Senyum itu satu sedekah

Friday, April 27, 2012

Hukum-pre-wedding


1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)
Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-
a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)
Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :
Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.
Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.
Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.
"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.
UPAH JURUGAMBAR
Mankala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.
Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.
Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.
Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.
Sekian

Dr Zaharuddin Abd Rahman
2 Mac 2012

Monday, April 23, 2012

Tutup!


Sketsa pagi Isnin.
Ni bukan karya aku yer...aku copy paste jer.... sama2 muhasabah diri...
aku nak share tentang bab bungkus aurat dan tutup aurat. sebagai panduan kita semua
korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.
Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cuba teka aku tengah BUNGKUS apa?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mana kau tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi terkeluar sikit tu. Lagipun aku tau ko memang jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cuba teka nasi lemak ni banyak ke sikit?
Ahmad: Alaaa lagi senang. Banyak la.
Aisyah: Ha? Macam mana kau tau ni?
Ahmad: Tengok bentuk & saiz laa. BUNGKUSan besar, banyak. BUNGKUSan kecik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainya kau ni.
Ahmad: Bukan aku yang pandai, kau yang tak pandai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.
Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cuba teka aku TUTUP apa dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lagi.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lagi la salah.
Ahmad: Abis tu apa? Mana la aku nak tau apa yang kau TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cuba teka banyak ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mana aku nak tau. Malas la jawab.
Maka pilihlah TUTUP…. :-)

Thursday, April 19, 2012

Hai..hai..hai...

Lama dah daku tak tulis-tulis kat sini.  Tak dapat nak membebel..Terima kasih kepada semua kawan2.  Termasuk la Wu Ming! Sayang semua.  InsyaAllah  daku akan mencorat coret nanti...tapi sekarang ni masih sibuk.......  masih belum dapat menjangkakan bila la nak abis sibuk ni.....  pada kawan2 semua teruskan blog anda!  Mekasih.