Senyum itu satu sedekah

Thursday, January 17, 2013

Gold Coast Morib

Entri ni dah lama nak tulis tapi cam tak kemasaan jer...betulkah bahasa ku ini.  owh....

Dalam tahun lepas 2012 ada perji jalan2 ke Gold Coast Morib.  Masih kat Selangor.  
Nak pegi jejauh or obersea masih belum kemampuan lagi.

Pergi ke sana sendiri2 tapi semua sekali 5 keluarga.  Semua kawan2 suami. 
Sian aku...takde pong kawan aku....uhuhuhu...

Tapi aku kawan jer ngan  isteri2 kawan suami.  Lagi pun ada yang dah beberapa kali jumpa.
Yang baru jumpa pun boleh kawan apa...

Di depan hotel dari jalan utama




Baru sampai dan en. suami sedang berurusan di kaunter mengenai bilik.
Kami kesini menggunakan pakej yang ditawarkan Gropon.  Tak silap hari tu bayar RM188 untuk 2 hari 1 malam termasuk penginapan, naik motor, makan malam, sarapan pagi (untuk 2 orang) dan juga taman tema (kolam).
Jadi kena tambah duit untuk beli tiket dan bayar makan untuk Deeja.

Kami dapat bilik betul2 mengadap kolam.  
Asalnya level 7 menghadap jalanraya tapi mintak tukar.
Pastu rasa nyesal lak sebab kat bawah bising.

 Dua katil single



Gambar di bilik air, ok juga, dalam tu ada jakuzi.  bolehlah melantak berendam + kubang2 cam hippo..
Nampak sangat jakun ek.

Katil dapat single bed 2, jadi kami rapatkan je katil tu.  Cam tv, electric kettle, cawan dan bahan2 nak buat minuman panas, toiletries, hair dryer turut disediakan.  iron takde kat situ, kena turun kat bawah kalau nak guna.

Lepas dah punggah barang ke bilik kami ramai2 pegi kuar makan (makan kat luar).  
Kami pun pegi la kat tepi laut.  Lepas makan lepak la tepi laut tu. 
 Dapat angin petang ajelah sementara budak2 main bubble.

Burung2 statik ni sedia menunggu kehadiran

 Dau model kami, Deeja dan Aimy

Aimi muda setahun dari Deeja

 Deeja seronok bermain tangkap bubble.

Kennagan bersama.  Masa ni baru ada 3 family.
Ibu2 sumer tak join bergambar.

Lepas dah penat balik semula ke bilik dan solat Asar.  
Lepas tu baru terjun ke kolam.

Main la sampai puas.  
Boleh tahan la jugak permainan kat sini.  Tapi aku ada simpan sekeping jer gambar nih.  Tak nampak mainan apa yang ada sebab terlindung.  
Tapi gelungsor biru tu hanya org yang tak cukup kain je boleh naik.  Mean, kalau pakai t-shirt maka kenalah bukak t-shirt tu.  Haiiiiyyyoooo...  nyampah betul.
Dah tu  mata ini melihat pemandanagn yang tak sepatutnya.
Tak nak tengok pun...tapi kejap2 dia lalu.  

Kalau saja2 nak main air tak silap bayaran untuk dewasa ialah RM35 dan kanak2 RM20

Dalam jam 6 petang naik dan bergegas nak ke tepi pantai sebab nak naik motor.  
Tengok jer lah kat bawah tu, tak tahu nama dia.  Lupa nak berkenalan.

Ramai yang berbaris kat situ......bosan jer aku tunggu tambah2 kena berdiri.
Makanya yang mak-mak ni bersembang2 la.  Yang ada baby sibuk ngan baby. 
Deeja pulak sibuk main pasir nganAmni, kakak dan abang.

Beratur panjang

Dah dapat giliran tunggu la berdekatan motor tersebut.

