ADAKAH haiwan seperti kanggaru, ulat mulong, badak air dan
keldai boleh dimakan? Adakah dubuk dan anjing laut itu najis?
JAWAPAN:
KANGGARU halal dimakan. Tentang ulat mulong pula, dalam mazhab Syafie menjelaskan, segala jenis ulat dihukumkan haram kecuali ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apatah lagi untuk dibuang. Lebih tepat, ia diistilahkan termakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut.
KANGGARU halal dimakan. Tentang ulat mulong pula, dalam mazhab Syafie menjelaskan, segala jenis ulat dihukumkan haram kecuali ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apatah lagi untuk dibuang. Lebih tepat, ia diistilahkan termakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut.
Jadi, menjadi satu syarat iaitu ulat-ulat itu dimakan (tanpa
disedari) bersama-sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang.
Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan daripada
buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan.
Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar
dalam mazhab seperti Minhajuth Tholibin halaman 130 dan 132 serta syarahnya
pada Tuhfatul Muhtaj (juzuk 9, halaman 369 dan 445).
Begitu juga dengan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari, ulama pengarang kitab Sabilal Muhtadin (juzuk 1, halaman 38) dengan
jelas menyatakan: Bahawasanya telah dinaskan oleh ulama, setiap ulat, dan jika
ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, adalah haram memakannya.
Berkenaan badak air pula, ia tidak boleh dimakan kerana ia
merupakan hidupan dua alam iaitu air dan darat.
Adapun tentang keldai maka para ulama sepakat tentang
halalnya keldai liar, kuda belang dan seladang. Nabi SAW telah dihadiahkan
dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadis Abi
Qatadah).
Hujah Imam As Syafie berhubung dengan dubuk (hyena) ialah
haiwan itu tiada taring, sebaliknya semua gigi haiwan itu sama tajam. Andai
kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba (haiwan
pemangsa yang makan secara menerkam seperti singa dan harimau) yang disebut di
dalam hadis.
Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim dan hadis dari
Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya:
Ya. Beliau ditanya lagi: Adakah ini disabdakan oleh Nabi SAW? Jawabnya: Ya.
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah.
Disahihkan juga oleh al-Hakim).
Dubuk bukanlah najis mengikut pendapat Imam Syafie.
Berkaitan dengan anjing laut, ia tidak najis tetapi ia tidak
pula halal dimakan kerana ia termasuk haiwan dua alam. Wallahu a'lam.
Sumber Info: Internet
4 comments:
Maknanya ulat mulong tu tak boleh makan lah kan.
Fiza Rahman
tak boley ler tu sebab ia boleh dipisahkan. Menurut kawan org Iban Sarawak kata sedap. Takper la, kita makan la makanan lain.
assalam sal..thanks ats perkongsian ini..ulat mulong tu tgk gambar pun mama dah geli..hu2x..
Terimakasih atas perkongsian....
Post a Comment