Senyum itu satu sedekah

Sunday, July 15, 2012

Children's Day at Petronas BSD- Part 1

Lokasi kejadian:  Stesyen Minyak Petronas BSD
Tarikh: 14 Julai 2012
Masa: 8-12pm

Pagi2 lagi aku dah hantar anak pi tadika (8am).  Dari tadika chegu yang bawak budak2 tu ke lokasi kejadian. Pastu aku pegi beli sarapan jap opkos sebab tak buat sarapan per pun.  Balik umah isi perut jap dan sempat lagi sidai kain yang dah pn. mesin basuh basuhkan malam tadi.  Pastu barula pi stesyen minyak tu.

Sampai sana budak Tadika Sri Permataku dan budak2 lain sedang me'ngaler gambar masing2.  Ramai juga budak2 yang join.  Budak2 dari tadika Deeja ada 20 orang.  Kena lak pakai uniform sekolah.  Mumula tu aku ingatkan pakai pakaian senam tadika. Bukan apa pikir senang nak bergerak.  Takpe..kita ikut jer arahan chegu.  Jangan ingkar!

Ni ha bubudak yang tengah kosentrate kaler gambar masing2.  

Dari kiri Anis, Naim, Aiman, Irfan dan Deeja.  ehehe...macam la korang kenal...
Ni antara budak2 enam tahun kecuali Irfan (5 tahun).

Yang ni sumer 5 tahun

Pastu masing2 berbaris panjang nak jumpa Mr. B.  Bukan Mr. Bean yo yo o kt tv tu tau..tapi...

 Mr. Badut!

 Masa ni di kasi can budak2 tadika ni pulak.  Sebab sebelum tu budak2 yang lain dah ramai yg dapat belon.
Tengok la muka Deeja yg 1/2 sabar menanti.  Yang lain2 pun sama.  Tenung 100% kat belon tu kot2 la tetiba dapat kt derang.  Ehehe...ikut turn la kan.....

Aku soh Deeja mintak gelang bunga cam kawan2 pompuan dia.  Tp nengok le mende yg dia mintak.  Tu Mr. B tgh wart part lain lg.  Deeja ditugaskan tuk pegang jap belon ijau tu. Muka sudah ada senyum!

 Hamboih!  Betapa hepinya kamu yer dapat ular hijau.  Eeeiiii...tak gegurl langsung.

Acara tiup belon sampai pecah untuk2 kanak2 sekolah.  Sian adik belon kelabu tu, tiup punyalah besar tp tak meletup gak.  Sampai penat dia. Masa dah habis pun dia usaha gak tiup nak kasi meletup. Masa ni pemenang2 dah pun diketahui. tu yg. lengang jer tak ramai nampak peserta.

Ha...ni baru budak2 tadika.  Deeja tak join.  Aku rasa sebab dia takut.  Puas pujuk dia buat derk jer tak mou join.                                                                                                                                    

 Padahal ada jer yang langsung tak reti tiup.  Sikit pun tak kembung belon tu.  Pipi budak2 comey je yg kembong. P

 Untuk budak ni diberi kelonggaran untuk pijak ataupun duduk atas belon.  Maklom la kuderat budak2.  Tu pun sempat gak issue sebba belon tu tebal untuk kanak2 kecil macam ni.  Sian la kalau nak tiup sampai pecah.
Tu dia Naim dok pijak2 belon nak kasi meletop.

Finally, I'm the winner!  Yey!
Dalam pada tu juga diadakan pertandingan rebut kerusi untuk kanak2 lain.  Ramai betul yang join.  Juga diadakan pertandingan ibu make up anak lelaki mereka.  

Juga dibuka gerai (nak panggil gerai ke ek?) untuk pemeriksaan kesihatan, polis dan satu lagi aku tak tau apa nama dia.  Kat gerai polis tu sapa2 nak buat plat keta pada cermin belakang tu mereka buatkan secara percuma.  Aku sebab park keta agak jauh malas nak g ambik.
Masa tu baru la aku tau, plat yang tertera kat cermin tu dibuat dari pasir.  Alerr....plat yang slalu ada kat cermin segi 3 keta tu.  Kat bahagian belakang.
Pastu teacher sibuk siapkan budak2 ni untuk persembahan.  Aku pun tumpang sekaki.  Tumpang buat kacau jer kan.  Agaknya tambah serabut kepala cikgu...hehe...ampun cikgu...



 cikgu tengah sibuk2 aku lak sempat soh budak2 ni possing. ehehe

 Antara hadiah yang bakal dibawa pulang.  Hadiah lain pun ada, tapi segan la nak snap semua.  Segan sebab satu pun aku tak dapat. Tu la pasal!

Dengan hepinya diumumkan Naim dapat tempat pertama pertandingan mewarna bagi kategori 5-7 tahun.  5 tangga teratas yang dapat hadiah.  No 1 dan 2 dapat beskal.  Yang lain2 dapat hamper.
Masa ni aku tengok teacher puspa la yang paling hepi.  Mau tak hepi ada jugak anak didik teacher yang menang! 

 Tu dia techer Puspa. Dapat hamper dari Petronas untuk penghargaan.  Untuk pengetahuan pihak Petronas Sri Damansara yang  invite Tadika Sri permataku untuk menyertai dan menjayakan majlis ini.  Dan hanya tadika ini saja yang dipanggil.  Syahduu jap....

 Anak2 kelas 6 tahun

Anak2 kelas 5 tahun.
Dua orang je yang tanggal topeng.  Yang pakai tu tak tau la gaya mana muka mereka.
Mesti aaa comey kan.  Budak sumer comey.  Aku dulu jerk comot!

Sekian dulu....nanti di part 2 aku akan upload vidoe persembahan Mr. B. dan anak2 cerdik dari Tadika Sri permataku. Sekarang ni tak bley....internet slow giler....upload gambar pun berjinggut.






4 comments:

sekadar satu coretan said...

Seronok diarang ni semuanya..nnpk comey jer...

sal-nurbeena said...

....cukup best!
Saya jugak yg comot. ehehe

mama aini said...

comilnya kanak2 ni..

Rina Rahamat said...

alaaa nurbeena ms kecik dulu comey jugekk kan kan hehe


seronoknya tadika dpt join acara kat sini