Senyum itu satu sedekah

Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Kembali ke rahmatullah.

Salam pagi Isnin.  Esok dah selasa, esok jom puasa sunat hari 'Asyura.

Pagi ni sebaik sampai ke tempat keja, baru jer lepas punch card.  Seorang rakan menghampiri.  Seorang rakan lama kami telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.50am tadi.  Beliau ialah aruah encik Adam.  Aruah pergi setelah bertarung denagn virus demam denggi berdarah.  

Aku dan rakan2 yang mengenalinya bergegas ke hospital Sg. Buloh bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah diterbangkan pulang ke Kelantan jam 3pm ini.

Allahyarham adalah seorang yang sangat cool, baik hati. Seorang bapa yang penyayang. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.  
Al-fatihah.

Tuesday, October 18, 2011

Panggilan Haji


3 orang rakan tahun ini berpeluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu 'ibadah Haji.
Terdiri dari seorang rakan wanita iaitu Cik Fatimah dan dua rakan lelaki iaitu En. Mat Asripin Tasmin dan Dr. Mizan Aslam.

Aku tumpang gembira bila mereka memaklumkan akan berangkat ke tanah suci.  Sesungguhnya ketika ini kesemua mereka telah berada jauh di sana. Aku di sini mendoakan semoga mereka semua sihat wal'afiat dan dapat melakukan ibadah dengan sebaiknya.

Aku mendoakan mereka akan mendapat haji yang mabrur.  Begitu juga kepada ummat Islam yang lain.

Semoga aku juga diberi Allah peluang sebagaimana mereka untuk menunaikan Rukun Islam ke 5.

Amin.

Thursday, September 8, 2011

Word Verification - Adyst

Tinggalkan kejap citer2 raya sebab hard disk aku belom dapat dibaik pulih lagi.  So secara rasminya gambar takder...takder gambor cer citer camner nak upload kan...

Aku saja menjengok ke blog kawan baik aku yang baik sesangat.  Kalau babab dia pon dia tak marah..yer..yer.. jer aku.  

Aku saja nak kasi semangat tuk dia berblog macam aku walaupun aku takde peminat tegar..Syok2 sendiri pon tak apa kan...untuk kenangan aku juga nanti..

Berbalik kepada kawan aku tadi, maka saja jer lah aku nak kasi komen..... tup2 dia punya word verification dia sangat lah menyentuh hati aku..... 

Word tu ialah.... ADYST.......lebih kurang nak sama ngan nama panggilan aruah suami beliau....  Kami panggil Ady.


Aku mendoakan semua aruah Ady ditempatkan dikalangan golongan orang2 yang beriman.
Al-Fatihah.

Tuesday, July 12, 2011

Mana pergi si kembarku?

KEMBAR?  Betul ke aku ada kembar?  kalau dari segi ketinggian mmg sama-sama tak berapa tinggi,  rupa pun jauh beza, hidung dia mancung.... loghat dah tentu berbeza jugak...  dia Ipoh mali...aku keturunan banjar...nama ayah lagilah jauh berbeza, sah...bukan kembar betul tapi ASPAL ajer.

Itulah teman ku madam 'Esha.  Dah dua hari tak datang, semalam mc.  Hari ni ku tak tahu pula kenapa.  Semalam ku sms pun tak berbalas.  Mungkin ada urusannya.  Allah jua yang maha mengetahui.

Kenapa dikatakan kembar?  Ada la sorang kakak comel yang menganugerahkannya kepada ku.  Naper? ..hehe..sebab kat mana ada madam 'Esha, kat situlah  juga biasanya aku ada.  Dua hari dia takde, adeh.....lain jer rasa....esok datang tau...aku tunggu! 

Monday, July 11, 2011

Aku merinduimu...

Hurm....Kebelakangan ini aku terasa sunyi atas pemergiaanya.  Pemergiannya yang pulang ke kampung halaman demi menjaga keluarga tercinta.  Nenek yang begitu uzur dimamah usia,  mak dan apak yang berhempas pulas mencari rezeki demi sesuap nasi. Beliau yang ku masksudkan ialah Miz Tya...

Sudah dua bulan kau meninggalkan ku...tiada lagi senyumanmu, gurau sendamu...aku rindu...tapi aku akur ini adalah ketentuan pencipta.  Ada rezeki bertemu jua nanti.

"Nama berita Tya"?  Ada rezeki, kelapangan datang sini balik yer....

Bila balik ke rumah puteriku pula bertanya...

"Mama....saya nak makan bubur aunty Tya....."
kasihan
"beras aunty Tya dah habis sayang...."

Aku suka akan semangat Tya....cekap..sangat penyabar orangnya...tapi boleh tahan juga bila merajuk...ehehehe...biasalah...mesti ada gaduh2 sikit, tapi sekejap aja dh cool semula.
Kenangan antara kita simpan baik2 yer.


Ok Tya, aku mahu kau tahu...aku merinduimu...
Bye2 Tya...c u..