Salam pagi Jumaat, hari yang barakah penghulu segala hari. Semoga hari ini memberi seribu rahmat dan keberkatan. Esok akan bermulalah 1 Ramadhan. Dikesempatan ini Sal mengucapkan selamat menunaikan rukun Islam yang ke 3 ya'kni menunaikan puasa kepada sekalian muslimin dan muslimat. Hindariah segala perkara yang melaghakan serta yang boleh menguruskan seterusnya membatalkan puasa anda semua.
Sambil tu Sal selitkan disini niat puasa dll....Manalah tahu kot ada yang terlupa lak....
Niat harian Puasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala |
Niat sebulan puasa
(Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala)
Do'a berbuka Puasa
(Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang)
Do'a sesudah berbuka Puasa
(Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu)
Selamat memunaikan puasa dan menunaikan ibadah.
Haip! Diikat tau syaitan tu....bukan tak ada...
5 comments:
Selamat menyambut ramadhan semoga kite semua diberkati oleh allah ddunia dan akhirat...
Maaf di pinta jika terdpt silap dan salah..
salam ramadhan akak qasehmia tuuu..
Salam Ramadhan. Akak mintak maaf atas segala salah & silap ya :)
syaitan dah kena ikat tp masih ada nafsu yg kena dikawal
selamat berpuasa :))
salam ramadhan & smoga sgala ibadah dterimNya..
Post a Comment