Senyum itu satu sedekah

Monday, May 7, 2012

Final Exam

Kejadian berlaku pada minggu lepas......Tanggal 3 May turn aku pulak jaga exam..... Seawal jam 9 pagi udah terpacak di Unit Peperiksaan untuk mengambil segala keperluan pelajar untuk menjawab final exam.  Peperiksaan akan bermula jam 9.30 pagi.

Sampai kat dewan peksa mende pertama yng aku lakukan ialah gantung jam....pastu susun kertas peksa bersama madam Esha muah2!

Semuanya melibatkan pelajar Ijazah untuk 6 matapelajaran.

Sempat jugak aku menyenap nyer  

Untuk peperiksaan kali ni pelajar2 tak la buat peel sangat.  Tapi memang ada jugak yang buat peel cam pi bilik air lama2..... bukan la apa....risau budak2 ni menyimpan toyol kaler putih kat bilik air.
Dan aku telah menjalankan operasi memungut toyol2 tersebut.  Tak kira papaer apa pon sumer aku 'bersih'.

Pernah gak ada pengalaman jaga periksa yang cakap pi bilik air, rupa2nya budak tu balik rumah!  Pastu datang balik dewan exam. Camtu pun ada jugak! Kalau ikut patut2 tu kick jer dari dewan exam kan...

Tu belum lagi kes pelajar yang kurang ajar...huhuhu...pernah gak kena....nak nanges rasa...
Tapi yang kali ni boleh dikatakan baik2..... kalo ada pun sikittt jer. 


Masing2 tengah kosentrate la yer menjawab soalan.  Yang muka konpius pun ada jugak.  
Yang jawab sampai penuh buku jawapan dan mintak extra paper pun ramai juga.  Baguih dan aku harap jawapan tu betul dan mereka lulus cemerlang.

Skang ni sumer mereka dah hora hore sebab dah abis exam....last paper pada Jumaat lepas.

4 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sempat balik rumah ms exam paling x menahan hihi..boleh pulak camtu yaa

mama aini said...

assalam QM..sibuknya QM skrg ni..he2x..

nurbeena said...

Wa'alaikumussalam Mama Aini...
A'ah...agak sibuk.....kekangan masa...lg pula QM hanya seorang saja dalam tugasan yg dilakukan. Kadang tu rinduuu juga nak berblog n bertandang ke blog rakan2.

ainnoraini said...

QM:
bila sibuk tu mmg tak dapat la bukak apa lagi nak nak update kann..

buat mana yg penting dulu..