Senyum itu satu sedekah

Wednesday, January 9, 2013

Hari pertama Persekolahan sebenar - 2 Jan 2013

Walaupun sekolah dah masuk minggu ke dua iaitu hari ke 6 tapi aku baru nak coret kat sini.  Pagi2 dah sampai sekolah...seronok jer Deeja, tapi hari ni tak mao pakai tudung pulak.  Takper...aku kasi jer...belum hukum wajib lagi.  Tapi sekolah KAFA tak bleh le tak pakai.

Guru Besar sedang memberi taklimat.  Rupa Guru Besar ni ada iras Sharnaz cinta hati Shila Amzah tu tau.  Cuma umur lain ler....ker mata aku jer nampak camtu?




Pertunjukan Karate-do.  Pelajar yang berminat boleh join dengan yuran bulanan RM40

 Tu dia Deeja, pakai cekak purple.  Dan aku tak tau pun tak bleh pakai warna-warni samada cekak, getah rambut atau pun sepit rambut.  Semua kena seragam hitam atau biru kain sekolah.
1st day ok lah kan.

 Korang nampak tak budak yang bawak beg sandang biru tocang rambut dua tu.  Tu pun darjah satu tau. Cuma dia lebih tinggi dari pelajar lain.
Masa ni budak darjah satu diletak di baris hadapan.  Yang darjah tinggi sikit buat lagi satu barisan di belakang.  Kira ada dua lapis la.

Dah start mengantuk dah.  Malam sebelum tu dia tetap tido kol doblas.  Ha...kan dah menguap. Soh tido duk sibuk nak main juga.

 Suasana dalam bilik darjah.  Cikgu kelas nama Khadijah.  Deeja cakap cikgu ok, baik. 
Lega rasa hati.

Masa ni tak tau la apa aktiviti.  
Hari tu dalam kelas ada juga pelajar yang menangis.  Kelas Deeja dua orang pelajar perempuan nangis.  Takper la pompuan kan...Lagipun belum biasa.

Yang kelas sebelah budak lelaki.  Nangis2 kat luar tak mao masuk kelas. 
Kesian...mesti Fenin kan mak ayah dia.

Aku dulu darjah 1 pun nangis jugak masa orang nyanyi lagu Negaraku aku bantai melalak panggil 'abah'.
hehehe

 Waktu makan kembali.  Masih bersama Anis Najwa.  Deeja nak beli mihun rupanya dalam tu nasi lemak.  
Muka dia pun dah lain macam.  tengok jeerr aa tu...

 Mula dah.....

 Dah tak mou makan.  Makan sikit jer.  Rupanya ayah Anis cakap...pedas nasi lemak tu.  Anis pun sama makan sikit jer.

 Aktiviti dalam kelas.  Pelajar diberi tugasan untuk bercerita mengenai diri mereka (penulisan). Juga ada diberikan petak gambar untuk dilukis.  Yang aku nampak budak2 lain lukis gambar diri mereka sahaja.
Tapi Deeja lukis gambar diri dia beserta seekor kucing, makanan kucing, teddy bear dan lampu.  hooo...banyaknya Deeja lukis.  
Bila mama tanya kenapa...?  Dia jawab sebab saya suka kucing (tapi takut).  Makanan tu untuk kucing makan.  Teddy bear untuk main dan lampu supaya tak gelap.
Owh lah anak mak...
Tapi aku tak dapat mekaram gambar yang dilukisnya tu.

Dari senarai nama ada 42 orang pelajar dalam kelas Deeja ni.

Doblas setengah kami pulang dari sekolah.
Lepas masak simple bersiap untuk ke sekolah KAFA lak.   Tapi gambar sekolah Agama lupa nak snap.  Sebab masa tu aku dah migrain.  Tapi tetap gak nak hantar.  Dalam jam 3pm aku pun balik umah.

Sekian.

No comments: