sampai... tak sempat lagi nak  golek2 dalam kelapa parut.


Home made jugak 
Ada spaghetti, rendang ayam, kari ayam makan ngan pulut, spiral, laksa, puding.


Kek batik, nyum...nyum...



Home made by Eza


Bahagian dalam kek setelah dipotong, lapis2 gitue cam rainbow.


Buah-buahan segar dan rojak

Ni mau sampai ke petang lah karang derang makan tak abis ni.  Semoga murah rezeki korang semua. 

Tapi dalam pada tu sebenarnya aku teringat pada kak Anis, kak Zurin, Kak Naemah, Kak Noni Nadiah, Ija, Kak Ina, Faezah dan ramai lagi yang telah mininggalkan kami disini.  Ops...meninggalkan kami untuk berkhidmat di tempat lain.  kalau ada mereka ni lagi meriah.   Terutama Kak Anis dan k. Zurin. Memang best!  Meriah suasana.

 Tak berapa hari lagi dah nak menyambut Ramadhan.  Selamat menjalani ibadah Ramadhan....Lipat gandakan amal ibadah.  Jom kita tadarrus sesama.

Ya Allah, semoga Ramadhan yang bakal menjelang ini memberi seribu rahmat kepada ummatMu...Amin.

Wednesday, July 20, 2011

Test darah

Kisah semalam. 19 Julai 2011 aku ada ujian darah kat Hospital Sg. Buloh.  Pagi2 lagi aku dah drive ke lokasi.  Biar berpagi2 asal aku senang dapat parking dan harap tak tunggu lama.  Biar menempuh jem asal aku tak jem duduk di kerusi seperti temujanji yang lalu..  Temujanji yang lepas dari sebelom jam 11am sampai la 4.30 ptg baru siap. 
Kali ni memang best, jalan jem sikit jer..parking banyak kosong lagi.  Lepas park keta aku pun menuju ke klinik pakar ###. Letak kad n ambik nombor.  Ooo..best2! Dapat no 4001 (no pertama untuk test darah).  Tunggu dlm 5-6 minit nama pun dipanggil.  Dah masuk dalam sembang2 dulu ngan nurse yang nak ambik darah aku.  Nurse kat sini okey2, takde la garang cam rimau.  Ni dah kali ke 3 aku ambik darah dalam tempoh 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan jugak dah lima kali aku mengunjungi hospital ini.  Nurse pun dah mula cam muka aku.  :)

Mumula nurse cari urat belah tangan kanan.  Dah belek2 sapu2, adeh urat tak jumpa lak.  Tukar lak tangan kiri, baru jumpe.  Lepas dah kena sedut darah tu tepek la plaster.  Cumanya...kali ni banyak pulak darah aku kuar kat kapas plaster tu.  Sampai sekarang bekas sedut darah still bengkak lagi.

Settle, aku pun balik.  Kejap jer tak lama....  Lepas ni aku kena datang lagi...Like tak like kena pegi jugak.  Kepada semua, mtk doakan aku cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan dengan sebaiknya.

Kepada Allah, aku bersyukur di atas nikmat yang kau berikan.  Amin.

Monday, July 18, 2011

Memori Sg. Kelah

Dah jam 3.30am,  aku pulak terkebil2 tak mou tido..esok dah Isnin...sah akan mengantuk nih....kang pagi nak sahur lak.  Esok kan Isnin. Elok2 la puasa sunat bagi perut tu rehat.

Makanya aku pun menaip entry ni,  kenangan aku bersama kawan-kawan serumah masa study dulu.  Kengkawan yang dah bagai adik beradik.  Tapi kami jarang sesangat dapat berjumpa...Purata dapat jumpa setahun sekali or dua kali jer.  Memasing sibuk.  paling susah nak jumpe member yang duduk kat pulau...hurm Pulau Indah Klang, jauh sesangat ler tuh..  Yang duduk kat utara dan selatan tu lagilah yer..jauh. tak dapat la nak join.

Kami pun sepakat jenjalan kat Sungai Kelah.  Hanya kaum wanita saja berserta anak-anak yang ikut.  En. suami antaraku kat Sungai Buloh  pastu aku pon nompang Puan Ejot.  Zuppp...en suami pon pegi kerja.  kami pergi sana dua keta, ewah...macam la ramai benor, kami berempat jer..dan 3 kanak-kanak.

Kat sana kami nompang rumah mak dan abah Lela..mekasih makcik dan pakcik yang kasi kami nompang berteduh.  Siap masak bagai lagi tuk kami.  Durian pon ada..  Semoga murah rezeki makcik dan pakcik sekeluarga.

