Senyum itu satu sedekah

Tuesday, January 3, 2012

Salam sayang buat rakan2ku

Sudah lama jejariku tidak mengetuk papan kekunci.  Hari pertama aku menjejakkan kaki semula ke tempat kerja setelah bercuti semenjak 17 Dec 2011.  Bukan bercuti suka bergumbira tetapi aku diduga Ilahi...Aku terlantar di hospital selama beberapa hari dan selebihnya direhatkan di rumah.  Saat ini aku belum pulih sepenuhnya.  Terima kasih pada rakan2 dan jiran yang sudi menjengahku  baik di hospital mahupun di rumah.
Terima kasih pada doa2 kalian semua.  Terima kasih tak terhingga kepada en. suami, mak, abah dan seisi keluarga yang mengambil berat terhadap diriku.  Terima kasih Ya Rabb.

Selepas ini mungkin aku akan menyepikan diri....mungkin aku akan mengundurkan diri dari dunia blog...  tapi InsyaAllah aku akan menjengah ke blog kawan2...jadi silent reader kot...namun belum aku putuskan 100%