Ini budak main pasir

Mende ni lah yang sibuk nak naik tu
Boleh lah ek panggil motor mende ni.  
Tapi takleh bawak atas jalanraya lah.
Bukan lama pun dapat naik, beberapa minit jer... yang lamanya beratur.

Lepas tu upacara mengisi perut.  (Selepas solat Maghrib, tapi ni gambar ambik masa pagi).Sebab Deeja tak termasuk package dia kena bayar RM25.....huhu rasa tak berbaloi sebab anak aku ni bukannya nak makan.  Tapi takkan la tak bayar, makanan tu.......pikir2.  Untuk sarapan lak budak RM15.  

Kami makan kat tempat terbuka ni.  Sebabnya terlampau ramai orang yang datang.  Biasa kalau tak ramai tempat makan adalah seperti di bawah.
Cuma tempat makan open ni kurang selesa ...ops!

Tempat makan kalau orang tak ramai.
Makanan yang disediakan ok lah, ada banyak pilihan.

Ni pula pemandangan tepi pantai pada waktu pagi. Rasanya dalam 7 lebih nih.

 Tapi takleh masuk.  Tengok jerrr aaa...  .  Siap berpagar dan berkunci.

 Melawat sekitar kawasan.  Wah, ayat cam melawat tapak nak buat projek juta2 jer.

 Lagi sekitar kawasan

 Tempat melepak selepas sarapan

 Deeja dan kakak main kejar-kejar

 Rombongan kami.  Ada satu family yang tak turun.  Kesian sebab abang tu kena gout pulak 
Aku takde sebab aku yang tangkap gambar.
Deeja pulak tak mau join

 Tetiba hujan pulak, lHUjan2 pun tetap nak melawat kawasan


 Tempat menunggu

 Tempat mengadu nasib.  Kalau ada apa2 tak puas hati ngadu la kat situ.

Lepas tu sekali lagi terjun ke kolam.  Tengah hari tu siap2 balik Key El semula.  

P/S:  Pengalaman mengerikan ialah Deeja jatuh  kat tepi kolam dengan posisi tertelentang, benjol belakang kepala dia. 
Masa tu aku dah naik bilik kemas2 barang sebab nak checkout.
 Alhamdulillah akhirnya surut juga walaupun ambil masa yang lama
Berulang juga aku jumpa doktor selain selalu tuam..


11 comments:

wakgelas said...

meriahnyerr uolss..,eehHe

wahida said...

ish...mcm mana bole jatuh tu kak...mesti sebab licin tu...huhu...

nasib baik deeja x de apa2...Alhamdulillah...

sal-nurbeena said...

Wak Gelas....yg meriah tu budak2, yg mak ayah ni layankan jer asalkan bukan perkara yg merosakkan.

Wahida....Deeja ni berlari2....licin tu...

Dinas Aldi said...

Ngeri la heh dengaq hal Deeja jatuh tu, akak plak yg terasa ngilu. Nasib baik ok, alhamdulillah.
Nampak best ja tempat tu :D

LYAfrina said...

seronoknyer..mmg meriah nmpk..penuh umat manusia tu... kemain seronok anak2..

che mid said...

Eh, perasan tak nama anak kita sama.. Deeja.. ke akak je yang selama ni tak perasan.. kalau macam tu dah tiga orang Deeja tau. Satu lagi anak blogger Norliza Osman..

sal-nurbeena said...

Hehe...Che Mid...Sal dah lama perasan. Deeja Che Mid tu comel.

mama aini said...

assalam QM..bestnya berjimba2 kat gold coast morib..memang cantik pemandangan kat sana !!..mama pernah pergi masa baru siap aritu..

Cho Zila said...

wau lengkap gitu ceritanyer...
melawat kawasantu sangatler rajin ... akak gi dulu jalan gitu2jer...

sal-nurbeena said...

mama....ok lah juga pemandangan kat sini. sekadar nak jalan2 dan mandi manda tu ok sangatlah.

Cho Zila.......takder la lengkap sangat..hehe

maszull said...

assalamualaikum qasehmia...wah seronoknya...;)