Tempat kami g jenjalan ialah ke Kolam Air Panas Sg. Kelah.  Ni adalah kali kedua aku perhi ke sini. Pestime pegi masa tahun 2002 rasanya.  Masa tu tempat ni tak dimajukan lagi.  Dulu pegi free, sekarang pegi kena bayar la..

Tiket dewasa : RM10.00
Tiket kanak2 : Lupa lah pulak...tak silap aku RM8.00


Siap sedia nak melalui titian kayu,  kat bawah titian ni ada aliran air panas,  berapa panjang laluan nih aku dah lupa lah..  kami saja ikut laluan ni nak jalan kaki sambil menikmati keindahan hutan.   kalo nak berdesup ke tempat parking terus pon boley gak.

Empat kanak-kanak riang sedang bersauna

Laluan air panas

 Aliran bertingkat

 Tempat duduk-duduk dekat kolam air panas

 Kolam air panas

Kat kolam ni ada bahagian untuk kanak-kanak dan untuk orang dewasa

 Tempayan besar untuk basuh kaki sebelom masuk ke kolam.  Tapi ramai pulak yang mandi manda kat sini lepas kuar kolam.

 Rebus telor ayam .  Yang paling sikit tu kami punya.
Ada jual kat situ.  Harga dia RM2.50 untuk 5 biji.
Kat situ ada panduan untuk rebus telur.  Ikut minit kalo nak 3 suku atau masak betul.

 Kat pompuan berdiri (baju putih) tu lah kami rebus telur

 Siap untuk dimakan

Ni kat kolam air biasa

Gerai kat depan kolam ni ada jual makanan dan bende2 nak terjun dalam air.  Cafe pun ada tapi kat bahagian dalam sikit.  Tempat nak bersauna pon ada, tapi aku tak g tengok pon.  kena pulak tengah hari tu hujan lebat, jadi malas dah nak berjalan.

Ok, abis dah..

Sunday, July 17, 2011

Jom memasak!

Semalam hari Sabtu.  Lepas dah basuh kain, sidai kain, menyapu, mop kemas rumah aku pun memulakan operasi memasak.  hari ni aku nak masak Ayam pencen masak hitam, kerabu kacang botor, sup ayam dan petai tempoyak.  Sebahagian bahan aku dah beli kat pasar malam petang Jumaat lepas. 

Tadaaaa.....selepas bersilat di dapur berserta iklan2 oleh Deeja maka inilah hasilnya.................

 Kerabu kacang botor

 Sup ayam pencen untuk yang tak makan pedas

 Petai tempoyak

Ayam masak hitam

Hitam betul gambo ayam masak hitam nih.  Sumer gambo aku ambik pakai hp jer...tu yang memang hensem sangat gambo nyer.  Bagi yang nak mencuba ayam masak hitam nih, meh aku kongsikan resepinya.  Tapi sukatan korang agak2 sendiri jer...

Ayam masak hitam

Bahan-bahan 

*2 biji bawang besar
*Seulas bawang putih
*Sedikit halia
*Jintan manis
*Jintan putih
*4-5 biji buah keras
*Cili kering - ikut suka pedas dia
** sumer bahan yang bertanda * kite kisarkan ia**
Kas-kas - aku tak letak pon
kiub ayam - pun aku tak letak gak
2-3 biji bawang besar diracik halus-halus
Air secukupnya
Garam 
Kicap manis
Minyak untuk menumis
Ayam yang telah digoreng (untuk ayam pencen aku tak goreng sbb aku dah rebus ayam tu siap-siap sampai lembut)

Cara masak

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan bawang yang diracik halus.  Tumis sampai kelihatan agak garing, masukkan air, kicap, kiub ayam, garam. setelah menddih masukkan ayam, kas2.  Dah siap.  Untuk hiasan taburkan hirisan cili merah, hijau dan daun sup, letak bawang goreng pon best jugak..

Ok, selamat mencuba..


Saya dapat hadiah

Kisah ni dalam 3 minggu lepas kot...tp aku takde masa lak nak upload...senang citer kat tadika Deeja ada peraduan mewarna anjuran pihak Staedtler .  Makanya Deeja pun join sekali peraduaan tu dan Alhamdulillah dia dapat no 1.  Aku sendiri memang tak tau apa2 pun, balik keja terus dia tayang hadiah2 tu kat aku. Tapi dia dah bukak daa..tu yg tak berapa cun dah..



Apa yang Deeja dapat ialah, 2 kotak pensel kaler, sekotak crayon, sebatang pensil 2B, 2 batang pensil HB, glue stick, gunting, sampel pensel kaler panjang dan paper bag yang ada gambor Erra Fazira.  Pembarias ngan  pemadam takde la pulak ek...?  hehehe, sumer nk free ker...beli ler..

