Senyum itu satu sedekah

Tuesday, July 12, 2011

Bibir pecah dan berdarah

Petang tu aku sakit kepala....berdenyut2 rasa.  Deeja pula di luar sibuk  bermain dengan abang Danish dan Abdullah.  Menjerit2 keriangan.  En. suami harini tak berkerja,  boleh tengok-tengokkan Deeja.  Tiba2.....aku terdengar suara Deeja menangis dengan nyaring.  Allahuakbar...apa sudah jadi?  Teng! teng! teng!

MasyaAllah, rupa-rupanya bibir Deeja sudah pecah dan berdarah.  Terjatuh semasa berlumba lari ngan abang2 tu.  Darah melelah-leleh boleh tahan juga banyaknya.  Lap2 kuar darah lagi, lap lagi pon tetap kuar gak.  Pastu aku pun lap dengan minyak "Afiat".   Lap berulang-ulang kali.  Deeja tetap melalak.  Aku pun pujuk

"...sikit jer darah dia, dah nak hilang dah ni.."  

Oleh kerana luka yang dialami tu ada tanah dan pasir maka akupun ambil keputusan bawa ke klinik.  Maka aku dan en. suami pun membawa Deeja ke klink Aisyah.  Bukan apa takut ada infeksi ke apa ke...

Dalam perjalanan ke klinik Deeja masih melalak tak berhenti2.  Masa tu la aku baru teringat nak snap gambo dia..Ni ha..tengok la bengkak ke tak....Tu pun gambo dah lepas letak minyak Afiat, dah lap2, kalo yang asal lagi bengkak la..kesian Deeja. 


Sampai kat klinik mujur tak ramai sangat orang.  Ada 3 orang pesakit yang menunggu.  Biasanya ramaiii jer kt klinik tu.  Sampai je kat dalam klinik automatic jer...eh...dah berenti nangis.  mungkin malu kot nangis kt dalam klinik tu...ehehehe.

Ok, sampai turn, nama pun dipanggil....  Dr. Aishah pun  tengok bibir Deeja.  pastu mintak Pn. Anna untuk cuci luka,  memang tu pun matlamat aku....cuci luka untuk matikan apa2 kuman yang ada...makasih ye Anna yang tolong cucikan luka...  Deeja pun duduk diam2 ajer masa Anna cucikan luka, Anna pun pandai jer pujuk2 bawak dia sembang2 walaupun Deeja diam2 dengar ajer. Dah siap. Pastu aku pun kuar semula dan tunggu ubat.  Dapat la dua jenis ubat.  satu ubat minum dan satu lagi ubat sapu...

Sekarang Alhamdulillah bibir Deeja dah elok...ni dah kali ke 3 bibir Deeja pecah.  Semoga lepas ni dah tak jadi dah.  tapi budak2 ingat sakit kejap jer...Dah elok berlari balik la...


No comments: