Senyum itu satu sedekah

Monday, July 30, 2012

Silap Hargakah?


Sekapal Solivite yang mama beli untuk memujuk Deeja merajuk haritu

Tapi apesal 85 sen saja....?

Padahal dah scan kat bar code..



Sunday, July 29, 2012

Wajah Osama Bin Laden Pada Tubuh Ketam


Sumber: www.islamitusuci



Satu penemuan pelik ditemui di Amerika Syarikat di Hat Island. Sebuah keluarga menemui ketam yang badannya ada wajah Osama bin Laden.

Berita ini masih hangat di perkatakan masyarakat di sana, kisahnya bermula ketika keluarga Canfield sedang berlayar di perairan Hat Island, mengumpulkan ketam laut. Setelah penangkapan selesai, mereka mengasingkan dan melepaskan kembali ketam-ketam betina - di wilayah ini terdapat peraturan melarang menangkap ketam betina kerana ketam betina diperlukan untuk pembiakan yang seterusnya.

Sambil memilih ketam, salah seorang anggota keluarga memegang handy cam dan memfilemkan aktiviti tersebut.Masa pengasingan ketam keluarga Canfield terus berlalu dan kembali pulang ke rumah. Ketika inilah, mereka memainkan kembali filem yang dibuat selama pengasingan ketam.

Betapa terkejutnya ketika menyedari ada yang pelik pada salah satu gambar video.Berita ini disebarkan oleh Chris Sullivan, Seorang pemberita Radio Kiro FM 97,3. Ia bersumpah kisah ini bukan pembohongan, Sayangnya kita tidak dapat melihat video ini di internet atas sebab-sebab tertentu.

Friday, July 27, 2012

Minta Maaf Ye Sayang

Pagi tadi kita gaduh2 manja.....
sebab musababnya mumula terlambat buat susu......
bile nak g school beria2 tak maou ikat rambut untuk mandi pagi. 
Udah dipesan ikat la atau sepit supaya tak kena sabun.  
Kan rambut dah lebih bahu
Lagi berangan nak panjang sampai ke pinggang cam Qamarina
Bila kena sabun bising lak
Bila siram air kata sejukkknyaaaa.....
Dah ler tu...runsing mama bila Deeja merajuk


Tadi mama pi Mydin, ma dah belikan Solivite sekapal (murah lak tu....bukan salah aku yer....)
Persiarpan untuk masak Carbonara pun mama dah beli tadi
Deeja kan sukeee.....
Nanti mama masakkan yer....
Makan macam ni...
Cam selalu2 tu
Uiks....majuk pun jangan ler jeling cenggitu


Dah..dah...lain kali ikut cakap mama
Mama kan chegu tiger
Tak mou majuk2 lagi
Mama minta maaf yer sayang

Tuesday, July 24, 2012

Ketenangan

Bukan karyaku. Karya Rusydee Tapi aku suka sangat  Nak simpan kat blog ni. Ada sapa2 suka?


Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan A-Mubarak

Salam pagi Jumaat, hari yang barakah penghulu segala hari.  Semoga hari ini memberi seribu rahmat dan keberkatan.  Esok akan bermulalah 1 Ramadhan. Dikesempatan ini Sal mengucapkan selamat menunaikan rukun Islam yang ke 3 ya'kni menunaikan puasa kepada sekalian muslimin dan muslimat.  Hindariah segala perkara yang melaghakan serta yang boleh menguruskan seterusnya membatalkan puasa anda semua.

Sambil tu Sal selitkan disini niat puasa dll....Manalah tahu kot ada yang terlupa lak....


Niat harian Puasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Niat sebulan puasa
(Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala)


Do'a berbuka Puasa


(Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang)


Do'a sesudah berbuka Puasa


(Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu)

Selamat memunaikan puasa dan menunaikan ibadah.

Haip!  Diikat tau syaitan tu....bukan tak ada...

Thursday, July 19, 2012

Naik harga sudah!

