Senyum itu satu sedekah

Wednesday, August 29, 2012

Sikap Perwatakan Wanita Melalui Cara Berjalan


Tahukah anda bahawa perwatakan atau sifat wanita juga boleh diketahui melalui cara seseorang itu berjalan. Mungkin ada benarnya juga tips yang diberikan kat bawah ni sebagai panduan bersama.

Pic: Credit google/iluvislam.com

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Terima Kasih Ammboi.com

Tuesday, August 14, 2012

Petua Jika Tercekik Tulang Ikan

Assalamu'alaikum.

Rasanya ramai juga dikalangan kita yang pernah melalui detik2 cemas tercekik tulang ikan. Anak sendiri pernah juga.  Perit juga kan...tu baru sedikit nikmat kehidupan diuji Ilahi.

Dipendekkan cerita terus saja disenaraikan.  Cuba2 ingatkan manalah tahu suatu hari nanti berguna juga.  Pilih saja mana satu yang berkenan dihati:- lalala

Pic : google


* Petua2 ni aku himpunkan dari pelbagai sumber termasuk dari pesanan orang2 lama.

  1. Sapu minyak kelapa pada lubang dubur.
  2. Minum sesudu cuka kemudian ambil nasi kepal dan telan tanpa kunyah.
  3. Kepal nasi dan telan tanpa kunyah.
  4. Ambil segelas air kosong dan bacakan 3 Qul lalu hembus ke air.  Minum , sebaiknya sekali nafas jika mampu.  Aku tak mampu la...
  5. Celup  jari ke dalam madu (1 jari jadi adalah memadai), selawat 3 kali dan hisap jari tersebut.
  6. Telan pisang (agak2 la ye bukan sebiji terus), jangan kunyah.
  7. Cari kucing dan garukan kaki kucing pada leher yg tercekik tulang (AWAS:  ni tak berapa nak rekmen la...haha).
  8. Tarik telinga kiri dan telinga kanan.  Awas jangan sampai tanggal lak telina tu.
  9. Pusingkan pinggan 3 kali sambil berselawat.
  10. Minum air dalam tudung periuk.
  11. Baca do'a Nabi Yunus ketika nabi ditelan ikan paus (doa dilanda kesukaran/kesusahan) 
Do'a :credit google
Maksudnya:
"Tidak ada Tuhan sebenarnya disembah melainkan engkau,Ya Allah.Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim"

Last sekali kalo tak mou gak tulang tu kuar bawak je lah jumpa dr. perubatan.

Wallahu'aklam.


Monday, August 13, 2012

Smurfs Roadshow!

Tarikh:  11 August 2012 (Sabtu)
Lokasi Kejadian: One Utama 
Tajuk: The Smurfs Roadshow!


Pagi tu dah lepas kuih hangus ambik keputusan g 1 Utama bawak Deeja tgk Smurfs Roadshow.  Filem Smurfs yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu dan akan di tayangkan di HBO 411  dan HBO HD 431 di Astro pada 19 Ogos 2012 jam 8 malam. Masa tu raya kan...

Ramai selebriti yang terlibat.  Antaranya adalah Aznil Nawawi sebagai Gargamel (ahli sihir jahat), Yusry Abdul Halim (Brainy Smurf), Lisa Surihani (Smurfette), Hafiz AF 7(Clumsy Smurf), Khafizuddin (Papa Smurf), Hazama (Gutsy Smurf), Elfira Loy  dan ramai lagi.....

Ok, masa sampai kat sana sedang berlangsung game untuk kanak2.  Deeja ambil bahagian sekali.

 Game 1: Lukisan pasir (dapat 1 cop HBO)
Mama tolong umpilkan sticker dan Deeja lekatkan pasir.
Masa ni geram jer sebab kerusi dok ilang jer. 
Pastu dapat sticker dan kipas


Sunday, August 12, 2012

Hambek...kuih hangus

Assalamu'alaikum

Semalam awal2 pagi sudah memulakan buat cornflakes madu.  Dipendekkan cerita (sebab sibuk) terlupa nak ubah api atas bawah oven yang dah digunakan malam sebelumnya untuk bakar badam.  Makanya HAMBEK.....semerbak rumahku syurgaku dengan bau hangus.....

