Ni dia Dr. Maggot, comey jer dia dalam bentuk cartoon. Tapi tak berapa nak comey dalam bentuk yang sebenar. Jangan risau aku tak letak la gambar ulat real kat sini.
Yang dinamakan Dr. Maggot ni si ulat comel ni la. Maggot ni digunakan untuk rawatan kencing manis yang di hidapi mak mertua ku. Sangat kasihan dan sedih melihat keadaan mak. Mak sekarang berusia 73 tahun. Mak yang mengidap kencing manis lebih kurang 27 tahun akhirnya pada 1 Mei 2012 telah di potong kaki kanan hingga ke paras bawah lutut biarpun kaki mak yang telah dijangkiti (pada zahirnya hanyalah di bahagian jari kaki). Begitulah takdir mak.
Kita yang agak muda ni tak tahu pula bagaimana takdir kita nanti.
Inilah tempat yang kami pergi semalam. terletak betul2 tepi jalan utama kat Sri Gombak. Luka mak semakin melarat. 2 minggu lepas operation jahitan operation dibuka namun luka pada kaki (kesan potong) masih belum bercantum. Kasihan mak. Faktor usia dan kurang zat makanan antara penyebab kenapa luka kaki mak lambat sembuh dan menghasilkan tisu2 baru. Kita pun faham, bila dah berusia selera makan kurang sangat tambah2 lagi dalam keadaan sakit begini. Ini yang telah diterangkan oleh Dr. semalam. Banyak lagi yang telah diterangkan oleh Dr. tu.
Dalam pada masa tu 3 petugas sedang malakukan rawatan pada kaki mak. Semalam 150 ekor maggot telah diletakkan pada luka kaki mak. Mak tak tau pon bende tu ialah ulat. Kalau mak tau mesti mak tak mau. Tapi untuk kebaikan mak, kami terpaksa sembunyikan. Masa diletakkan memang tak rasa apa. Ulat tu sangat halus, dan bila dah diletakkan pada luka tak nampak pon.
Sebelum diletakkan, akan dibuat border pada bahagian luka supaya maggot tak la keluar pulak. Fungsi maggot ni adalah untuk mengeluarkan air liurnya yg berenziyme dan menyedutnya semula. maggot ni yang akan membersihkan keadaan luka. Menurut dr. maggot ni tak makan nanah, maggot makan kuping2.
Dalam keadaan mak ini, maybe memerlukan rawatan maggot 2-3 kali. setelah itu lakukan dressing tak kisah dengan mana pusat perubatan pun (yg elok la), even nak buat dengan dia pon boleh. nak buat tampal kulit pun boleh. Tapi kulit mana pulak nak ambik....
Aku sempat menyaksikan bagaimana petugas meletakkan maggot2 pada luka mak, Diletak dengan berhati -hati menggunakan alat yang aku tak tau nama. ekeke. Gambar ada tp aku tak upload sini tau. Sebab nampak kaki mak, lg satu risau korang ngeri.
Nanti petang Jumaat ni 8 Jun mak akan dibawa semula untuk dibuka balutan dan dikeluarkan kembali 150 ekor maggot. Mungkin malam tadi mak akan terasa mende merayap2 pada luka mak. Tak tau la apa ayat kakak ipar aku nak bagi hati mak tenang.
Untuk pengetahuan maggot tak ada gigi tapi ada cangkuk. Cangkut maggot ni mungkin akan menimbulkan sedikit rasa sakit (meneurut Dr.).
Ni anatar service yang ada....
Gambo yang last ni kalau tak lalu scrool laju2 yer...
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
Ni info jika ada yang nak tahu untuk ketempat ini jika aad keuarga yang menghidap luka kencing manis. Tapi perlulah keadaan luka tu sebelum menjadi hitam. InsyaAllah masih ada jalan. Berusaha dan bertawakkal.
Pada mak aku memohon pada Ilahi semoga mak cepat sembuh dan sihat. Amin.
Pada Dr. dan semua petugas semalam, terima kasih Semua pun ramah tamah dan baik hati.
| Medical Biotherapy Sdn Bhd |
| |
 |
HQ
No.9C, Jalan SG3/1,
Pusat Bandar Sri Gombak,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.
MDTC
No5, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur, Malaysia. |
| Malaysia |
|
|
UPDATE : 8 Aug. 2012
Mak dah tak buat rawatan kt sini . Tapi anda boleh mencubanya untuk insan yang dikasihi.
Sesungguhnya Allah menduga akan hamba2nya.
Berusaha dan bertawakkallah
UPDATE: 8 October 2012
Maha suci Alah yang menguasai langit dan bumi. Yang maha agung. Dengan izinMu Ya Allah, Mak sekarang dah semakin baik. Luka pada kaki mak dah bercantum. Dah banyak perubahan positive. Terima ksih pada anak2 mak yang banyak memberikan pertolongan.
Syukur pdaMu Ya Allah.