Tadi rehat aku tak mencari makanan tengahhari, sebaliknya mencari bahan nak buat biskut almond cluster.  Kakak aku kat kampung yang kirim.  Dia nak buat biskut tu tuk makan anak beranak, hari tu aku bawak g umah kakak.  Kejap jer dh tinggal bekas..

Lusa dah nak puasa.....tadi aku beli barang kat bawah ni harga sumer udah naik....yer lah kan...orang sibuk nak wat kuih raya.  


Dari kiri pn. coklat Beryls 1kg tu harga bulan lepas ialah RM13.20, sekarang RM13.90
Bertih beras RM3.50, sekarang RM3.70
Almond silvered 500g RM12.30, sekarang RM12.50

hehehe....tapi tetap beli kan?....yeeehaaaa




Wednesday, July 18, 2012

Rotavirus

Mungkin ada kalangan korang yang pernah dengar mengenai rotavirus.
Hari ini aku nak berkongsi sedikit info mengenainya.
Mungkin agak berguna untuk pembaca sekalian.

Baru2 ni pun anak biras aku mengalaminya,  dan ia boleh berulang.
Buat pengetahuan Deeja sendiri pernah mengalami di bulan puasa kira2 hampir 5 tahun yang lalu.
5 hari 4 malam juga aku dan Deeja menjadi penghuni hospital.  Keadaan sangat serius dan begitu lemah sekali.  Cukup lah sekali itu, tak mahu lagi berulang.  

Difahamkan ia lebih mudah dialami oleh kanak2 di bawah umur 12 tahun.  Ini adalah kerana tahap immune yang masih rendah berbanding orang dewasa.

Tanda awalnya ialah cirit birit yang teruk.  Dan sekiranya tidak mendapat rawatan yang sebaiknya ia juga boleh mengakibatkan kesan yang amat buruk termasuk kematian.


Jadi sebagai ibu bapa perlulah mengambil berat akan situasi ini. 

Rotavirus.....cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk yang memberikan kesan teruk terutama kanak-kanak dibawah 5 tahun.

Tanda-tanda anak anda  mengalami Rotavirus


- Demam
- Cirit-birit air
- Muntah tanpa henti
- Dehydration
- Otot-otot sakit dan cram
- Mata cengkung
- Kulit kasar dan kering
- Bibir kering/pecah
- Kurang air kencing


Bagaimana Rotavirus Tersebar  
-  Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. kanak-kanak atau bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang infected dengan rotavirus ke dalam mulut jadi mula la penularan rotavirus.


Cara Mencegah Penyakit
-  Bayi anda diberikan vaccine, vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak
-  Jaga kebersihan kawasan rumah especially kalau ada bayi yang kecil.
-  Ajar Basuh tangan anak-anak sebelum makan


sumber dari tokobakso

Monday, July 16, 2012

Children's Day at Petronas BSD - Part 2

Hari ni aku nak sambung entri Children's Day at Petronas BSD.  SEmalam tak dapat nak upload video sebab tenet teramat slow melow.

Yang dah upload ni pon sabor jer lah ye....quality gambar tak la best mana.
Dalam video ni Deeja duk kat depan sekali.  Dia tak mention pn kat aku.  Yang tau dia ada persembahan.
Bila ditanya jawapannya "tengok la nanti". errmmm.


Persembahan dari anak-anak 6 tahun.  Masa ni aku terlupa tekan button untuk record.  Sia-sia junjung camera tu lama2. Dah jadi macam senaman tangan pulak.  Kena angkat tinggi2 la sebab aku tak berapa nak tinggi.
  Dapat sikit ni ha...Sukur, ada juga kenangan.
Punca lupa nak tekan adalah sebab aku tengah kelam kelibut lari dari pemeriksaan kesihatan.  
Masa tu tangan aku tengah sarat ngan macam2 harta.  beg plastik, beg kamera, penutup lens, kertas pemeriksaan kesihatan dan pastinya pn kamera.
Sampai jatuh penutup lens ngan kertas yg aku pegang. 

