Telah menjadi kebiaasaan di Faculty untuk mengadakan makan2 sempena nak menyambut Ramadhan. Bukan setakat menyambut Ramadhan malah habis exam pon buat makan2, kawan berenti keje wajib buat. Sambutan Aidil Fitri pon kami buat juga. Takde apa2 pon kekadang saje2 buat juge. Begitulah meriahnya di jabatan kami. Kawan2 pula tak lokek untuk sama2 menyumbang makanan. Cuma kali ni aku tak menyumbang, aku membedal jer. Ehehehe...mekasih semua...
Pelbagai jenis juadah yang dibawa. Ewah...macam hari raya pulak yer. Tengok sajalah wanita2 FEIT ini dengan hasil air tangan dan hasil belian mereka. Sedap2 belaka. Eh...nak ke? jemput makan...
Home made by Fatimah, baru sampai... tak sempat lagi nak golek2 dalam kelapa parut.
Home made jugak
Ada spaghetti, rendang ayam, kari ayam makan ngan pulut, spiral, laksa, puding.
Kek batik, nyum...nyum...
Home made by Eza
Bahagian dalam kek setelah dipotong, lapis2 gitue cam rainbow.
Buah-buahan segar dan rojak
Ni mau sampai ke petang lah karang derang makan tak abis ni. Semoga murah rezeki korang semua.
Tapi dalam pada tu sebenarnya aku teringat pada kak Anis, kak Zurin, Kak Naemah, Kak Noni Nadiah, Ija, Kak Ina, Faezah dan ramai lagi yang telah mininggalkan kami disini. Ops...meninggalkan kami untuk berkhidmat di tempat lain. kalau ada mereka ni lagi meriah. Terutama Kak Anis dan k. Zurin. Memang best! Meriah suasana.
Tak berapa hari lagi dah nak menyambut Ramadhan. Selamat menjalani ibadah Ramadhan....Lipat gandakan amal ibadah. Jom kita tadarrus sesama.
Ya Allah, semoga Ramadhan yang bakal menjelang ini memberi seribu rahmat kepada ummatMu...Amin.