Hari ni nak berkongsi panduan ataupun boleh juga dipanggil petua ek? Sapa kenal ikan merah sila angkat kening sebelah. Haik....dah buat ke?
Hai....saya la ikan merah....
pic credit Google
pic credit Google
Bila sebut ikan merah terus la teringat sup ikan merah mahupun kari ikan merah. Tu yang aku dapat ingat sekarang.
K......ni bukan bersumberkan dari internet. Dan tak pernah pun google pasal panduan ni ada ke tak.
Ni suami kakak sepupu yang berikan panduan pilih ikan merah (dulu2 abang atan ni pernah jual ikan kat pasar malam).
Selain pastikan ikan merah dalam keadaan sedar segar melalui rupa parasnya, sinar matanya serta insangnya yang masih merah ada lagi satu perlu diberi perhatian untuk mendapatkan isi ikan yang lemah lembut.
Mudah saja, pegang kat hujung ekor ikan tersebut (bahagian nipis) dan cuba lipat, sikit saja tau kat bahagian hujung. Sekiranya ia patah bolehlah dibeli (InsyaAllah lembut isinya). Kalau liat semacam tu isinya pun liat ler juga.
Takat ini panduan ini amat berjaya aku aplikasikan. Tinggal yang liat nak bayar sebab rege dia sekilo RM25-RM28. :)
4 comments:
kitarang suka kalau ikan ni buat soup and curry.. yumm..
assalamualaikum qasehmia...satu info yg menarik ni...;)
Kena buat sembunyi2 ni nanti nampak dek penjual ikan tu marah pulak dia kita dok kepak ekoq ikan dia, kehkeh!
Terima kasih atas petua ni dik!
Camtu petuanya,tq perkongsian nie.
Post a Comment