Yang lain2 video sumer aku upload kat youtube.  Sebab tak dapat upload direct. Asyik kena reject jer.

Persembahan anak2 5 tahun
Persembahan ini mendapat sambutan yang agak gamat dari penonton, tapi bagi aku kurang sesuai untuk dipersembahkan kepada kanak2.  Bukan apa takut mereka meniru aksi ini.
Mr. Badut dan pelajar yang erusia 5 tahun.  Agak lawak juga.  Adik ni ikut jer apa yg Mr. B buat.
Ikutkan ini persembahan yang awal.  Takper. Malas nak susun dah.
Terima kasih kepada teacher Puspa n teacher Mona serta tentunya Petronas BSD yang menganjurkan acara ini.  

Sunday, July 15, 2012

Children's Day at Petronas BSD- Part 1

Lokasi kejadian:  Stesyen Minyak Petronas BSD
Tarikh: 14 Julai 2012
Masa: 8-12pm

Pagi2 lagi aku dah hantar anak pi tadika (8am).  Dari tadika chegu yang bawak budak2 tu ke lokasi kejadian. Pastu aku pegi beli sarapan jap opkos sebab tak buat sarapan per pun.  Balik umah isi perut jap dan sempat lagi sidai kain yang dah pn. mesin basuh basuhkan malam tadi.  Pastu barula pi stesyen minyak tu.

Sampai sana budak Tadika Sri Permataku dan budak2 lain sedang me'ngaler gambar masing2.  Ramai juga budak2 yang join.  Budak2 dari tadika Deeja ada 20 orang.  Kena lak pakai uniform sekolah.  Mumula tu aku ingatkan pakai pakaian senam tadika. Bukan apa pikir senang nak bergerak.  Takpe..kita ikut jer arahan chegu.  Jangan ingkar!

Ni ha bubudak yang tengah kosentrate kaler gambar masing2.  

Dari kiri Anis, Naim, Aiman, Irfan dan Deeja.  ehehe...macam la korang kenal...
Ni antara budak2 enam tahun kecuali Irfan (5 tahun).

Yang ni sumer 5 tahun

Pastu masing2 berbaris panjang nak jumpa Mr. B.  Bukan Mr. Bean yo yo o kt tv tu tau..tapi...

 Mr. Badut!

 Masa ni di kasi can budak2 tadika ni pulak.  Sebab sebelum tu budak2 yang lain dah ramai yg dapat belon.
Tengok la muka Deeja yg 1/2 sabar menanti.  Yang lain2 pun sama.  Tenung 100% kat belon tu kot2 la tetiba dapat kt derang.  Ehehe...ikut turn la kan.....

Aku soh Deeja mintak gelang bunga cam kawan2 pompuan dia.  Tp nengok le mende yg dia mintak.  Tu Mr. B tgh wart part lain lg.  Deeja ditugaskan tuk pegang jap belon ijau tu. Muka sudah ada senyum!

 Hamboih!  Betapa hepinya kamu yer dapat ular hijau.  Eeeiiii...tak gegurl langsung.

Acara tiup belon sampai pecah untuk2 kanak2 sekolah.  Sian adik belon kelabu tu, tiup punyalah besar tp tak meletup gak.  Sampai penat dia. Masa dah habis pun dia usaha gak tiup nak kasi meletup. Masa ni pemenang2 dah pun diketahui. tu yg. lengang jer tak ramai nampak peserta.

Ha...ni baru budak2 tadika.  Deeja tak join.  Aku rasa sebab dia takut.  Puas pujuk dia buat derk jer tak mou join.                                                                                                                                    

 Padahal ada jer yang langsung tak reti tiup.  Sikit pun tak kembung belon tu.  Pipi budak2 comey je yg kembong. P

 Untuk budak ni diberi kelonggaran untuk pijak ataupun duduk atas belon.  Maklom la kuderat budak2.  Tu pun sempat gak issue sebba belon tu tebal untuk kanak2 kecil macam ni.  Sian la kalau nak tiup sampai pecah.
Tu dia Naim dok pijak2 belon nak kasi meletop.

