Senyum itu satu sedekah

Showing posts with label Jenjalan. Show all posts
Showing posts with label Jenjalan. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Gold Coast Morib

Entri ni dah lama nak tulis tapi cam tak kemasaan jer...betulkah bahasa ku ini.  owh....

Dalam tahun lepas 2012 ada perji jalan2 ke Gold Coast Morib.  Masih kat Selangor.  
Nak pegi jejauh or obersea masih belum kemampuan lagi.

Pergi ke sana sendiri2 tapi semua sekali 5 keluarga.  Semua kawan2 suami. 
Sian aku...takde pong kawan aku....uhuhuhu...

Tapi aku kawan jer ngan  isteri2 kawan suami.  Lagi pun ada yang dah beberapa kali jumpa.
Yang baru jumpa pun boleh kawan apa...

Di depan hotel dari jalan utama

Friday, January 11, 2013

Hot Spring Sungai Kelah

Penutup tahun 2012  kami sekeluarga berkunjung ke Sungai Kelah yang terletak di Sungkai Perak. Perjalanna kami kesana mengambilmasa lebih kurang 1 jam 30 minit.
Ini merupakan kali ke 3 aku sampai kesana.  Deeja kali ke dua dan suami pertama kali.  Pemergian kesana disertai satu lagi keluarga kawan husband. Tapi kami pergi secara berasingan.

On the way ke Hot Spring Sg Kelah hujan mulai turun.

Sampai sana sekitar jam 12 tengahhari.

Perkara pertama dilakukan selepas park keta ialah membeli tiket.

Mula-mula pegi dulu free sebab masatu hutan semulajadi. Pastu kunjungan tahun 2011 ialah  RM10 dan penghujung 2012 ialah  RM12.

Aku sengaja bawa suami melalui titi kayu walhal ada jer laluan yg takyah jalan kaki.  Saja nak kasi suami rasa lalu kat tiiti kayu tu yang di bawahnya aliran air panas.  

Dulu aku dah citer pasal tempat ni dalam entri 2011 rujuk sini-memori sg kelah , jadi kali ni bubuh gambar yang dulu tak ambik.

Apa yang ada kat sini sila lah rujuk papan tanda di bawah



Tuesday, October 2, 2012

FAMA - Hari terbuka

Minggu lepas FAMA mengadakan hari terbuka kepada orang awam.  Dibuka kepada orang ramai dari Jumaat sampai Ahad lepas (28-30 September 2012).
Aku  pergi pada hari Sabtu.  

Aku tau info ni dari adik yang tumpang aku balik keja hari2.  Dia tunjuk pamplet kat aku.    
kebetulan lak ada maskot upin ipin pada Sabtu tu. Tak dapat pun jumpa Upin Ipin sebba  aku pegi petang lepas solat Zuhor...pagi tu memang ada tp aku tak pi lg.
Ikutkan 3.30pm ada semula tapi entah kenapa tak muncul2 lak.
 Dia pi tido kot sbb penat agaknya (ramalan suke-suke hati).

Tak nampak lah pulak jual apa, jauh benar.  Lagi aku snap pakai henpon yang nak kong bateri dia.
Ni gerai jual sayur-sayuran dan buah-buahan.  Pada aku harga tak la jauh beza ngan kat luar.  Tapi still murah sikit.  Yang bagusnya kuali/gred adalah yang terbaik.  Serious adalah segar2 belaka.  Kalau tengok cili tu dah macam suntik vitamin c, collegen...cantekkk jer. Ibarat kata terbaik dari ladang.  Kat sini aku beli buah naga 2 bijik.  Kegemaran Deeja.  Yang pastinya kaler merah@ungu.

Lagi gerai menjual pelbagai buah2an dan segala yang ada kaitan ngan FAMA
Kat sini aku beli buah hajra (herba) - nak cuba.

Gerai upin ipin lupa nak snap.  Aku beli dam upin ipin jer.

Kat sini plak pameran kucing.  Punyalah banyak kucing.  Kat dalam ni siap ekon.  Beruntung la kucing2 ni.  Tapi dari sudut lain sian lak kena kurung.

Yang ni dok sibuk minum 'ayaq'

Nobody standing by me...so i main sorang2 jelah

eeoooowwww! Please let me out

Zzzzzzzzzzz sweet dream.

Semua kucing2 yang ini adalah untuk dijadikan kucing angkat.  
Deeja beria sampai mengamuk nak bela kucing ni.  aku jer yang tak mau.
Malas lah....walhal kecik2 dulu aku sukeee kucing.

Ada juga dijual keperluan penjagaan kucing

Banyak kan sangkar2 kucing

Amacam...ada brani?

Yang ni dia tak kasi sentuh.  Tapi ramai juga yang gatal tangan cuba nak sentuh.  Tu namanya degil tul!




Dah abis tengok kucing pi tengok ayam lak.  Ni ayam2 katik@serama.  Tengok kejap je kat sini.  Masa tu pun ada dianjurkan pertandingan ayam mengikut kategori.