Cantekkkkk sangat..ehehe


Tapi syukur Alhamdulillah, dah buat versi yang tak hangus di hari ini (Ahad).



Friday, August 10, 2012

Nasihat Kubur



Salam pagi Jumaat 21 Ramadhan 1433H

Nasihat Kubur:



1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

sumber:  Banyak dosa-dosaku padaMu Ya Allah (facebook)

Thursday, August 9, 2012

Panduan memilih ikan merah

Hari ni nak berkongsi panduan ataupun boleh juga dipanggil petua ek?  Sapa kenal ikan merah sila angkat kening sebelah.  Haik....dah buat ke?

Hai....saya la ikan merah....
pic credit Google

pic credit Google

Bila sebut ikan merah terus la teringat sup ikan merah mahupun kari ikan merah.  Tu yang aku dapat ingat sekarang.

K......ni bukan bersumberkan dari internet.  Dan tak pernah pun google pasal panduan ni ada ke tak. 
Ni suami kakak sepupu yang berikan panduan pilih ikan merah (dulu2 abang atan ni pernah jual ikan  kat pasar malam).

Selain pastikan ikan merah dalam keadaan sedar segar melalui rupa parasnya, sinar matanya serta insangnya yang masih merah ada lagi satu perlu diberi perhatian untuk mendapatkan isi ikan yang  lemah lembut.  

Mudah saja, pegang kat hujung ekor ikan tersebut (bahagian nipis) dan cuba lipat,  sikit saja tau kat bahagian hujung.  Sekiranya ia patah  bolehlah dibeli (InsyaAllah lembut isinya).  Kalau liat semacam tu isinya pun liat ler juga. 

 Takat ini panduan ini amat berjaya aku aplikasikan.  Tinggal yang liat nak bayar sebab rege dia sekilo RM25-RM28.  :)


Wednesday, August 8, 2012

Aktiviti Isnin......alter baju Deeja

Mama tau kurang kesempatan nak beli2 baju raya tuk Deeja, jadi mama sambar dan bayar je baju purple ni even tangan baju panjang sampai ke ruas jari. 
Mintak mak potong mak kata tak elok dh.  Nak mama potong di hujung ada kerawang lak  di hujung tangan.
Sudahnya mama sudahkan dengan cara jahitan manik yang serabai (tukang jahit takde skill) dengan cara menyembunyikan lipatan lengan baju ke dalam (untuk kupendekkan lengan baju)
Alhamdulillah berjaya

Hasilnya......tangan baju tak panjang meleret lagi biarpun senget menget


Aktivitiku

Cuti 3 hari yang telah berlalu dengan kerajinan tahap gaban aku telah membuat sekut2 raya.  Yg ada kengkawan order mahupun untuk para2 pengasuh Deeja.  

Hari Jumaat malam Sabtu pulun wat almond cluster 2 kilo....masa tu asben tolong susunkan cup.  Bersyarah kejap asben sebab susah katanya.  heee...br tau ek..kalo tak hari2 duk telan....yer aaa..buat dlm panas, mana leh pasang kipas, kang terbang sumer paper cup itu. 

Rupa almond cluster aku sebelum di corat coret
Menci aku buat lukisan atas sekut nih.  Lain kali aku nak beli coklat putih cap lain.  Yg beli aritu aliran slow.

Sedia untuk dihantar..... 3 balang ditengah tu gift untuk pengasuh2 taska Deeja.  2 balang ditepi di order oleh Kak Za dan sebalang comel lg oleh dik Ina.  
Aku bukan niaga tau, tapi saja2 jer

Balang kosong kat tengah tu aku kena penuhkan isinya sebelum raya ni untuk umah MIL.  Makanya InsyaAllah sebalang juga lagi untuk umah mak aku sendiri.
Balang besar tu ada lg tapi 'segan' nak susun banyak2
sekut yang dalam tupperware ada,  malas nak letak luar...laju jer kuantiti berkurangan

Untuk umah aku sendiri mau lepas raya jer baru buat.  Tu pun kalau rajin. Isk....kena rajin aaa jugak....kang takkan nak idang sekut meri jer.

Hari Ahad buat sekut famous amous.  Innalillah.....tak menjadi la....
Sekilo jugak
Lemau aku wat sorang2 di siang hari puasa
Takper blh cuba lagi kan...usaha tangga kejayaan