Aku sendiri tak tengok pon gambor yang dikaler kan tu, cuma Deeja bagitau gambor boat dan abang Staedtler tu ambik balik gambo tu..

Aku rasa ini adalah faktor2 yang membantu Deeja menang dalam peraduan tu sebab latihan dia yang boleh tahan dalam melukis dan kaler2 nih.. tengok jer lah latih tubi dia..





Adehh...ada lagi yang lain, tapi cukuplah contoh2 yang ada ni...  aku dah tak larat nak lap, nak gosok.  Bior la dulu.  Cat balik dia lukis semula.  Untuk raya ni tak taulah nak cat atau tak...ikut masa dan kelaratan aku la...

Thursday, July 14, 2011

Drive shaft tercabut!

Pagi itu en. suami pergi memancing di kolam Tasik Biru, Kundang.  Sekitar jam 11 pagi en. suami pun bersiap2 nak pulang ke rumah.  Tengah on the way balik tetiba berlaku perkara yang tak berapa best!  Apa sudah jadi...drive shaft tercabut!  Ayoyo..bahayanya...keta tetiba tak bolah jalan, mujur tiada kenderaan yang mengekori rapat, jika tidak hanya Allah saja yng mengetahuinya.  Syukur Alhamdulillah.  



Senget dah tayar tu ke bahagian dalam



Camtu la keadaannya, nak terangkan pon aku bukan reti, P



Abang towing dah  nak tarik ke bengkel

Makanya dah takleh jalan tu kenala guna service towing tuk tarik ke bengkel berhampiran.  Pastu tukar drive shaft lain.  Sebenornya drive shaft tu baru je sebulan lepas tukar, jadi pulak macam tu.  So contact balik la bengkel tu dan citer tentang kejadian tersebut.  Bengkel tersebut telah berjanji akan membayar semula kos kerosakkan yang dialami.  Harap2 janji akan ditepati.  Kalo tak ditepati kite leh ler calling2 tribunal kan... :)




Tuesday, July 12, 2011

Si kembang bunga buah naga

Wahhhh...besarnya bunga ni, walaupun pokoknya dah lama ada kat umah abah aku, tapi ni lah first time aku lihat bunganya berkembang.  Sedari hari sabtu aku dah dok terjengok2 je kuntum bunga tu yang besar.  Ha...di pagi hari Ahad dengan izinNya kembanglah ia.....Subhanallah...cantik dan wangi.... Bila aku mula tangkap gambo bunga ni maka sorang2 datang nak posing jugak.  Glamour lah pulak bunga buah naga ni hari tu.  Biasa makan buah dia aja ek.... 

Nilah rupa bunga tu, dah nak sama saiz kepala anak aku jer..





Sebenornya ni buah favourite anak aku.  Deeja  suka yang buah merah ajer, putih dia tak mou lak.  kalau pegi pasar malam ada buah ni aku akan beli.
  Dan hasilnya bila makan, 


Hihihi.....comotnya...

Mana pergi si kembarku?

KEMBAR?  Betul ke aku ada kembar?  kalau dari segi ketinggian mmg sama-sama tak berapa tinggi,  rupa pun jauh beza, hidung dia mancung.... loghat dah tentu berbeza jugak...  dia Ipoh mali...aku keturunan banjar...nama ayah lagilah jauh berbeza, sah...bukan kembar betul tapi ASPAL ajer.

Itulah teman ku madam 'Esha.  Dah dua hari tak datang, semalam mc.  Hari ni ku tak tahu pula kenapa.  Semalam ku sms pun tak berbalas.  Mungkin ada urusannya.  Allah jua yang maha mengetahui.

Kenapa dikatakan kembar?  Ada la sorang kakak comel yang menganugerahkannya kepada ku.  Naper? ..hehe..sebab kat mana ada madam 'Esha, kat situlah  juga biasanya aku ada.  Dua hari dia takde, adeh.....lain jer rasa....esok datang tau...aku tunggu! 

Bibir pecah dan berdarah

Petang tu aku sakit kepala....berdenyut2 rasa.  Deeja pula di luar sibuk  bermain dengan abang Danish dan Abdullah.  Menjerit2 keriangan.  En. suami harini tak berkerja,  boleh tengok-tengokkan Deeja.  Tiba2.....aku terdengar suara Deeja menangis dengan nyaring.  Allahuakbar...apa sudah jadi?  Teng! teng! teng!

MasyaAllah, rupa-rupanya bibir Deeja sudah pecah dan berdarah.  Terjatuh semasa berlumba lari ngan abang2 tu.  Darah melelah-leleh boleh tahan juga banyaknya.  Lap2 kuar darah lagi, lap lagi pon tetap kuar gak.  Pastu aku pun lap dengan minyak "Afiat".   Lap berulang-ulang kali.  Deeja tetap melalak.  Aku pun pujuk

"...sikit jer darah dia, dah nak hilang dah ni.."  

