Senyum itu satu sedekah

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Umi n Fareed

Sama tarikh dengan kenduri anak saudara dlm N3 semalam.
Lokasi saja berlainan,  kejadian ni di Puchong, Selangor.
Perkahwinan sepupu aku, Umi Azra n pasangannya...Fareed
Maaf aku tak dapat hadir sbb tidak dapat membelah diri kepada dua...
Aku ucapkan semoga berbahagia ke ahhir hayat.



Lepas ni aku cuti dulu N3 perkahwinan.  Tahun depan lak sambung.

Monday, October 17, 2011

Kasihan abang Hakim

Ni lah tujuan kami ke Batang Kali.  Menjengok anak saudara suami yang mengalami kecederaan siku.  Abang Hakim baru berusia 12 tahun dan kejadian ni menimpa setelah tak lama selesai menduduki UPSR.  Abang Hakim sekolah kat Utara tanah air (sek. asrama penuh). 

Masa tu abang Hakim main bola dan terjatuh sebab terkena kaki kawan (tersadung kaki).  Makanya masa jatuh dok tahan ngan siku.  Kesannya siku abang Hakim mengalami kecederaan.  Lapan hari lamanya abang Hakim duduk spital termasuk menjalani pembedahan kecil memasukkan wayar.  Lapan hari juga ibu dan ayah menjadi peneman setia abang Hakim.  Sekarang ni ada kat rumah ibu dan ayah.  Ulang alik pemeriksaan selanjutnya kat Hospital Selayang.

 Ngeee...ngeri tak?

Adoiii...aku pulak yang ngilu...

Bila abang Hakim genggam2 jari dia, besi tu pun akan ikut bergerak2.  Dokter pakaikan penutup kuning tu bertujuan untuk mengelakkan tersangkut2.

Kelmarin menurut kakak ipar kedudukan tulang tu sedikit lari dan dokter kat selayang betulkannya semula.

Sian abang Hakim.  Sekarang ni kat sekolah abang Hakim lepas periksa ada macam2 aktiviti termasuk menunggang kuda.  
Tak dapat disertai.

Didoakan semoga cepat sembuh dan ceria2 selalu.

Friday, September 9, 2011

Keluarga Pak Tam Mat

Foto kenangan yang telah dirakamkan pada 5 Syawal 1432 Hijrah.  Alhamdulillah ibu dan ayah mertuaku kaya dengan anak-anak.  Bukan senang kan nak mendidik anak-anak.  Kalau orang zaman sekarang ontah la....mau surrender kot..
Happy jer time tangkap gambor ni, siap thumb up lg gitue.
Yang berbaju kelabu di hadapan merupakan anak sulung dan anak bungsu yang baju biru sebelah si baju kuning.

 Ibu dan ayah mertua bersama 10 orang anak

Yang ni pulak para menantu...oleh kerana ramai anak lelaki maka konpom la menantu2 pompuan yang ramai. Lagi sorang menantu lelaki ada kat belakang rumah sibuk berkemas.

 Yang ni plak bersama cucu-cucu.  (19 orang yang ada dalam gambar) dan dua orang cucu menantu.....lagi tiga orang cucu tiada dalam gambar

Bersama dua cicit, Athirah dan Aisya.  Kalau tak ada empat cicit dah tapi Allah lebih menyayangi mereka...

kalau ikutkan bukan senang kan nak ambik gambar kenangan beramai2 begini.

Wednesday, September 7, 2011

Warna Warni D 'Aidil Fitri

Aku selitkan gambar kenangan sempena Syawal 1432 Hijrah.  tak banyak mana pon, maklomlah time2 raya ni orang sibuk nak beraya n menyebat hidangan (aku ler tu).  Tak sumer gambar dapat ambik...dapat la sikit2 jer...

Gambar keluarga ku, abang Dzir dan kakak Ani sekeluarga tiada dalam gambar

 Keluarga kakak Long

Keluarga kakak

 Me n family


Me n Deeja

 Keluarga adik, aik...baby Aishah mana?

 Keluarga aruah nenek busu

Keluarga Aruah Hj. Sabli

Pic yang ni aku baru upload, ambik dari facebook sempena majlis pertunangan Dyana.  Sory Dyana akak tak dapat hadir.
Sebenarnya tersangatlah ramai....ni sikit jer....kalau ikutkan tak muat rumah weh kalau semua turun...Konpemm....

Hanya ini saja yang sempat.....yang lain2 tu raya juga tapi tak sempat la...
Nnati aku tepek lagi gambar2 sebelah suami pulak


Doa pagi raya n sambut birthday

1 Sayawal hari raya...'Aidil Fitri yang mulia...

Telah menjadi kebiasaan dipagi raya kami sumer berkumpul kat ruang dapur.  Setelah makanan dihidangkan abah aku akan bacakan doa dan kami ramai2 akan mengAminkan...
Tapi kat sini takde gambar tengah baca doa, kang tak pasal2 jer kena khutbah tambahan pagi raya..yer ler..tengah amin takan tangkap pic kot kan.

