Senyum itu satu sedekah

Tuesday, August 14, 2012

Petua Jika Tercekik Tulang Ikan

Assalamu'alaikum.

Rasanya ramai juga dikalangan kita yang pernah melalui detik2 cemas tercekik tulang ikan. Anak sendiri pernah juga.  Perit juga kan...tu baru sedikit nikmat kehidupan diuji Ilahi.

Dipendekkan cerita terus saja disenaraikan.  Cuba2 ingatkan manalah tahu suatu hari nanti berguna juga.  Pilih saja mana satu yang berkenan dihati:- lalala

Pic : google


* Petua2 ni aku himpunkan dari pelbagai sumber termasuk dari pesanan orang2 lama.

  1. Sapu minyak kelapa pada lubang dubur.
  2. Minum sesudu cuka kemudian ambil nasi kepal dan telan tanpa kunyah.
  3. Kepal nasi dan telan tanpa kunyah.
  4. Ambil segelas air kosong dan bacakan 3 Qul lalu hembus ke air.  Minum , sebaiknya sekali nafas jika mampu.  Aku tak mampu la...
  5. Celup  jari ke dalam madu (1 jari jadi adalah memadai), selawat 3 kali dan hisap jari tersebut.
  6. Telan pisang (agak2 la ye bukan sebiji terus), jangan kunyah.
  7. Cari kucing dan garukan kaki kucing pada leher yg tercekik tulang (AWAS:  ni tak berapa nak rekmen la...haha).
  8. Tarik telinga kiri dan telinga kanan.  Awas jangan sampai tanggal lak telina tu.
  9. Pusingkan pinggan 3 kali sambil berselawat.
  10. Minum air dalam tudung periuk.
  11. Baca do'a Nabi Yunus ketika nabi ditelan ikan paus (doa dilanda kesukaran/kesusahan) 
Do'a :credit google
Maksudnya:
"Tidak ada Tuhan sebenarnya disembah melainkan engkau,Ya Allah.Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim"

Last sekali kalo tak mou gak tulang tu kuar bawak je lah jumpa dr. perubatan.

Wallahu'aklam.


9 comments:

Fiza Rahman said...

Thank for the tips, byk caranya yer.

wahida said...

haha...tak menahan baca petua yg no. 7 tu...ekekek...

sekadar satu coretan said...

ada petua..ini sudah bagus...

dikesempatan ini kakain nak ucapkan selamat menyambut hari raya..maaf dipinta jika terdapat silap dan salah...

Dinas Aldi said...

Terima kasih berkongsi petua2 tu :)

Akak ucapkan salam Aidilfitri & maaf zahir batin ya.

maszull said...

assalamualaikum sal...selamat hari raya mama dtg singgah beraya kat sini yer...:)

mama aini said...

nice entry..semuga dpt panduan dr entry ni..

Unknown said...

Timakasih..tgh tercekik ni eeeer..jap nk cuba..insyaallahkn...

Unknown said...

Timakasih..tgh tercekik ni eeeer..jap nk cuba..insyaallahkn...

Anonymous said...

Petua guna kaki kucing tu memang menjadi.
Caranya, selawat sebanyak 3 kali sambil garu2 leher dengan kaki kucing.
Bak kata abah aku, petua orang tua dulu2...