Senyum itu satu sedekah

Monday, November 14, 2011

Putat

Kali ini nak berkisah sedikit mengenai buah putat.  Mungkin ada kalangan kengkawan yang tidak pernah memakan buat ini.  Inilah yang dinamakan buah putat. Berwarna hijau dan sedikit kemerahan.
Pokok ini biasanya tumbauh kat tepi2 sungai,lembah2 dan kawasan yang tanah lembab.
Pokok putat yang abah aku tanam ni dekat tepi sawah.

Buah putat yang telah matang.
Nama scientific...Barringtonia Racemosa

Buah putat yang berjurai2.

Yang muda berwarna merah maroon akan bertukar menjadi lebih hijau.
Usia buah putat dalam gambar ini adalah paling elok untuk dipetik.
Sebab tu gambar ni tak rimbun buahnya sebab dah kena petik. :)
Kalau dah tua sangat tak elok sebab isinya keras dan rasa seperti bersabut.
Pokok ini tidak bermusim dan berbuah sepanjang tahun.

 Yang ini bunganya.  Mempunyai 4 kelopak. Berwarna merah ungu ataupun sedikit putih.

Pokok putat....kurang cantik sebab daun berlubang2.

Pucuknya sewaktu muda berwarna kemerahan dan juga boleh dijadikan ulam.  Pucuk yang kemerahan akan bertukar menjadi daun hujau seperti di dalam gambar. 

Agak tinggi juga pokok putat ni.  Tp pokok kelapa kt belakangpokok putat tu lg tinggi yer.

Pic. kredit google

Oleh sebab lupa nak petik aku pinjam gambar yang last ni.
Ni gambar buah putat yang telah dibelah.  Biji putih yang di tengah tu jangan pulak kawan2 makan.  Buah putat dan pucuknya sesuai dijadikan ulam dimakan dengan nasi panas  cicah sambal belacan.
Rasa buah putat ni sedikit kelat.
Dikatakan dengan memakan buah putat juga boleh mencegah gatal2 kulit.
Pucuknya pula dikatakan boleh melancarkan peredaran darah dan menjadikan kita awet muda.

Tapi awas buah dia  jangan makan hari2 nanti sembelit aku tak tanggungjawab tau.

9 comments:

wahida said...

pernah try makan dulu, tapi sbb rasa dia yg tak best dan kelat tu, terus dah tak nak sentuh dah...huhu...

nurbeena said...

Tak biasa makan memang tak reti. sebab rs kelat tu kan..lain la kao rs sedap.

MaMa AiNi said...

salam qasehmia..first time mama tengok buah ni..hu2x..semestinya mama tak pernah makan lagi..he2x..mcm2 khasiat buah ni ya..

EmbunRosaliza said...

Assalam nurbeena, akk tak kenal buah putat, tapi pucuk putat mmg suka sanagt buat ulam, agaknya ni jenis putat lain kut, pucuk putat pun mmg dah lama tak mkn

E'sha said...

X pernah rasa la yong. bagi satu leh le teman rase...

nurbeena said...

Mama Aini...yg khasiat tu yang elok. Tp yg khasiat tu la tak sedap rasanya.

Embun Rosaliza...buah ni kat kampung jer ada. Kadang2 kat kedai2 runcit kat2 umah ada jual pucuk putat tu. Tp sal biasa makan buah dia jer.

E'sha...Kalau blk kpg nanti teman bawak buat Yong yer. Tp takkan satu jer Yong. teman bg 3 nanti

LYAfrina said...

slalu tgk mama mkn... tp x pernah mkn pon buah ni

KSWSK said...

buat ulam ngan sambal belacan..wa sanggup mkn hari-hari..hahahahaha

nurbeena said...

LyaAfrina...slmt berkenalan. time kasih singgah blog akak.

KSWK...ko bior betul wa, sembelit nanti...