Finally, I'm the winner!  Yey!
Dalam pada tu juga diadakan pertandingan rebut kerusi untuk kanak2 lain.  Ramai betul yang join.  Juga diadakan pertandingan ibu make up anak lelaki mereka.  

Juga dibuka gerai (nak panggil gerai ke ek?) untuk pemeriksaan kesihatan, polis dan satu lagi aku tak tau apa nama dia.  Kat gerai polis tu sapa2 nak buat plat keta pada cermin belakang tu mereka buatkan secara percuma.  Aku sebab park keta agak jauh malas nak g ambik.
Masa tu baru la aku tau, plat yang tertera kat cermin tu dibuat dari pasir.  Alerr....plat yang slalu ada kat cermin segi 3 keta tu.  Kat bahagian belakang.
Pastu teacher sibuk siapkan budak2 ni untuk persembahan.  Aku pun tumpang sekaki.  Tumpang buat kacau jer kan.  Agaknya tambah serabut kepala cikgu...hehe...ampun cikgu...



 cikgu tengah sibuk2 aku lak sempat soh budak2 ni possing. ehehe

 Antara hadiah yang bakal dibawa pulang.  Hadiah lain pun ada, tapi segan la nak snap semua.  Segan sebab satu pun aku tak dapat. Tu la pasal!

Dengan hepinya diumumkan Naim dapat tempat pertama pertandingan mewarna bagi kategori 5-7 tahun.  5 tangga teratas yang dapat hadiah.  No 1 dan 2 dapat beskal.  Yang lain2 dapat hamper.
Masa ni aku tengok teacher puspa la yang paling hepi.  Mau tak hepi ada jugak anak didik teacher yang menang! 

 Tu dia techer Puspa. Dapat hamper dari Petronas untuk penghargaan.  Untuk pengetahuan pihak Petronas Sri Damansara yang  invite Tadika Sri permataku untuk menyertai dan menjayakan majlis ini.  Dan hanya tadika ini saja yang dipanggil.  Syahduu jap....

 Anak2 kelas 6 tahun

Anak2 kelas 5 tahun.
Dua orang je yang tanggal topeng.  Yang pakai tu tak tau la gaya mana muka mereka.
Mesti aaa comey kan.  Budak sumer comey.  Aku dulu jerk comot!

Sekian dulu....nanti di part 2 aku akan upload vidoe persembahan Mr. B. dan anak2 cerdik dari Tadika Sri permataku. Sekarang ni tak bley....internet slow giler....upload gambar pun berjinggut.






Thursday, July 12, 2012

Anak lipas

Salam pagi Khamis.  Entry pendek saja yang Sal kongsikan sumber dari PanduanIslam.com. Maaf yer....agak geli....hehehe.  Diri sendiri pun sebenarnya kegelian....Yang lemah semangat tu habis la....

Tahukah anda...
berapa ekor lipas keluar dari sebiji telur?
Tahukah anda...
SEBIJI telur lipas mengeluarkan berapa anak lipas?

Ini dia...LEBIH 10 ekor!!!
Dan setelah Sal kira, gambar di bawah menghasilkan 26 ekor anak lipas!
Oh No!

Thursday, July 5, 2012

Kid Zania Happy Hour!

Tarikh kejadian adalah bulan lepas....14 Jun 2012.  Masa 10.00am - 5.00pm.  sampai di tadika jam 5.30pm.  Seronok sakan budak2 nih. Thanks to teacher yang sudi bawa rombongan budak2 ni ke Kid Zania.

 Kanak-kanak riang dapat duit nak buat nyopping

 Keja kat Telekom Malaysia

Uuiiiiii....lajunya poslaju ni

Selalu jer Dija sebut2 nak pegi lagi main kat situ.
InsyaAllah jika ada rezeki untuk kesana lagi.