Senyum itu satu sedekah

Wednesday, December 14, 2011

Cubaan masak2 Siri 3- Udang ber cheese

Selangor cuti....dah 3 hari aku duduk umah jer...kuar umah pon hanya pegi kedai dan pegi taman permainan kanak-kanak.  Encik suami dari Sabtu sampai Isnin adalah bekerja.  Camtu la...aku keja en. suami cuti, aku cuti en. suami keja....

Maka aku telah mencuba udang ber cheese.  Wahida....tergoda dengan N3 mu bertandang ke rumah Kak Yan.   Ku ucapkan terima kasih kerana telah memberi ilham untuk mencubanya...



Yang aku buat ini adalah sangat2 simple.  Takde la guna bahan yang dahsyat2.  

Jom nengok2 apa yang diperlukan.

1.  Udang bersaiz besar-  ikut banyak mana nak beli n nak makan
2.  Mozzarella
3.  Parmesan
4.  Garam
5.  Lada hitam yang ditumbuk

Cara memasak

1.  Udang disiang. Sila belah bahagian belakang (jangan sampai putus dua pula), buang urat.
     Perapkan dengan garam dan lada hitam yang telah ditumbuk.

2.  Letak udang atas dulang pembakar, kalau takde guna tudung periuk pn boleh.  Susunkan udang, isikan
     mozzarella dan parmesan kebahagian belakang udang yang telah dibelah.  Taburkan lagi lada hitam jika
     suka.

3.  Bakar di dalam oven lebih kurang 8-10 minit.  Bila kita tengok cheese tu dah melebur cair kira ok lah tu.
     Kalo takde oven bakar atas dapur pon boleh jer.

Selamat menjamu selera.

P/S:  Percubaan aku hanya menggunakan mozzarella sahaja.  Malas nk beli parmersan sebab mahai sket...boleh gitu?

Haih...takkan tengok jer...cuba ler...


* Penutup N3 siri masak2 *









Tuesday, December 13, 2011

Cubaan masak2 Siri 2- Tiramisu

Menu hari Ahad yang aku cuba buat....tarara....hensem lagi bergaya...percaya atau tidak..memalukan atau tidak aku tetap kagum dengan hasil air tangan aku yg kedua ni.  Biarpon comot yang penting en. suami suka akan hasilnya.

Tanpa hiasan apa2 pon, gondol ajer tiramisu aku.  Sbb ms tu kat rumah yang ada hanya buah pisang, belimbing besi ngan betik.  Kalau tepek kat atas dia macam tak sesuai pulak.  Nak mintak buah berry kat rumah mama Ida lagilah segan.  Kalau minta beli lg la merapu kan...  ehehe

untuk hasil kerja yg pestime nih.  Comot2 isian aku, hanya menggunakan sudu.  Ker orang guna piping bag ek?  Ontahlah.

Proses pembuatan adalah dibantu dan di kacau oleh Khadeeja.  Dah beberapa hari ditanya bila aku nak buat sbb Deeja mungkin dah jemu tengok bahan2 yang disimpan dalam peti ais tu.  Hasilnya dapat 4 cawan setengah.  Yang setengah tu hasil isian Deeja.  Untung aku ada pembantu, jimat tenaga untuk setengah cawan. :)

Ini semua adalah pengaruh aku membaca blog supermama 
Aku rujuk resepi kat situ.  Terima kasih Ana yang sudi berkongsi resepi dan jawab soalan2 akak yer.

Jom layan hasil 4 cup setengah tiramisu aku...

Perrghh...comot ek?

Ni hasil 1/2 cawan yang dibuat oleh Deeja.  Selamat maju jaya nak..

Cubaan masak2 Siri 1- Prosperity

Hari Sabtu.....cuti....cubaan memasak aku setelah terliur2 melihat hasil air tangan Kak Ita   
http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/12/prosperity-burger-my-style.html    Terima kasih pada kak Ita yang telah berkongsi resepi.
Walaupun hasil yang aku buat  tak secomel mana tetapi telah mengenyangkan perut kami seisi keluarga.




