Senyum itu satu sedekah

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

9 Mimpi Rasulullah SAW


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Thursday, October 18, 2012

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris


Perniagaan, pelaris, sihir

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

sumber: FB bercinta selepas nikah

Friday, August 10, 2012

Nasihat Kubur



Salam pagi Jumaat 21 Ramadhan 1433H

Nasihat Kubur:



1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

sumber:  Banyak dosa-dosaku padaMu Ya Allah (facebook)

Monday, November 14, 2011

Antara mereka dan kita...

Aku ambil dari paper Harian Metro minggu lepas

Ada sesiapa terasa tak?

Sentap ke tak?

Friday, October 28, 2011

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Cuba belek2 kuku kengkawan tu.  Kuku anak2 pown jangan lupa tengok.  Kuku suami pon tengok jugak.  Panjang ke kontot.  Ehehe..Hari ni di pagi Jumaat penghulu segala hari ada baiknya kita sama2 memotong kuku.  Nak potong kuku pula eloklah mengikut aturan sebagaimana di sunannahkan oleh Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Okey,  basuh tangan tu dulu supaya kuku2 tu jadi lebih lembut dan mudah untuk dipotong.
 Mulakan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.
Lepas tu kita ikut sama macam mana gambar ni tunjukkan.
Senang jer kan.

Gambar kredit google

 Bila kuku2 semua dah potong, dah bersih kita pon senang hati nak sediakan makanan untuk keluarga.
InsyaAllah terjemin kebersihan. 
Barakah kehidupan.

Friday, September 30, 2011

Antara Dua Sujud

Saya nak share kan ini ngan kengkawan
Sehari lima kali kita menghadap Ilahi
17 kali kita membacanya
Kadang2 kita terlupa apa pengertiannya
Atau tak pernah pon nak ambik tahu

kredit google

Friday, September 23, 2011

Ilmu dan harta

kredit google

Renung2kan sekalian sahabat.  Memang betul pon.  Ilmu itu lebih baik daripada harta.  

Thursday, September 15, 2011

Sifat Terpuji org. Malaysia...saja tepek kat sini...



Message body

Bila le agaknya rakyat Malaysia untuk mencapai tahap macam ni…..
Dalam gengaman lagikan dirampas/disamun….
Subject: FW: Sifat Terpuji Org Malaysia........
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIGhMNSkFj1zMOSACGHIwJa88YpN8emgvb-goDb0XcfnpSP4pHiWHCujCl3cSwhIiGo4iqLJ4zZDcrzwsJPdarAplHOdqaeEZVTUUXs9Oszc814tYCMuEFSvWd0QooFRJce3ZGY-lHLYVl/s400/jepon.jpg


TOKYO- Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu. Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain. Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai. 



Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya. Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. - Agensi 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBKF6MpIXeuW6jcUrcsbE45TlTBkPkNfdKdnAACs0Pq7riVggDX7tAEA63Ld8ZTKSUw3JRMU_byvgL8nK2-LOXlDDBtWd7vHXWT4iuNL1xeqDS6iz4gOpYURmjOZlwwUM3v_SQz4-fLPRO/s400/london.jpg

Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini. 


Ulasan : 

Di Jepun, rakyatnya begitu jujur sekali. Sanggup berbaris memulangkan duit yg dijumpai masa Tsunami lepas.. 

Di London, pesalah yg mencuri di premis² telah diheret ke mahkamah utk didakwa.. 

Tapi di Malaysia.. arrr hmmm urmmm.. tgklah gambar kt bawah ni sendiri.. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMBGMXwSuwcJu47IVSViJcsLHI8pr1W_uArpJ4PSFANmgNy1JF3y-2o2DGdfLCbfqAjw79I5_VDJHCbjXmItlF7UUvFd2MWxhF41DgPgV64w9_y6d-Jn7e8GUBipEphNPSzcW7RVD32YuE/s400/beras2.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHEqQyl0d38qw0zcCPu2D8AeyPIs8ZbOy9Zl3ZNV036bQB8Tf5OxL8fee6UdgaGRpZgCYwShZbq-0W0xvIhyQShAZRb-YIE-4YOBvZdt4W06frQ10PTd32-t3FufnuDfvkThFiZ8FRH-MA/s400/beras.jpg

