Senyum itu satu sedekah

Wednesday, January 30, 2013

RM100.00

22 January lepas jam 10.30 pagi mama kena pegi sek. keb. untuk ambil wang bantuan persekolahan yang bernilai RM100.

Ini kali pertama Deeja dapat wang bantuan persekolahan.  Kalau bantuan persekolahan dari atok Manan dah tiga tahun dapat.  Maceh atok.

Duit seratus tu mama masih simpan lagi dan InShaAllah mama akan masukkan ke dalam akaun Tabung Haji Deeja.  Kalau ada rezeki kita ke sana sama2.

Thursday, January 17, 2013

Gold Coast Morib

Entri ni dah lama nak tulis tapi cam tak kemasaan jer...betulkah bahasa ku ini.  owh....

Dalam tahun lepas 2012 ada perji jalan2 ke Gold Coast Morib.  Masih kat Selangor.  
Nak pegi jejauh or obersea masih belum kemampuan lagi.

Pergi ke sana sendiri2 tapi semua sekali 5 keluarga.  Semua kawan2 suami. 
Sian aku...takde pong kawan aku....uhuhuhu...

Tapi aku kawan jer ngan  isteri2 kawan suami.  Lagi pun ada yang dah beberapa kali jumpa.
Yang baru jumpa pun boleh kawan apa...

Di depan hotel dari jalan utama

Wednesday, January 16, 2013

Report persekolahan

Bila dah masuk darjah satu biarpun baru bersekolah masuk minggu ke 3 tapi dah macam2 berlaku. 
Rasanya perkara sebegini turut berlaku kepada yang lain.

Waktu malam mama selalu siasat beg sekolah samada beg sek keb. mahupun Kafa.
Chek apa yang terkurang atau terlebih.  Kot pensil da kurang, mata pensel dah melayang ker...

Hasil siasatan .....


Friday, January 11, 2013

Hot Spring Sungai Kelah

Penutup tahun 2012  kami sekeluarga berkunjung ke Sungai Kelah yang terletak di Sungkai Perak. Perjalanna kami kesana mengambilmasa lebih kurang 1 jam 30 minit.
Ini merupakan kali ke 3 aku sampai kesana.  Deeja kali ke dua dan suami pertama kali.  Pemergian kesana disertai satu lagi keluarga kawan husband. Tapi kami pergi secara berasingan.

On the way ke Hot Spring Sg Kelah hujan mulai turun.

Sampai sana sekitar jam 12 tengahhari.

Perkara pertama dilakukan selepas park keta ialah membeli tiket.

Mula-mula pegi dulu free sebab masatu hutan semulajadi. Pastu kunjungan tahun 2011 ialah  RM10 dan penghujung 2012 ialah  RM12.

Aku sengaja bawa suami melalui titi kayu walhal ada jer laluan yg takyah jalan kaki.  Saja nak kasi suami rasa lalu kat tiiti kayu tu yang di bawahnya aliran air panas.  

Dulu aku dah citer pasal tempat ni dalam entri 2011 rujuk sini-memori sg kelah , jadi kali ni bubuh gambar yang dulu tak ambik.

Apa yang ada kat sini sila lah rujuk papan tanda di bawah



Wednesday, January 9, 2013

Hari pertama Persekolahan sebenar - 2 Jan 2013

Walaupun sekolah dah masuk minggu ke dua iaitu hari ke 6 tapi aku baru nak coret kat sini.  Pagi2 dah sampai sekolah...seronok jer Deeja, tapi hari ni tak mao pakai tudung pulak.  Takper...aku kasi jer...belum hukum wajib lagi.  Tapi sekolah KAFA tak bleh le tak pakai.

Guru Besar sedang memberi taklimat.  Rupa Guru Besar ni ada iras Sharnaz cinta hati Shila Amzah tu tau.  Cuma umur lain ler....ker mata aku jer nampak camtu?


Tuesday, January 8, 2013

Orentasi sekolah 27 Dec 2012

Syukur, Dah mula memasuki alam darjah 1.  Pagi2 lagi dah keluar rumah walaupun sebenarnya kami dah terlewat.  Masa sampai anak2 dah mula berjalan ke kelas masing dengan dipandu oleh guru2.  Kelam kabut sikit lah masa tu nak cari nama anak kat kelas mana.  Rupanya 1 Cekap....tup..tup nama kelas dah pun di tukar pada nama bunga-bungaan pula.

Akhirnya dapat juga tau dimana kelas Deeja.  Sementara anak2 sibuk di dalam kelas dan menjalani ujian penilaian mak bapak pula di arah ke foyer untuk mendengar taklimat dari guru besar dan guru2 yang berkaitan.

Masa ni mula la aku terimbau kenangan masuk darjah 1 dulu.  tahun 1984.  Dulu aku mana ada pegi sekolah tadika cam anak2 zaman sekarang.

 Deeja duduk tepi dinding row no 2....lambat masuk kelas..hehe.  Masa ni ujian penilaian belum bermula.
Rata semua dah boleh membaca dan menulis.


Tempat ke 2

Kerana masalah akaun tak boleh diguna, lama sangat cuti berblog.  Dipendekkan kisah peperiksaan hujung tahun 2012, Khadeeja telah mendapat tempat kedua.  Majlis penyampaian hadiah dan perpisahan telah dianjurkan oleh Tadika Seri Permataku yang ditunjangi oleh Cikgu Puspha, Cikgu Mona dan Ustazah Ummi.

Walaupun majlis sederhana tetapi sudah cukup menggembirakan anak2 kecil ini serta mak ayah dia sekali.

 Para pelajar dah mula mengambil tempat masing-masing


Sunday, January 6, 2013

Gambar kenangan

Kenangan Damia Khadeeja di Tadika Sri Permataku, 6 Tahun (2012)


Semoga Allah merahmati kehidupanmu di dunia dan akhirat ya Damia Khadeeja

Berdengkur tanda Awal Penyakit

Berdengkur tanda awal penyakit

Sumber: Harian Metro

Oleh NORAINON OTHMAN

Pelik mendengar bayi berusia setahun yang tidur nyenyak berdengkur seperti orang dewasa. Jika kecil lagi sudah berdengkur, bagaimana keadaan jika dia dewasa? Adakah tabiat itu akan berlarutan?
Berdengkur ialah gejala Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu laluan udara dari hidung dan mulut tersekat ketika tidur. Kita bernafas menerusi hidung dan mulut dan halangan pada saluran pernafasan itu akan menyebabkan seseorang berdengkur.

Tisu yang membengkak di dalam hidung juga boleh menyebabkan halangan saluran pernafasan, seterusnya menyebabkan seseorang berdengkur. Selain itu, tulang rawan hidung yang bengkok turut menjadi punca masalah ini.