Kerana masalah akaun tak boleh diguna, lama sangat cuti berblog. Dipendekkan kisah peperiksaan hujung tahun 2012, Khadeeja telah mendapat tempat kedua. Majlis penyampaian hadiah dan perpisahan telah dianjurkan oleh Tadika Seri Permataku yang ditunjangi oleh Cikgu Puspha, Cikgu Mona dan Ustazah Ummi.
Walaupun majlis sederhana tetapi sudah cukup menggembirakan anak2 kecil ini serta mak ayah dia sekali.
Nampak tak budak baju putih yang angkat tangan tu? Asal Cikgu Mona nak umumkan sapa dapat no terbaik pasti dia akan angkat tangan. Budak tu baru 5 tahun.
Untuk penyampaian hadiah 5 tahun lupa nak ambik gambar.
Aku pulak bawak hp jer....tu pun bateri dah nyawa2 ikan.
Maka tangkap gambar pun budget2 je.
Yang ada hanya anak2 6 tahun
Qamarina dapat tempat pertama
Deeja dapat tempat kedua
Durga juga berkongsi tempat ke 2
Irdina di tempat ke 3
Kemudian ada acara semua ibu bapa yang hadir diberikan hadiah untuk diberikan semula kepada semua pelajar yang lain. Caranya budak2 tu kena datang kat kita dan salam...pastu kita bagi hadiah tu kat mereka. Kiranya semua pelajar pun dapat hadiah. Adil lah begitu.
Lepas tu ada jamuan makan.....parents pun dijemput makan sekali.
Kebetulan Along dan adiknya sambut bithday . Tema padang bola tu
Makan time....Dimulai dengan membaca doa makan.
Sian anak mama....Deeja silau bila kena cahaya.
Kat luar tu panas terik waktu tu.
Posing bersama bungkusan hadiah.
Inilah hadiah yang Deeja dapat
Terima kasih pada guru-guru Tadika Seri Permataku (Cikgu Puspha, Cikgu Mona, Ustazah Ummi) yang telah mengajar Deeja..
No comments:
Post a Comment