Senyum itu satu sedekah

Thursday, November 24, 2011

Gula-gula Kaki

Nama berdaftar dia 'Big Foot'.  Budak2 panggil 'gula2 kaki'. Rupa parasnya ala2 tapak kaki manusia bersaiz comel.

Dijual di kedai runcit berhampiran taska anak.  Kat situ juga ada Kafa.  Kalau petang hari bersumbat budak2 sekolah nak beli gula2 ni.  Hari2 sold out! (Asal pegi jer habis)
Anak aku pun sama.  Tp tak la hari2 aku beli.
Harga sepeket ialah 20 sen. Kuantiti dia 1.
Tak silap ada 4 perisa.
Rasanya pula masam2....yg kaler kuning tu masam tak hingat.  Anak aku tak makan pun.
Elok la, tak baik untuk otak kan...

Yang ni perisa lemon ngan strawberry

Gula2 ni bersalut soda powder, tu la yang buat masam.
Yang ni nampak bentuk kaki jer tp bentuk jari tak nampak
Ms koyakkan plastik ni, bersepai soda keluar.  Tu yg nampak putih2 atas pelapik.

Yang ni kengkawan nampak tak bentuk jari jemari tu?

Hari tu ada ternampak plastik gula2 tangan.  nampak gayanya satu spesis ngan gula2 kaki ni gak.

15 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam, akk tanya anak2 akk pernah makan tak gula2 kaki ni, sambil tunjuk pic, laju je jawap pernah heheh, pandai org jual nikan nak tarik perhatian kanak2, rupa kaki pun diorg sanggup buatkan

wahida said...

tak pernah tgk lak gula2 ni...mcm2 sekarang kan...bentuk tapak kaki lak...hehe..

kpah k-poh said...

budak2 isap kaki..heeeee...

fiza said...

Tak pernah tgk gak gula² nih, tapi comel jer nengok bentuk tapak kaki tu ☺☺

jom baca:

Burger Kukus Jalan Rejang @ Bangi

8 Jenis Penyakit yang Boleh Sembuh dengan Berjalan Kaki…

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sedap eh nyonyot kaki..cer bayangkan kaki tu bau cengkam kuku ke hapa kan haha

che mid said...

Macam-macam cara nak tarik minat anak-anak kan.. sampai kaki pun boleh jual.. ha ha

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

anak2 sukala gula2 pelik mcm ne.. hehe

mama aini said...

baru hari ni mama nampak gula2 ini..he2x..maklumlah takde ank kecil..

Papa Mifz said...

jangan gulo2 tuh bercagu sudah...haha

nurbeena said...

Embun Rosaliza...br dlm sebulan lebih sal tahu gula2 ni.

Wahida...tgk kat sini puas2. hehe

Kpah..ngeee...kalo baby isap kaki kt nak dapat adik lg..

Fiza...mmg comel bentuknya

Rina...kalo bau cengkam tak laku dah. Ni sold out jer.

Che mid...strategy tuh.

mama amana 7 arief...bukan sj rupa pelik, rs pun lain dr yg biasa

mama aini...mama ler try. :)

PapaMifz...haha, kalo bercagu sudah, habisss laa

Cho Zila said...

tak pernah tengok gula2ni.. gula2 bentuk kakipun der yerk...

Puan Kutu said...

aduh sy pun suka candy nie.dh la jiran depan rumah jual jajan.hoho..

anak sy makan gula2 jer..asamnya dia mkn sikit pastu tolak tepi..

en suami dah takbai beli,bkn apa tak bagus utk anak jajan2 nie.terus insaf.hehe

LYAfrina said...

x pernah jumpa lagi gula2 ni... hehe2.. mde y unik ni biasa menarik minat anak2 nk mbelikan.

Anonymous said...

Mana boleh saya dapat gula gula ni sekarang? Susah betul.nak dapat sekarang? Sesiapa boleh tolong?

sal-nurbeena said...

Kat kedai2 runcit ada dijual