Antara ketegorinya......sabar ajelah




Seterusnya kat tempat arnab

tengah minum

makan time

Kebetulan aku ada biras keja kat sini.  Lapang sikit biras tolong layan jap.  
Kejap je la sbb dia pun bertugas hari tu.
btw thanks sebab belanja cendol ngan makanan jepun tu.

Lepas bebas bermain arnab

Nak kasi arnab makan

Sila makan jangan malu-malu

terkurung di dalam sangkar

skandal baru...T hehe

budak ni takut, tapi dalam hati nak pegang arnab

baru mau posing ngan arnab

aku suruh Deeja maintain duk situ (walaupun muka Deeja dah confuse) sementara adik tu nak letak arnab belah Deeja. Masa ni Deeja tak sedar.  Kalau tau konpom dia lari.

Yey!

Ha...baru berani sikit

Setelah jam 4.30 petang kami pun balik.  Sampai umah jam 5.10pm  sudah.  
Penat...mandi n terus solat Asar.





Thursday, October 27, 2011

Paddle Boat

Ni lah dia yang Deeja begitu teruja nak naik.  Bertempat kat Tasik Titiwangsa gak.  Dah la masa sampai kat sini kaunter tiket baru jerr tutup.  Jam 2.30pm baru buka semula.  Kalau ikutkan hati aku nak je balik umah.  Penat dan ditambah cuaca yang panas. 
Pastu kami ambil keputusan untukmenunaikan solat Zuhor dulu. 

 Paddle boat sedia menanti untuk disewa

Budak yang tak sabar dah. Yey

 Kasi test kejap

Dok ulang2 tanya bila boleh naik

Harga tiket

Oleh sebab kami naik paddle boat ni 1/2 jam saja, maka bayarannya RM3

 Tiket RM3

Haha....penat tau kayuh paddle boat ni.  Dah ler kami dapat yang gear dia tak berapa nak betul....
asyik melelong2 berpusing2 jer boat tu.
Tak mengikut pon arahan.  Geram jer rasa.
Penat kayuh tapi tak sampai2 tengah tasik.
Ntah camner kami cuba gostan kan dia......ha la.....laju jer....
Aisyeh camni kami jalan gostan ajelah.
Dan tak semena2 group mat saleh tu pown tiru kami....
ehehehe...tak la penat berkayuh cam td.

 cewah2....ceria sungguh Deeja n ayah

Sambil kayuh boat sempat gak lagi main2 air kat tasik tu
tak tau la suci ke tidak

Deeja sempat gak cuba kayuh boat, haha....penat katanya.  walhal tak jalan pon pengayuh tu.
Takper...kasi jer dia cuba...baru dia tau camner

 mama merapu snap gambo org pasang pelamin ngan khemah

 Tangkap gak gambor pengayuh paddle boat lain

Tapi sedih gak sebab tak sempat sampai ke air pancut tengah tasik tu.
huhuhu

Dah nk pulang ke tebing.
Dah hampir berlalu 30 minit
Takper lain kali InsyaAllah kami datang lagi

Kat tasik ni tak nampak pulak ikan. 
 Nampak yg hijau2 dlm air tu jer
Lepas balik petang tu gak dah terasa demam

Vespa @ Tmn. Tasik Titiwangsa

Lama tak berupdate blog aku ni.  Udah dari minggu lepas lagi....aku pulak demam...
Citer yang nak citer pown dah naik basi...sama basi mcm aku yang masih tak berapa sihat.  Masih gak batuk berkahak....hidung masih tersumbat.  Semalam cuti Deepavali mengemas rumah tapi tak siap2 gak kemas. Ngee... Lagi semak dari yang sebelomnya..

Sabtu lepas.  Niat di hati nak tengok vespa... 
Lepas dah bersarapan siap masak tengahhari lagi...siap2 isi dulu perut kat umah pastu baru pegi Tasik Titiwangsa.  Bleh save budget, kah kah...udahnya air kosong tertinggal gak kat umah.

Sampai jer kat sana terus teringat kat kengkawan2 lama...kawan masa stadi UTM dulu...masa minggu haluan siswa pon buat kat situ gak.. ehehe..melalut kejap ek....bukan apa...mengimbau kenangan.

Key...citer pasal vespa td tu, hihihi....bukan reti nak citer pown...tunjuk gambar jer lebih....
Ada ramai pengguna vespa yang berhimpun kat situ.  Datang dari pelbagai negeri...sanggup tu tau derang datang dari jauh.   Ni antara vespa2 yang sempat aku snap gambo dia...cantik kan vespa2 tu....



 Champion pon ada!



 Meriah kan vespa ni

 Geng Honda pon ada jg.  Dulu abah aku pon ada sebuah.  tapi dah let go...

 Ngeeee....geng Jipang pon tutut memeriahkan suasana

Sana sini ada vespa


Ada yang kenan dihati tak?

 Adakah si merah pilihanku?

 Atau kuning beraja di hati?

Yang ni lak pertandingan skuter jalan paling slow dan tak bleh jatuhkan kaki untuk controll vespa tu...
Pemenangnya dah lupa la...hehe

Okey takat tu jerlah aku citer.  Kang N3 pas ni baru citer jalan2 kat tasik tu.