Senyum itu satu sedekah

Wednesday, August 8, 2012

Aktiviti Isnin......alter baju Deeja

Mama tau kurang kesempatan nak beli2 baju raya tuk Deeja, jadi mama sambar dan bayar je baju purple ni even tangan baju panjang sampai ke ruas jari. 
Mintak mak potong mak kata tak elok dh.  Nak mama potong di hujung ada kerawang lak  di hujung tangan.
Sudahnya mama sudahkan dengan cara jahitan manik yang serabai (tukang jahit takde skill) dengan cara menyembunyikan lipatan lengan baju ke dalam (untuk kupendekkan lengan baju)
Alhamdulillah berjaya

Hasilnya......tangan baju tak panjang meleret lagi biarpun senget menget


Aktivitiku

Cuti 3 hari yang telah berlalu dengan kerajinan tahap gaban aku telah membuat sekut2 raya.  Yg ada kengkawan order mahupun untuk para2 pengasuh Deeja.  

Hari Jumaat malam Sabtu pulun wat almond cluster 2 kilo....masa tu asben tolong susunkan cup.  Bersyarah kejap asben sebab susah katanya.  heee...br tau ek..kalo tak hari2 duk telan....yer aaa..buat dlm panas, mana leh pasang kipas, kang terbang sumer paper cup itu. 

Rupa almond cluster aku sebelum di corat coret
Menci aku buat lukisan atas sekut nih.  Lain kali aku nak beli coklat putih cap lain.  Yg beli aritu aliran slow.

Sedia untuk dihantar..... 3 balang ditengah tu gift untuk pengasuh2 taska Deeja.  2 balang ditepi di order oleh Kak Za dan sebalang comel lg oleh dik Ina.  
Aku bukan niaga tau, tapi saja2 jer

Balang kosong kat tengah tu aku kena penuhkan isinya sebelum raya ni untuk umah MIL.  Makanya InsyaAllah sebalang juga lagi untuk umah mak aku sendiri.
Balang besar tu ada lg tapi 'segan' nak susun banyak2
sekut yang dalam tupperware ada,  malas nak letak luar...laju jer kuantiti berkurangan

Untuk umah aku sendiri mau lepas raya jer baru buat.  Tu pun kalau rajin. Isk....kena rajin aaa jugak....kang takkan nak idang sekut meri jer.

Hari Ahad buat sekut famous amous.  Innalillah.....tak menjadi la....
Sekilo jugak
Lemau aku wat sorang2 di siang hari puasa
Takper blh cuba lagi kan...usaha tangga kejayaan

Monday, July 30, 2012

Silap Hargakah?


Sekapal Solivite yang mama beli untuk memujuk Deeja merajuk haritu

Tapi apesal 85 sen saja....?

Padahal dah scan kat bar code..



Sunday, July 29, 2012

Wajah Osama Bin Laden Pada Tubuh Ketam


Sumber: www.islamitusuci



Satu penemuan pelik ditemui di Amerika Syarikat di Hat Island. Sebuah keluarga menemui ketam yang badannya ada wajah Osama bin Laden.

Berita ini masih hangat di perkatakan masyarakat di sana, kisahnya bermula ketika keluarga Canfield sedang berlayar di perairan Hat Island, mengumpulkan ketam laut. Setelah penangkapan selesai, mereka mengasingkan dan melepaskan kembali ketam-ketam betina - di wilayah ini terdapat peraturan melarang menangkap ketam betina kerana ketam betina diperlukan untuk pembiakan yang seterusnya.

Sambil memilih ketam, salah seorang anggota keluarga memegang handy cam dan memfilemkan aktiviti tersebut.Masa pengasingan ketam keluarga Canfield terus berlalu dan kembali pulang ke rumah. Ketika inilah, mereka memainkan kembali filem yang dibuat selama pengasingan ketam.

Betapa terkejutnya ketika menyedari ada yang pelik pada salah satu gambar video.Berita ini disebarkan oleh Chris Sullivan, Seorang pemberita Radio Kiro FM 97,3. Ia bersumpah kisah ini bukan pembohongan, Sayangnya kita tidak dapat melihat video ini di internet atas sebab-sebab tertentu.

Friday, July 27, 2012

Minta Maaf Ye Sayang

Pagi tadi kita gaduh2 manja.....
sebab musababnya mumula terlambat buat susu......
bile nak g school beria2 tak maou ikat rambut untuk mandi pagi. 
Udah dipesan ikat la atau sepit supaya tak kena sabun.  
Kan rambut dah lebih bahu
Lagi berangan nak panjang sampai ke pinggang cam Qamarina
Bila kena sabun bising lak
Bila siram air kata sejukkknyaaaa.....
Dah ler tu...runsing mama bila Deeja merajuk


Tadi mama pi Mydin, ma dah belikan Solivite sekapal (murah lak tu....bukan salah aku yer....)
Persiarpan untuk masak Carbonara pun mama dah beli tadi
Deeja kan sukeee.....
Nanti mama masakkan yer....
Makan macam ni...
Cam selalu2 tu
Uiks....majuk pun jangan ler jeling cenggitu


Dah..dah...lain kali ikut cakap mama
Mama kan chegu tiger
Tak mou majuk2 lagi
Mama minta maaf yer sayang

Tuesday, July 24, 2012

Ketenangan

Bukan karyaku. Karya Rusydee Tapi aku suka sangat  Nak simpan kat blog ni. Ada sapa2 suka?


Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan A-Mubarak

Salam pagi Jumaat, hari yang barakah penghulu segala hari.  Semoga hari ini memberi seribu rahmat dan keberkatan.  Esok akan bermulalah 1 Ramadhan. Dikesempatan ini Sal mengucapkan selamat menunaikan rukun Islam yang ke 3 ya'kni menunaikan puasa kepada sekalian muslimin dan muslimat.  Hindariah segala perkara yang melaghakan serta yang boleh menguruskan seterusnya membatalkan puasa anda semua.

Sambil tu Sal selitkan disini niat puasa dll....Manalah tahu kot ada yang terlupa lak....


Niat harian Puasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Niat sebulan puasa
(Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala)


Do'a berbuka Puasa


(Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang)


Do'a sesudah berbuka Puasa


(Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu)

Selamat memunaikan puasa dan menunaikan ibadah.

Haip!  Diikat tau syaitan tu....bukan tak ada...