Oleh kerana luka yang dialami tu ada tanah dan pasir maka akupun ambil keputusan bawa ke klinik.  Maka aku dan en. suami pun membawa Deeja ke klink Aisyah.  Bukan apa takut ada infeksi ke apa ke...

Dalam perjalanan ke klinik Deeja masih melalak tak berhenti2.  Masa tu la aku baru teringat nak snap gambo dia..Ni ha..tengok la bengkak ke tak....Tu pun gambo dah lepas letak minyak Afiat, dah lap2, kalo yang asal lagi bengkak la..kesian Deeja. 


Sampai kat klinik mujur tak ramai sangat orang.  Ada 3 orang pesakit yang menunggu.  Biasanya ramaiii jer kt klinik tu.  Sampai je kat dalam klinik automatic jer...eh...dah berenti nangis.  mungkin malu kot nangis kt dalam klinik tu...ehehehe.

Ok, sampai turn, nama pun dipanggil....  Dr. Aishah pun  tengok bibir Deeja.  pastu mintak Pn. Anna untuk cuci luka,  memang tu pun matlamat aku....cuci luka untuk matikan apa2 kuman yang ada...makasih ye Anna yang tolong cucikan luka...  Deeja pun duduk diam2 ajer masa Anna cucikan luka, Anna pun pandai jer pujuk2 bawak dia sembang2 walaupun Deeja diam2 dengar ajer. Dah siap. Pastu aku pun kuar semula dan tunggu ubat.  Dapat la dua jenis ubat.  satu ubat minum dan satu lagi ubat sapu...

Sekarang Alhamdulillah bibir Deeja dah elok...ni dah kali ke 3 bibir Deeja pecah.  Semoga lepas ni dah tak jadi dah.  tapi budak2 ingat sakit kejap jer...Dah elok berlari balik la...


Untuk yang demam

En. suami masih demam lg, petang semalam balik dari kerja bawa anak ku ke taman dulu.....qada main kat taman untuk   petang Ahad.  Sebabnya dia sudah terlepas pegi taman, tido lewat bangun  dah nak malam  mana sempat  nak pegi. En.suami kulihat masih tak sihat.....demam...masih selsema lagi..maka aku pun masakkan bubur  untuknya.  Harap2 abang suke yer ngan bubur yang saya masak tuh.  Bubur nasi biasa2 ajer.  

Kat dalam tu aku taruk la ikan bilis goreng, bawang goreng, halia goreng hiris halus2, daun sup, ayam, lada putih,  telur dadar, kentang dan lobak merah yang dipotong kiub.  
Tadaaa....inilah hasilnya...


Ok tak bang?  Sikit jer aku taruk ek? Macam kedekut jer...ehehehe. Padahal dalam periuk tu ada banyak lagi.  Harapanku semoga abang cepat sembuh dan dirahmati Allah.  Amin.

Sambungan sikit, bila bercakap pasal bubur aku selalu teringat akan bubur yang aku biasa makan tiap kali aku masuk wad kt DDMC.  Aku suka akan rasa bubur tu.  Tapi aku kurang apakah yang akak tu bubuh kat dalam bubur tu....kicap masin ker aa...:).  Itulah yang menaikkan selera aku.  Tapi takkan aku nak duduk wad lagi kot semata-mata nak makan bubur tu.  hihi.

Okey...abis dah entry ke dua ku...


Monday, July 11, 2011

Aku merinduimu...

Hurm....Kebelakangan ini aku terasa sunyi atas pemergiaanya.  Pemergiannya yang pulang ke kampung halaman demi menjaga keluarga tercinta.  Nenek yang begitu uzur dimamah usia,  mak dan apak yang berhempas pulas mencari rezeki demi sesuap nasi. Beliau yang ku masksudkan ialah Miz Tya...

Sudah dua bulan kau meninggalkan ku...tiada lagi senyumanmu, gurau sendamu...aku rindu...tapi aku akur ini adalah ketentuan pencipta.  Ada rezeki bertemu jua nanti.

"Nama berita Tya"?  Ada rezeki, kelapangan datang sini balik yer....

Bila balik ke rumah puteriku pula bertanya...

"Mama....saya nak makan bubur aunty Tya....."
kasihan
"beras aunty Tya dah habis sayang...."

Aku suka akan semangat Tya....cekap..sangat penyabar orangnya...tapi boleh tahan juga bila merajuk...ehehehe...biasalah...mesti ada gaduh2 sikit, tapi sekejap aja dh cool semula.
Kenangan antara kita simpan baik2 yer.


Ok Tya, aku mahu kau tahu...aku merinduimu...
Bye2 Tya...c u..