Senyum itu satu sedekah

Thursday, September 13, 2012

Sampul duit

Assalamu'alaikum.

Aku rindu nak coret2 kat sini tapi takde kesempatan.  Agak bz semenjak dua menjak dan bermenjak2 nih.  Batu jemala ni hanya akan rasa ringan lepas tarikh 25 September nanti.  Tapi ari ni aku cucurik masa nak tulis2 gak.  BW memang tak sempat.  Siap bawak balik umah keja tapi hehe kat umah tak buat pun.  Banyak lagi list keja rumah menanti hari2. Nanti dah lapang InsyaAllah aku BW entri kawan2  Jangan kecik ati tau!  

Kali ni just nak tayang kenangan sampul duit raya aritu, sumer dah abis bagi anak2 sedara.  Dapat 20 keping masa pegi Smurfs road show aritu. Dalam banyak2 ni ada satu sampul yang aku lupa nak ambik gambar kenangan iaitu gambar Smurfs ramai2.

meh aku tayang...






cantekkk betul background dia kan.  Kain batik alas iron baju...

Friday, September 7, 2012

Eid Mubarak-Faculty 2012

Assalamu'alaikum.....

Pagi ini diadakan sambutan hari raya di opis kami.  Sederhana saja tahun ini.  memang dah menjadi kebiasaan.  Rasanya ini adalah kali yang ke 13 semenjak aku kerja di sini seawal tahun 2000. Rasanya kami tak pernah miss buat.....

Sebelum tu diabadikan juga kenangan bersama Warga fakulti wanita untuk tahun ini...juga kerjasama mereka semua... ada sorang takde dalam gambor ni sbb dia g buat kelas. (Jue)

Kami semua....

cara tradisional buka tin susu....eyahhh...tikam tin ni

wajah2 ceria tunggu makan...

Share gambar makanan....... kebanyakkannya buat sendiri.  Yang tempah dan beli hanyalah lemang, sate dan kuih talam suji.  Buka2 selera yer dengan gambar juadah.  lapor sila pi kedai or bukak periuk kat dapur tu....

 kuih talam suji

 Triffle (betul ke eja dia)

 Rendang daging by kak Masliana

 Tebikai merah....ish...kenal kan...

 sate nyum nyum....aku makan begitu saja, tak ambik kuah pun

 jelatah

 tak tahu nama dia...haha.....thanks kak Ashida

Lemang...

suasana atas meja bulat tempat ahli menebeng


 Red velvet......homemade ....Eza

 homemade...eza.....ayam tomato

 nasi hujan panas....eza...homemade


 selasih untuk diterjunkan dalam air kat bawah ni

 sirap bandung soda

 air oren


belom jam 10 red velvet dah tinggal separuh jer....
dah abis citer

ngeee...N3 raya tak buat pun.  tah mana2 gambar....uwa....