Senyum itu satu sedekah

Tuesday, November 15, 2011

Dirimu yg tak serik

Mama tahu anak mama suka bermain air
Walaupun suatu ketika dirimu pernah ditelannya
Takkala itu mama yang tidak pandai berenang terjun ke dalam kolam
Niat di hati hanya mahu menyelamatkan insan kerdil
tanpa mengetahui siapakah si kerdil yang lemas 
kerana menyeberang ke kolam dewasa
Si kerdil mama julang ke ruang udara
Ya Allah anakku rupanya
Ku tepuk2 belakangmu
Kau memuntahkan air yang telah ditelan
Alhamdulillah dirimu selamat
syukur sangat2 pd mu Ya Rabb
Tapi dirimu memang tak pernah serik
Habis muntah air diluahkan
Berlari kembali terjun ke dalam kolam
Lohhhhhh
Baru mama perasan
Hand phone dan remote keta mama bawa terjun sekali
aruah handphone mama
sementara remote acik Mi keringkan di bawah kipas
Di mana kejadian
Di sinilah...di kolam ini



Jangan gatal2 menyeberang lg yer sayang ke kolam dewasa

Monday, November 14, 2011

Antara mereka dan kita...

Aku ambil dari paper Harian Metro minggu lepas

Ada sesiapa terasa tak?

Sentap ke tak?

Putat

Kali ini nak berkisah sedikit mengenai buah putat.  Mungkin ada kalangan kengkawan yang tidak pernah memakan buat ini.  Inilah yang dinamakan buah putat. Berwarna hijau dan sedikit kemerahan.
Pokok ini biasanya tumbauh kat tepi2 sungai,lembah2 dan kawasan yang tanah lembab.
Pokok putat yang abah aku tanam ni dekat tepi sawah.

Buah putat yang telah matang.
Nama scientific...Barringtonia Racemosa

Buah putat yang berjurai2.

Yang muda berwarna merah maroon akan bertukar menjadi lebih hijau.
Usia buah putat dalam gambar ini adalah paling elok untuk dipetik.
Sebab tu gambar ni tak rimbun buahnya sebab dah kena petik. :)
Kalau dah tua sangat tak elok sebab isinya keras dan rasa seperti bersabut.
Pokok ini tidak bermusim dan berbuah sepanjang tahun.

 Yang ini bunganya.  Mempunyai 4 kelopak. Berwarna merah ungu ataupun sedikit putih.

Pokok putat....kurang cantik sebab daun berlubang2.

Pucuknya sewaktu muda berwarna kemerahan dan juga boleh dijadikan ulam.  Pucuk yang kemerahan akan bertukar menjadi daun hujau seperti di dalam gambar. 

Agak tinggi juga pokok putat ni.  Tp pokok kelapa kt belakangpokok putat tu lg tinggi yer.

Pic. kredit google

Oleh sebab lupa nak petik aku pinjam gambar yang last ni.
Ni gambar buah putat yang telah dibelah.  Biji putih yang di tengah tu jangan pulak kawan2 makan.  Buah putat dan pucuknya sesuai dijadikan ulam dimakan dengan nasi panas  cicah sambal belacan.
Rasa buah putat ni sedikit kelat.
Dikatakan dengan memakan buah putat juga boleh mencegah gatal2 kulit.
Pucuknya pula dikatakan boleh melancarkan peredaran darah dan menjadikan kita awet muda.

Tapi awas buah dia  jangan makan hari2 nanti sembelit aku tak tanggungjawab tau.

Friday, November 11, 2011

Cara lama bakar2

Salam pagi Jumaat.

Kalo semalam aku cerita tentang sembelih lembu, hari ini aku nak bercerita tentang membakar kaki lembu secara tradisional or cara dulu2.

Sebelum tu aku mintak mahap la kalo ada sapa2 yang rasa geli geleman tak lalu nak makan ke kan bila nengok cara bakar tu. Nge hehe.

kenapa nak bakar....sebab itulah cara nak kikis  bulu dan kulit kat kaki lembu tu.

Mumula sekali sediakan kaki lembu. kikiki, cam nk masak lak.


Sediakan sabut untuk dijadikan bahan api.  Tindan2 kan sabut tu.   Letak tempurung kelapa.  Kat sini kayu pun ada digunakan.  Kalo orang sekarang banyak guna arang dah siap jual kat kedai tu kan...
Tak pon bakar dalam tong drum yang dibelah dua.
Pastu nak idupkan api biasanya gunakan sedikit minyak tanah.
Jangan lupa mancis untuk menyalakan api.

Satelah bahan bakar dah mula menjadi bara bolehlah diletakkan kaki lembu tadi.
Masa proses menyalakan api ni dia punya asap tersangat ler banyak.  
Yang korang nampak ni sikit jer.