Jangan tergelak yer...


Rimbun sampai tak nampak dagingnya kat mana...


Komen kawan aku 1.  Hirisan tomato besor sgt.
2.  sos melimpah..haha...aku suka
3.  hirisan bawang tak kemas
4.  Roti macam tak bakar


kengkawan lain nak komen apa lak..  :)

Friday, December 9, 2011

Nak halau cicak

Kebelakangan ni kat rumah aku mula di huni makhluk lain.  Bukan makhluk asing cam alien tuh tapi makhluk tersebut ialah cicak.  Memang aku rasa tak selesa sangat.  huwaa... salah siapa ni.  Salah aku juga la ni...tak terurus rumah kebelakangan ni sebab manjang takde jer kat rumah di kala hari cuti.

Makanya rumah menjadi berhabuk....lantai cuti mop...sekali nak mop..hambek...taik cicak da...bukan 1 bukan 2 tp lebih dr itu.
Dan menjak 2 hari ni aku nampak dia kat dapur.  Haish...tension!  Nak bunuh sian lak kat dia, nak halau konpem dia tak paham kalo aku bebel2 kat dia pon.

Ntah camner aku terjumpa kat dlam buku aku pernah simpan...tgk kat web orang lah ni. Web sapa lupa pula...tp tetap nk ucap terima kasih pada penulis.  Jom aku nak kongsi2 sikit.  Balik kang or esok ker aku pn nak cuba mana2 kaedah ni...  Kalau tak jalan gak aku guna kaedah lastik jer la....(lastik getah)

Ops...gambar cicak takyah lah yer aku letak kt sini.  Geli lak karang.....eiii...

Lada merah ditumbuk campur ngan air.  Pastu bubuh kat dalam botol spray.  Sprat kat mana2 korang selalu nampak cicak..semut...serangga..  (mungkin ni cara yg aku akan pilih)

^ CiNtA ^

Credit Google

Wednesday, December 7, 2011

buah asam gelugor

Nah, 3 biji aku buat model hari ini.  Nilah dia buah yang akan dijadikan asam gelugor @ asam keping...yang selalu kita buat masak kuah  laksa tu.  Camnilah rupa parasnya...  Chantek tak?
Siap berbedak dengan pasir lg...

 Model hari ni ada 3 kaler....kuning, kehijauan n oren2 cam pinang masak...
Yang warna oren tu memang dah masak betul la tu....

 Blur la pulak...

Sebiji yang masih sempurna dan sebiji lg yang dah mula terlerai

 Buah yang terlerai sudah....

Pokok asam gelugor....tinggi ko...

Hasil asam yang di potong2 aku tak ada sebab semua buah tu aku tak ambik.  Kasi kat biras aku bawak balik Penang.  Malas nak ambik sebab baki asam keping kt rumah masih ada banyak lagi.

 kredit google

Setelah dibersihkan buah asam boleh dipotong secara melintang mahupun menegak.
Setelah itu jemurlah di bawak terik mentari selama beberapa hari.

kredit google

Hasil setelah dikeringkan dan bolehlah digunakan

Tuesday, December 6, 2011

beramai2 kau pergi jua...

Terima kasih Acik Jam yang telah meghadiahkan mereka kepada ku
Membuat aku tersenyum simpul, sengih menyeringai, ketawa berdekah
telatah mereka begitu mencuit hati ini
Walaupun mereka tak bisa bersuara
Hanya bahasa tubuh yang mampu diperlihatkan

Semalam menjelangnya malam 10 Muharram
Satu persatu mereka pergi meninggalkan ku
Aku terpinga...kenapa..kenapa..
Bertalu soalan ku ajukan kepada mama

Tubuhmu longlai semakin lemah
Lenggok mu semakin tidak berseni
Akhirnya tubuhmu kaku
Ada yang tenggelam kedasar ada yang timbul menghampiri permukaan air

Satu persatu dirimu kuambil
Penuh berhati2
Ku pisahkan dari rakan2 mu...
Sedih aku melihatkan jasadmu yang terbujur kaku
Lantas kupalingkan wajah ke arah mama
Dan ku aju soalan
Di syurgakah mereka sekarang?

