Senyum itu satu sedekah

Monday, August 13, 2012

Smurfs Roadshow!

Tarikh:  11 August 2012 (Sabtu)
Lokasi Kejadian: One Utama 
Tajuk: The Smurfs Roadshow!


Pagi tu dah lepas kuih hangus ambik keputusan g 1 Utama bawak Deeja tgk Smurfs Roadshow.  Filem Smurfs yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu dan akan di tayangkan di HBO 411  dan HBO HD 431 di Astro pada 19 Ogos 2012 jam 8 malam. Masa tu raya kan...

Ramai selebriti yang terlibat.  Antaranya adalah Aznil Nawawi sebagai Gargamel (ahli sihir jahat), Yusry Abdul Halim (Brainy Smurf), Lisa Surihani (Smurfette), Hafiz AF 7(Clumsy Smurf), Khafizuddin (Papa Smurf), Hazama (Gutsy Smurf), Elfira Loy  dan ramai lagi.....

Ok, masa sampai kat sana sedang berlangsung game untuk kanak2.  Deeja ambil bahagian sekali.

 Game 1: Lukisan pasir (dapat 1 cop HBO)
Mama tolong umpilkan sticker dan Deeja lekatkan pasir.
Masa ni geram jer sebab kerusi dok ilang jer. 
Pastu dapat sticker dan kipas




Game 2: Kena menari, Deeja just goyang2 sket jer. malu.... (dapat Cop HBO yg ke 2)
Dapat sticker dan kipas

Game 3: Suai padan gambar (dapat cop HBO ke 3)
Dapat pen

Game 4: Puzzle (dapat cop HBO ke 4)
Mama tolong hulur cebisan puzzle dapa Deeja dan Deeja pikir sendiri untuk letaknya.  Satu minit masa yang Deeja ambil untuk sudahkan game ini.
Dapat pass untuk ambil gambar percuma

Lepas tu baru queue untuk ambil gambar ngan smurfs.  Gambar derang printkan free untuk kita.  Tapi gambar yang tepek ni gambar sendiri punya.  

Senyum simpul.....hilang aduan sejuk, penat, lapar dll...

Pastu gi la duduk dalam kandang beramai2 tengok uncle muda tu (chinese man)pot pet pot pet promo The Smurfs dan mengajukan soalan kuiz.  

Kendian semua family yang duk dalam kandang tu dapat tangkap gambar ngan maskot Smurfs.  
Masa tu rasa nak tumbuk2 jer maskot tu sebab geram...ehehe...sapa lah yg kanak2 riang nih.
Bila turun pentas dapat sarung angpau The Smurfs.


Lepas dah dapat gambar kami beredar sebentar pegi beli makanan sbb budak ni dah tak tahan nak pose....eiii.....

eh...sebelum tu pi register jap untuk tangkap gambar ngan artis jam 3.30 nanti.  Rupanya hanya untuk 30 pendaftaran terawal.  Aku orang ke 6 yang mendaftar.

Masa tu Deeja dah sibuk2 tanya Mak Su (panggilan watak Lisa Surihani dalam Zoo series) bila nak datang.  Sempat lagi ditanya Mia Sara datang jugak ke?  Ala  Deeja...Mia Sara takde la dalam The Smurfs ni.
Minat betul dia kat Mia Sara. Dah la aritu perasan muka dia macam Dyana Idola kecil ker Bintang kecil..Lupa la nama program tu. Haha aku sengih jer.  kang kata tak srupa kecik ati lak kang.

Dah2 ...pi la beli makan tuk yang tak tahan dah pose tu.

Pastu gilir2 pegi solat Zuhor. Masa aku solat husband jagakan anak dan begitulah sebaliknya.  Musolla pulak untuk lelaki kat level 2 dan wanita di level 1.

Lepas solat sementara tunggu asben, aku singgah kat kedai sox world, beli stokin Deeja selai.  Itu ajelah ayg aku beli sepanjang berada kat sana aritu.  Memang bukan nak shopping pun. 

Pastu kembali ke lokasi kejadian.

Dah ramai ponnn yang duk lam kandang tu.  Lepas tunjuk pas masuk aku pun duk sekali ngan Deeja kat situ. Asben tunggu kat tepi jer.

Dipendekkan cerita lepas ada games sikit (tak larat nak citer) para pelakon pun kuar....dimulai Uncle Aznil . Subhanallah.  Putih wooo...slim jer dan kulit cantik. ehehe. Nampak muda...
Pastu diiringi celebrity lain.

Antara artis yang terlibat dan hadir

Lepas tu ada pot pet pot pet lagi....penat dah woo...aku lak boleh terlupa yanga sben aku nak g keja. adeh....

Last sekali sesi tangkap gambar ngan retis2 ni. beratur yer....siap ada jurukamaera khas.  Gambar tu rasanya derang printkan untuk kita tapi kami tak larat la nak tunggu.  Pala ni ingat nak balik jer.  iNgat kuali nak masak....  aku dapat salam ngan Elfira Loy.  Dia ok  tau tak sombong. 

Deeja lak tak mou dah naik pentas sebab tergezut kot jumpa Pak Nil.  Dia segan....udahnya aku angkat tangan Deeja hulur kat Pak Nil.  Ha...dulu beria2 mintak kat mama nak jumpa Uncle Aznil...kan dah dapat....yeeeha..

Lepas ambik gambar kami pon turun pentas.  Eh...dapat lagi sarung angpau.  Banyak la camni aku kena isi duit raya. Haha.

Me and family with celebrities

Menurut Deeja ini pengalaman dia yang paling best.  Deeja kata lagi best dari pegi KidZania tempohari.
Yooolah tu...

Pastu kami berdezup balik umah.  Penat!  Pen off!

5 comments:

wahida said...

eh, tak tau pun psl event ni...kalau tau, sure dah bawak anak2...huhu...

sal-nurbeena said...

Alamak...akak pun asben yang tau. ari sabtu tu asben bg tau. roadshow tu 2 hari (sabtu dan ahad. Sory tak sempat nak letak awal kat blog sibuk wat kuih

Cho Zila said...

ala semua orang boleh giker atau dapat jemputanjer leh gi..
bestnyer.. memang pengalaman terindahler...

sal-nurbeena said...

Cho Zila....sapa2 pun boleh. just daftar kat sana bukan daftar online. Ni jelah sekali pengalaman.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

wah bestnya deeja dpt jumpa retisss..


tp kan artis ni kat luar kulit derang mmg cantekk kan..rsnya derang pegi buat treatment yg mahal-mahal tu la