 Bakar lah sampai agak kehitaman

Cuber korang cari mana kaki lembu tu.... dah sama kaler ngan bahan bakar.
Bila dah sejuk barulah boleh dikikis.


Thursday, November 10, 2011

Qurban keluarga

Selamat pagi hari kengkawan.

Ni baru nak berkisah tentang qurban kat kampung aku.  Ni qurban keluarga.  Kejadian pada pagi 11 Dzulhijjah bertempat di rumah Pak Usu kat Sungai Besar.  Jalan kaki dari umah aku 5 minit jer kot.  Tp ari tu aku naik keta tak jalan kaki la pulak. kehkehkeh. Yoyo jer kan.

Qurban ni umpama dah menjadi acara tahunan keluarga.  Anak cucu sama2 melakukan qurban.  Kali ini disertai orang2 kampung untuk mengerjakannya.  Kami mengorbankan dua ekor lembu tahun ini.  Asalnya ada jugak kambing sebab ada yang nak aqiqah anak lelaki last2 dia ambik 2 bahagian lembu.
Tp kurang meriah sket sebba tahun ni tak ramai yang dapat hadir (kalangan keluarga).

Yang lawaknya order dua ekor tp lembu datang sekor jer.  Kapel dia tak datang la pulak....  yang empunya lembu tu salah dengar pesanan.  Last2 pagi tu baru hantar sekor lagi.  Sib baik ada, tapi kecik sikit.

Masa ni lembu dah ditumbangkan.  Kejap lagi bermulalah.

Amboi adik baju oren tu...menjeling manja yer...

Dengan lafaz Bismillah...diikuti laungan takbir penyembelihan dimulakan.  Aku first time tengok life dekat2.  Sebelom ni ada pon tengok jauh2 jer.
Untuk qurban kali ni aku join sepanggu.  Dah lama sangat aku nak tp asyik penuh jer.  Untuk anak aku dulu dah buat kat kampung mertua.
Ms bermula penyembelihan, teringat pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail.
Kerana taat perintah Allah, Allah telah menukarkannya dengan seekor kibas.

Tak nampak lak gambar mumula sembelih.  Aku dah tersalah upload gambar.

Yang ni lak kelabu asap gambo dia.  Padahal takde org bakar jerami pon....  
Saat ni lg rs lain macam sket...ngeee...

Setelah betul2 lembu itu meninggalkan alam nyata, barulah dilapah.
Aku cakap kat Deeja.  Allah hantar lembu itu ke syurga...

Masa potong tulang temulang sepupu aku telah menggunakan parang yg begitu gabak (diperbuat dari mata tracktor yg patah).
Aku tengok pon ngeri...macam nak pancung org jer...tp aku takde snap gambo tu...rugi2..sebabnya kamera dah simpan kt keta.

Yg baju hitam tu sepupu aku (bapak budak dah), yg baju kelabu tu anak sepupu aku...
Korang basuh perut tu sampai bersih2 yer..

Yg ni keja sapa aku tak tau.
  Buat main2 pulak yer korang.
Ngeee

Daging dipotong2 dan ditimbang untuk diagih2kan kepada penduduk kampung.

Benornya pada waktu tu seberang umah paksu pon buat qurban juga.  Jadi orang kampung silih berganti saling membantu.

Sampai sini saja...gambar lauk dh dimasak aku lupa nak ambil..adoyai..

Friday, November 4, 2011

Bila Deeja makeup2

Dah lama takde N3 baru,  mood pn dah menurun.  Rasa mcm dah tak tahu nk start dr mana.
******
Tambah lak pc mengong, adoi la..



Anak dara tunggal aku ni bukannya suka pakai bedak.
Ikat rambut pon tak suka.  Potong rambut pn dia tak kasi.
Tup2 bermain ngan alat makeup aku yang tak seberapa mana.
Yo lah...harapkan aku ada bedak ngan lipstick jer...
Mascara ke, eye shadow ke...tak dak pown.
hehe...aku bukan kaki makeup
Makeup ngan air sembahyang jer

sapu bedak kat muka, berbelak2 u

 Konon2nya eye shadow ler tu. muhehe

Wah...leher pun sapu

Akhir sekali lipstik.
Lepas Deeja guna terus lipstik ni hilang.
Tak jumpa lak aku mana dia letak.


Wednesday, November 2, 2011

Busy

Buat ms ni tak dapat nak update citer...bz ngan MQA visit lepas raya ni.  Civil ke, Mechanical ke, Electronic ke waima Electrical tiap kali visit baik Diploma ke Degree ke sumer pon aku kena terlibat.   Uhuhu..

Pic. credit Google

Lain kali aku citer2 lg..