Senyum itu satu sedekah

Wednesday, November 23, 2011

Wadai Kipeng

Alhamdulillah...pagi yg indah ini dapat bersua kembali.
Pagi ni nak cerita pasal Wadai Kipeng yang tak semenggah mana aku buat tapi nak share jugak.  :).
Walaupun rupa parasnya buruk (yg aku buat, orang lain buat cantik jer), tetap akan ku tatapkan untuk kengkawan.

Wadai Kipeng merupakan makanan tradisi kaum Banjar.
Tapi aku rasa sekarang ni kaum bukan Banjar pun dah ramai yang pernah makan makanan ni.

Jangan gelak besar2 yer hasil air tangan ku yang tak sempurna ini.

Org buat kuah dia pekat2 jer...aku buat kuah boleh berenang2.
Org buat kuah dia kaler coklat2...aku buat kuah kaler putih.

Ha..ha..nampak sangat tak menjadi nyer kan.
Tapi habis gak dimakan. Tu pun 2 hari baru habis...hulala..

Bila nak buat kenalah ada...tepung pulut

Ni bahan rasmi dia...boleh untuk 10 org makan
  • 500gm tepung pulut - diayak terlebih dahulu
  • 1 sudu besar tepung beras - diayak terlebih dahulu
  • 1 sudu teh air kapur (tak nak letak pon boleh juga)
  • 2-3 cawan air suam
  • sedikit garam
  • Gula merah/gula melaka yang dimasak dengan 2 cawan air dan ditapis.  ambil airnya.
  • lebih kurang 2 cawan santan sederhana pekat
  • 2 helai daun pandan yang disimpul
Cara nak buat.

1.  Satukan tepung pulut, tepung beras, garam dalam bekas.  Bancuhkan menggunakan air suam sehingga mendapat doh yang cantik. Jangan terlalu keras, jangan lembik sangat. Sedang2 aje.

buruk rupa doh aku...hehe

2.  Pastu, cubit sikit tepung tu dan gentelkan bentuk bulat dan penyekkan sikit kat tengah.  Buat sampai habis.
Ms ni tau la betapa lenguh tangan nak menggentel tepung.  Siap boleh tertido

Letakkan dalam bekas yang telah ditaburkan ngan tepung.  Aku guna tepung pulut tu jer.

3.  Seterusnya panaskan air gula melaka/merah tadi bersama daun pandan.  Guna api yang kecil sahaja. Masukkan tepung yang telah digentel.  Bila tepung timbul dipermukaan tandanya tepung sudah masak.

4.  Masukkan santan dan gula.  Didihkan juga dengan api perlahan.

5.  Perasakan dan boleh tutup api.

Gambar carian Google

Patut rupa dia cam gambar di atas

*  sesetengah orang hanya hidangkan bila dh beberapa jam untuk memberi ruang kuah meresap ke dalam tepung.  Yang aku buat siap2 jer terus hidang.  Boleh gitue?

ada ke agaknya orang nak cuba resepi yang aku buat pun tak semenggah ni erk?


12 comments:

WuMing said...

WuMing tak pernah laa makan menu nii...

Tapi yang kuah warna putih tu nampak simple dan menyelerakan laa....

nurbeena said...

hooo...ada jugak org selera rupanya. :) Mekasih WuMIng

Masni Syafie said...

xpernah rasa...nama resepi pun unik
mcm nak cuba jer...hehe

wahida said...

pernah mkn tapi tgk kuah yg putih lagi terliur lak...

halila Ibrahim said...

nama nie la first time dengar .. tp cara buatnya sama mcm buah melaka .. tp kalau berendam santan mcm kuih badak berendam .. kat kedah ada kuih badak beremdam .. lebih kurang mcm ni la rupa dia...

nurbeena said...

Masni Syafi..
sudi2lah mencuba

Wahida...
Putih sbb tak letak gula merah or gula melaka.

Fazz
Nama makanan tu dalam bahasa banjar.
Wadai = kuih
Kipeng = keadaannya (tepung)yg pipih . yg ni susah sikit akak nk terangkan. Cth lain mcm pipi yg tak montel (cengkung) pn blh diertikan sebagai 'kipeng'.

DeQWa said...

dah macam kuih puteri mandi ke ape tah...mcm kuih melaka pun ade gak...hehe...sedap ke??maklum la xpenah makan kan..hahaha

Puan Kutu said...

sy tak pernah dengar nama kuih nie.peliknya.hehe..

nak makan lglah tak pernah.macam bubur jer.sedap ekk?

mama aini said...

warnanya yg putih tak semestinya tak sedap !!!..he2x..nanti mama try resepi ni ya..thanks nurbeena..

nurbeena said...

Dekwa...rs dia biasa2 sj. maklum sj tepung + santan. N3 ni sbb makanan tradisi.

Puan kutu...betul tu, tergolong dalam bubur. Rs dia blh la.

mama Aini...silakan mencuba.mekasih

KSWSK said...

peberet nih..time wa kawin dl kuih ni siap jd dessert of the day

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ooo..saya tau penah makan.. tp ada tk campur mcm rempa.. yg saya beli ada rasa rempah