Ini kes lori bawak beras eksiden, ramai yg dtg 'bantu' kutip beras berterabur atas jalan raya.. Ramai yg mengaut keuntungan mkn beras percuma stok sebulan. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgZw4ZAPwpft7sSpXL2wj3hw-sr_BnQbkHC_VfB_RUM00lh8uWuexIVhyphenhyphenhziKFMmhMqGw2p55jaDP8xHFYnLiR_CnAGFC9DUKu-oMTUD5HiNjRb0UMwd7FHEk8ZYtOHHumRa33-eY3TcU3/s400/duit.jpg



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj55eLyAsPM7B1Y9p9HIYWFOJF9to3zwtQPofBI5OHESDg9HHi7vRvmLHFbpkm7uwxJ-XjecSk83DlSfLZ3iB25luVFo6lRB5nInP3phyphenhyphenwVRso969iPL7ILkttCf3cZXQkuvwiS9azyTZo1/s400/duit1.jpg

Hahh atas ni pulak kes jip eksiden bawak duit syiling berterabur atas jalan raya.. Lagi ramai dtg 'bantu' kutip duit dari membantu mangsa.. 

Tapi yang peliknya kat bawah ni... 



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhstddMfVG8WtJGvsh0N1itxn-svEvJH31OcbJ9xrZF-rwFxyvfiUhgD0Gui5PN8ykR3OGgDtiRpSeZf74BfVI9mwlNnkHd1ai5DXhD60sryyb6HfnSedfHlmBMDFMTv8RJnLlQcL_97VkZ/s400/babi.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWvIEBCGZ1W-Xwdda9qs76GK9sZsPsnWVCJtINWDqYqJ4Dn7nOPTP2gdERbCHl_JMNblwvic2iA4L2DB18UsvVYCkffrr9N8j6BUGS0Wm-SIE7yEVmV-s0SnlGKUZ-pO-40OM6gqsRH_J9/s400/babi2.jpgPASAL APA TAK DA SAPA NAK KUTIP?? Sedangkan keenam² gambar di atas HARAM.. 

Keh keh keh.. Malaysiaku tercinta.. 






Monday, August 22, 2011

Ramadhan Dua Zaman

Google

Sedar tak sedar hari ini dah menjejak 22 Ramadhan....Begitu pantas masa berlalu...Ramadhan semakin berakhir, Syawal bakal menjelang.  Sedih dan pilu...entah ada atau tidak lagi peluang melalui Ramadan 1433H.  Allah jua yang maha mengetahui.

Bulan Ramadhan aku jarang sangat2 buka radio.  Bukan bulan Ramadan pun jarang juga. He.he... Tapi hari tu sewaktu aku drive  Dj IKIM memutarkan lagu  "Ramadan Dua Zaman".  Terus mengingatkan aku kepada rakan2 blok APK-19 di UTM dulu.  Bukan apa...ketika itu usia aku baru 18 tahun.....sekarang dah 34 pon bahkan bakal menjengok 35 awal tahun depan.  Pada masa tu aku dah kenal ngan lagu "Ramadan Dua Zaman" ini.  Syahduuu  sangat liriknya....   Kasetnya pon aku beli...tp dah rosak la...zaman2 tu takde maknanya guna cd.  Cuma sekarang cara penyampaian dah diperbaharui. Hayatilah...sangat menyentuh perasaan aku....

Ramadhan Dua Zaman

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira dengan kedatangan mu
Kami gembira dengan pemergian mu
Malam mereka disimbah nur Al-Quran
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mijahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Dah abis baca...jadi apa perasaan anda semua....?

Aku rasa ramai yang mengakui dengan apa yang dikatakan lirik nasyid ini, tapi tak ramai yang nak melakukan perubahan.  Jauh berbeza Ummat dahulu dan sekarang.  Manusia akhir zaman.
Wallahua'aklam.

Friday, August 19, 2011

Wanita Cantik!


19 Ramadhan 1432 Hijrah

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?" 
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. 


"Aku tidak mengerti", kata anak itu. 


Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
 
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
 
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
 
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
 
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"  
 
Allah berfirman: 

 





"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
 
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
 
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
 
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
 
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
 
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
 
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
 
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."




"Kau tahu: 

 



Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
 
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

Friday, August 12, 2011

Siapa Lelaki Kacak Itu?


Jumaat 12 Ramadhan 1432 Hijrah

Assalamu'alaikum…salam ramadhan...
Buat renungan semua…

Rasulullah (Sallallahu 'alaihi wasallam) bersabda: 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja...tengok je..

Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.  Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .


Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung ;) winking