Mungkin ada kalangan korang yang pernah dengar mengenai rotavirus.
Hari ini aku nak berkongsi sedikit info mengenainya.
Mungkin agak berguna untuk pembaca sekalian.
Baru2 ni pun anak biras aku mengalaminya, dan ia boleh berulang.
Buat pengetahuan Deeja sendiri pernah mengalami di bulan puasa kira2 hampir 5 tahun yang lalu.
5 hari 4 malam juga aku dan Deeja menjadi penghuni hospital. Keadaan sangat serius dan begitu lemah sekali. Cukup lah sekali itu, tak mahu lagi berulang.
Difahamkan ia lebih mudah dialami oleh kanak2 di bawah umur 12 tahun. Ini adalah kerana tahap immune yang masih rendah berbanding orang dewasa.
Tanda awalnya ialah cirit birit yang teruk. Dan sekiranya tidak mendapat rawatan yang sebaiknya ia juga boleh mengakibatkan kesan yang amat buruk termasuk kematian.
Jadi sebagai ibu bapa perlulah mengambil berat akan situasi ini.
Rotavirus.....cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk yang memberikan kesan teruk terutama kanak-kanak dibawah 5 tahun.
Tanda-tanda anak anda mengalami Rotavirus
- Demam
- Cirit-birit air
- Muntah tanpa henti
- Dehydration
- Otot-otot sakit dan cram
- Mata cengkung
- Kulit kasar dan kering
- Bibir kering/pecah
- Kurang air kencing
Bagaimana Rotavirus Tersebar
- Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. kanak-kanak atau bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang infected dengan rotavirus ke dalam mulut jadi mula la penularan rotavirus.
Cara Mencegah Penyakit
- Bayi anda diberikan vaccine, vaksin Rotavirus. diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak
- Jaga kebersihan kawasan rumah especially kalau ada bayi yang kecil.
- Ajar Basuh tangan anak-anak sebelum makan
sumber dari tokobakso
5 comments:
Anak saya pernah kena. 5 hari berkampung kat spital.
Akak takdak anak tapi anak sedara ada la yg kecik2 tu, penting kena ambik tau nih. Terima kasih ya.
Bahayakan rotavirus nie klu lbt dpt rawatan.Tq sal kongsi info nie.
Bagus info nii..
Terima kasih..
betul tu..mencegah lebih baik dr mengubati..mcm sy kasik anak-anak supplemen colustrum utk kuatkan antibodi..
Post a Comment