Senyum itu satu sedekah

Thursday, August 4, 2011

Wadai Balungan Hayam (Kuih Balung Ayam)

Kali ni aku nak bercerita mengenai kuih tradisi kaum Banjar.  Nama asal kuih ni ialah Wadai Balungan Hayam.  Dan bila di terjemahkan ke Bahasa Melayu jadilah ia kuih Balung Ayam.  Masa aku kecik-kecik dulu memang aku tak berapa reti nak makan kuih ni sebabnya aku memang tak berapa gemar makan kuih-kuih kukus dan manis.  Alhamdulillah, nasib baik sekarang ni aku dah reti makan.

Bahan-bahan asas nak buat doh kuih ni ialah tepung pulut, air, garam, minyak.  Tu jer...  Ha...pastu silelah bancuh dan uli . ... pastu dibulat-bulatkan  macam dalam gambar ni..


Seterusnya canaikan di atas daun pisang yang telah dilayur atas api dan disapu minyak. Tujuan sapu minyak atas daun supaya kuih tak melekat bila dah masak nanti.  Kan senang nak ngap-ngap!


Pastu bubuhkan intinya....Inti dibuat dari kelapa yang ambik kat belakang rumah..Kalau tak ada kat belakang rumah sila pegi beli kat kedai yer... jangan curik kelapa jiran. hehe.. Inti kelapa ni dimasak bersama gula.  masak la sampai berwarna keperang-perangan. Yang ni ada campur sekali ngan durian, makanya adala perisa durian sket.


Dah siap bubuh inti lipat dua, macam lipat kuih karipap tu.  Kena hati-hati jangan sampai inti kelapa tu meleleh keluar lak...
Pastu guntingkan bahagian tepi daun pisang macam bentuk kat bawah dan letak atas pengukus.



Lepas tu bolehlah dikukus sampai masak.....

Dah masak inilah rupanya Wadai Balungan Hayam...


Kuih ni aku tak pernah jumpa atau nampak orang jual.  Tapi mungkin ada dikalangan korang yang pernah.


Benornya mak aku yang chef buat kuih ni.  Aku tolong-tolong aja..hehehe...Nyaris-nyaris abang ipar aku terpedaya, dia ingatkan aku yang buat. Yeehaa..
Kuih ni dah selamat pun dibawa ke rumah kakak aku. :)

4 comments:

afiqhuri91 said...

kulaan ngereng

nurbeena said...

ancapi takurihing

AlyzaFisol said...

ooo..menarik..boleh dicuba ni...

http://www.alyzafisol.com/

Eyma Balkish said...

baru buat td tp mcm x de rupa sgt yang penting..sedap