Senyum itu satu sedekah

Friday, November 18, 2011

mengimbau kenangan

Hujung minngu lepas aku ngemas2 la kat bilik paling  kecik kat umah aku. Bilik lain2 pon kecik , mcm ada bilik besar lak yer.  Pastu terjumpa la sebuah buku yang berbalut gambo abang dolu2. Hahaha...bukan abang toing2 yer.  Ni ha...aku terjumpa buku lagu masa aku tingkatan 4.  Kat dalam tu pun siap ada jadual periksa akhir tahun yang tertera tahun 1993.  Lagi 2 tahun genap la usia buku ni 20 tahun. Buku lagu tu aku balut ngan gambar Kid gitaris kump. Gersang yang sekarang gitaris Search.  Lagi satu yg senyum2 tu gamba Eddie gitaris kump. CRK.  Ms buka buku tu tersengih2 aku...lawak jer rasa.
Owang soh balaja aku tulis lagu lak.

 Muka depan, Kid Gersang @ Search

Muka belakang, Eddie CRK

Aku bukanlah peminat gitar ataupon peminat kedua2 gitaris  ni.  Tapi saja jer aku letak kasi nampak rock sikit la kononnya buku lagu ni.
Kawan2 kelas aku pon ada buku lagu...tapi kami takat ada buku lagu jer la.  Tak pernah la pegi nengok artis2 nyanyi.  Masing2 copy mengopy.  Dan aku rasa bubudak sekarang ni pun mungkin ada lagi yg buat mcm ni.  Aku agak jer la.  Skrg kan dh modern.

Meh tengok lak lagu apa yang aku ada...
Ni salah satu lagu fav. aku....'Asyik' dendangan Damasutra.
Lagu ni penuh makna...mengenai kecintaan hamba terhadap penciptanya.

Cantik tak tulisan aku masa tu? 

Masa sambung stadi ada kaset lak.  Tinggal ni jer yg aku simpan...yg lain2 dah rosak...kena rembat pon ada. Paling tragis aku terbeli kaset Siti Nurhaliza tiruan dengan harga original.  Bukan ada duit pon, tp sebab suka sangat aku beli gak... ms tu album ke 2 beliau tgh meletop2.

Antara yg tinggal dlm simpanan n masih elok
Tp yg cinta rasul tu ms dah kahwin br beli. En. suami yg beli.

Yg tepi sekali cover cartoon tu takde dalam pasaran.  Kawan aku bagi, lagu2 alternative termasuk 2 lagu yg dia nyanyi.
MLTR...suka lagu2 dia.
Spring ok la...tak minat sgt pn tp ntah mcm mana bleh terbeli.
Yg U.ks tu paling aku berhantu...suka sangat2...
Yang aku sayang dah hilang 'Balada gemilang'
Kaset nasyid 'Suara Hati' pon dah hilang.  Dalam tu ada lagu2 The Zikr (Raihan), Nada Murni (Hijjaz).  Lain2 kumpulan aku tak ingat.  Lagu2 yg ada sekarang pun banyak yg disadur semula dr album tu.
Aku layan jer la mcm2, tp bukan la fanatik sangat...Zaman stadi tu aku layan juga group PMI.  Derang rajin tarik aku nk join group tu, tp aku jer yg malas.

Sekian saja...sory yer kalau boring.

Wednesday, November 16, 2011

Lengoh kaki ye bang


Lokasi kejadian: Highway  LATAR

Stylo la abg ni bwk motor
Lengoh kaki dah agaknya
Semoga selamat sampai ye bang



Tuesday, November 15, 2011

KSWSK Rising Monster Giveaway


Dirimu yg tak serik

Mama tahu anak mama suka bermain air
Walaupun suatu ketika dirimu pernah ditelannya
Takkala itu mama yang tidak pandai berenang terjun ke dalam kolam
Niat di hati hanya mahu menyelamatkan insan kerdil
tanpa mengetahui siapakah si kerdil yang lemas 
kerana menyeberang ke kolam dewasa
Si kerdil mama julang ke ruang udara
Ya Allah anakku rupanya
Ku tepuk2 belakangmu
Kau memuntahkan air yang telah ditelan
Alhamdulillah dirimu selamat
syukur sangat2 pd mu Ya Rabb
Tapi dirimu memang tak pernah serik
Habis muntah air diluahkan
Berlari kembali terjun ke dalam kolam
Lohhhhhh
Baru mama perasan
Hand phone dan remote keta mama bawa terjun sekali
aruah handphone mama
sementara remote acik Mi keringkan di bawah kipas
Di mana kejadian
Di sinilah...di kolam ini



Jangan gatal2 menyeberang lg yer sayang ke kolam dewasa

Monday, November 14, 2011

Antara mereka dan kita...

Aku ambil dari paper Harian Metro minggu lepas

Ada sesiapa terasa tak?

Sentap ke tak?

Putat

Kali ini nak berkisah sedikit mengenai buah putat.  Mungkin ada kalangan kengkawan yang tidak pernah memakan buat ini.  Inilah yang dinamakan buah putat. Berwarna hijau dan sedikit kemerahan.
Pokok ini biasanya tumbauh kat tepi2 sungai,lembah2 dan kawasan yang tanah lembab.
Pokok putat yang abah aku tanam ni dekat tepi sawah.

Buah putat yang telah matang.
Nama scientific...Barringtonia Racemosa

Buah putat yang berjurai2.

Yang muda berwarna merah maroon akan bertukar menjadi lebih hijau.
Usia buah putat dalam gambar ini adalah paling elok untuk dipetik.
Sebab tu gambar ni tak rimbun buahnya sebab dah kena petik. :)
Kalau dah tua sangat tak elok sebab isinya keras dan rasa seperti bersabut.
Pokok ini tidak bermusim dan berbuah sepanjang tahun.

 Yang ini bunganya.  Mempunyai 4 kelopak. Berwarna merah ungu ataupun sedikit putih.

Pokok putat....kurang cantik sebab daun berlubang2.

Pucuknya sewaktu muda berwarna kemerahan dan juga boleh dijadikan ulam.  Pucuk yang kemerahan akan bertukar menjadi daun hujau seperti di dalam gambar. 

Agak tinggi juga pokok putat ni.  Tp pokok kelapa kt belakangpokok putat tu lg tinggi yer.

Pic. kredit google

Oleh sebab lupa nak petik aku pinjam gambar yang last ni.
Ni gambar buah putat yang telah dibelah.  Biji putih yang di tengah tu jangan pulak kawan2 makan.  Buah putat dan pucuknya sesuai dijadikan ulam dimakan dengan nasi panas  cicah sambal belacan.
Rasa buah putat ni sedikit kelat.
Dikatakan dengan memakan buah putat juga boleh mencegah gatal2 kulit.
Pucuknya pula dikatakan boleh melancarkan peredaran darah dan menjadikan kita awet muda.

Tapi awas buah dia  jangan makan hari2 nanti sembelit aku tak tanggungjawab tau.