Burger daging
Mengandungi 4 gram lemak tulen, ia membekalkan protein, zat
besi, vitamin B12 sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
Ayam goreng
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh daripada
lemak), banyak garam, MSG dan pewarna kimia. Ia membekalkan protein dan vitamin
B6.
Kentang goreng
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C, tetapi
‘fries’ terlalu banyak lemak dan garam warna kemasannya adalah tiruan.
Susu kocak
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan
bahan pemekat kimia mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu mengandungi
protein, kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas sederhana.
Minuman berasaskan kola
Mengandungi 14 sudu teh gula dalam cawan besar, pewarna
kimia dan kafein.
Garam
Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada
lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam
makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan
London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.
Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis
berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan
Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh
mengenai kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah
‘aditif’ makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan.
Serat
Serat terkandung di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin
dan kekacang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat
melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, mengurangkan
kolesterol dalam darah, mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser
terutamanya usus. Makanan segera banyak diproses dan tidak mengandungi serat.
Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan vitamin dan zat galian di
dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi
tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan
pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di
dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua
zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.
Sumber: Harian Metro