Dan lantas mama menjawab.....Ye Deeja, Allah berikan mereka syurga....

Inilah mereka.....


 Sebahagian ikan yang telah mati

Tinggal 4 ekor jer lg, pg td dh dua lg mati, tinggal la 2 ekor.

Haku tak tahu apa yang dah tersalah letak semalam...mungkin mereka sesak napas kekurangan oksigen...
tak sempat pun lg nak hias aquarium nih. 
Nanti mama ganti ikan Acik Jam ni eh...
Sib baik Deeja tak mengamuk ikan dia mati
Kalo tak mana malam2 mana aku nak cari kedai ikan

Umi n Fareed

Sama tarikh dengan kenduri anak saudara dlm N3 semalam.
Lokasi saja berlainan,  kejadian ni di Puchong, Selangor.
Perkahwinan sepupu aku, Umi Azra n pasangannya...Fareed
Maaf aku tak dapat hadir sbb tidak dapat membelah diri kepada dua...
Aku ucapkan semoga berbahagia ke ahhir hayat.



Lepas ni aku cuti dulu N3 perkahwinan.  Tahun depan lak sambung.

Monday, December 5, 2011

Ayu n Faiz

Musim cuti sekolah memang sinonim dengan majlis perkahwinan.  Pada 26 Nov yang lalu merupakan tarikh pernikahan anak saudara sebelah suami dan 27 Nov hari majlis.

Perkahwinan antara Ayu n Faiz di sambut dalam majlis yang meriah diraikan sanak saudara jauh n dekat, sahabat handai dan penduduk kampung.  Sudah tentu kerja2 dilakukan secara gotong royong.  Adeh...tu yg sampai demam2 aku tu...cewah...macam ler paling rajin ek...hehe...malas gak nih.





Semoga jodoh berpanjangan bahagia hingga ke akhir hayat.

Kembali ke rahmatullah.

Salam pagi Isnin.  Esok dah selasa, esok jom puasa sunat hari 'Asyura.

Pagi ni sebaik sampai ke tempat keja, baru jer lepas punch card.  Seorang rakan menghampiri.  Seorang rakan lama kami telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.50am tadi.  Beliau ialah aruah encik Adam.  Aruah pergi setelah bertarung denagn virus demam denggi berdarah.  

Aku dan rakan2 yang mengenalinya bergegas ke hospital Sg. Buloh bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah diterbangkan pulang ke Kelantan jam 3pm ini.

Allahyarham adalah seorang yang sangat cool, baik hati. Seorang bapa yang penyayang. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.  
Al-fatihah.

Friday, December 2, 2011

sunyi sepi tanpa N3


Kepada rakan2 mohon ampun maaf, lama menyepikan diri...dah bercuti dari Jumaat lepas (tu pn lepas aku merayu kt bos)...balik kampung MIL sibuk ngan kenduri pengantin.  Balik kesini patah riuk badan dan akhirnya mendapat mc sebab dah demam dan badan dah sakit2.  lepas tu migrain pula...adeh...mmg takde mood langsung.  Terpaksa juga pergi kerja disebabkan takde sapa nk jaga tempat.  maklum saja, aku cuma ada dua ketul tenaga kerja di bahagian ini.  Rakan yg sorang lagi cuti 3 minggu sampai 12/12/2011.  Adeh.......nangis aku selama tu la takleh cuti.  huhuhu.... Esok rumah kakak aku plak kenduri.  Aku akan drive pulang ke kampung ditemani anak kesayanganku.  En. suami pula sekali lagi pulang ke Taiping awal pg tadi bagi kenduri pengantin anak Pak Su (betul2 depan umah MIL).  Kena bahagi dua lah ek...