Dalam gambo ni sumer tak pakai baju raya..sebab nyer pagi2 nak sediakan juadah makan..kang tercalar lak baju baru kan..kot bau apa ker...Tapi kompem mandi tau sunat 'Aidil Fitri.  Nak pegi solat raya baru tukar baju baru yang glamer gitue-gitue...

 Get ready nak baca doa.  
Ha...meriah kan kat dapur tu...macam2 ada

  Masih ada yang belum memenuhi ruang 

 Menu pagi raya, nasi impit, pulut, rendang kerang dan kari ayam...Syukur Alhamdulillah
Ni macam tangan DK Dayat jer...terlebih sudu sudah

 Mak dan Abah tersayang

 Sesi bermaaf-maafan

 DK Dayat.  Duit raya takde ke Mak?

 Cucu no 3

Kek Birthday Deeja.  Simpel jerk..Kek aiskrim oreo. Buat sendiri ambik dari Laura in the kitchen. Senang jerk....tapi tak berapa jadi sebab pagar oreo tu roboh..haha.  Yang lagi satu dulang lagi best...terbaik habis angkara aku sendiri... Tunggul happy birthday lak dah tercicir lam keta aku, tinggal la kat KL.  Benornya birthday Deeja 31 August tapi aku sekalikan saja ngan birthday Muhammad Danial yang jatuh pada 30 August.  2 hari lepas tu adik aku lak 2 September.  Sebelom tu pd 26 August anak sedara aku nyer birthday.

Deeja happy dapat makan kek aiskrim

Senyum2...hehe..gambo satu pon aku tak edit..main bubuh jer..

Kek birthday abang Muhammad Danial...  Ummi buat sendiri

Hai birthday boy!

Ecececeh...  sib baik tak pegang pisau sesama yer..

Lepas makan di pagi raya kami pon siap2 pegi surau mahupun masjid untuk bersama2 jemaah lain menunaikan solat sunat 'Aidil Fitri.  Surau dekat jer ngan umah aku.... jalan kaki pon kejap jer...tapi ku tumpang adik aku naik keta...hehe.  Sebabnya terlewat sudah.

Lepas solat raya denagr khutbah dan pastu bersalam-salaman ngan penduduk kampung.  Aku solat kat surau jer...  Pastu balik umah aku menapak jer...malas nak tunggu adik aku.  Tentu dia seronok nak nyembang ngan kawan2 dia. 

Dalam pada jalan tu aku ternampak la kawan lama ms sekolah...Mahadir .  Baru jer tadi kt surau aku ber'sapa' ngan mak dia. Ehehehe..nampak dia lebey kurang dudulu gak...cuma berisi sikit jer.

Okey..abis dah

Menjelang Hari Raya

Tahun ni turn beraya kat Kampung aku dulu..kat mener?  Kat Sg. Besar...  Raya kat kampung aku biasa2 jer.  Maksud biasa ialah...menu yang biasa..hehe...lebih kurang samer jer menu tiap2 tahun ek...  cam dudula gak peveret aku ialah rendang kerang... wajib nih..aku suker...korang aku tatau suker ke tak?  Pas makan hambik kang gatal2 badan..haha..

Operasi keluarkan kerang dari cengkerang - 10 kilo....ngantuk ooo aku kupas... 

 Help me! Help me!

 Ni ayam pencen....  ayam buat kari ayam pon ada...tapi lupa nak snap...

 Lauk pauk berbuka di petang hari terakhir Ramadan.
Kerabu tu sumbangan kawan baik aku..Faezah....uii...duit kuih aku tak bayar lg...ko kasi free ke? Hehe..
Lauk peberet aku ialah yang kaler merah tu, masak cabai ikan haruan...nyum2...
Benornya ada tiga hidang...tapi aku letak gambo satu hidang cukup la...

Air minuman.....sebelom buka pose air kosong pon nampak best jerk!

Memasak guna cara menual..jimat gas!

Mak2 kat dapur yang sediakan bahan nak buat rendang kerang dan kari ayam.

Biasa kat umah aku tak la buat bagai2 pun.  Kang kalo nak makan rendang daging pegi umah Mak Long..kat situ ada...ketupat palas lak umah Mak Su Iyah. Kengkadang dapat makan rendang burung.  Umah kak Ateh plak ada daging masak hitam...mabeles tau....bertambah2 aku melantak, memang muka 10sen jer aku menambah2 makan selari dengan penambahan berat....umah kak Amai pon best!  Ada tapai lagi....hehe mak aku tak buat tapai tahun ni.  Tapai pulut hijau...biasa orang2 banjar je yang buat tapai hijau nih!