Senyum itu satu sedekah

Tuesday, January 8, 2013

Orentasi sekolah 27 Dec 2012

Syukur, Dah mula memasuki alam darjah 1.  Pagi2 lagi dah keluar rumah walaupun sebenarnya kami dah terlewat.  Masa sampai anak2 dah mula berjalan ke kelas masing dengan dipandu oleh guru2.  Kelam kabut sikit lah masa tu nak cari nama anak kat kelas mana.  Rupanya 1 Cekap....tup..tup nama kelas dah pun di tukar pada nama bunga-bungaan pula.

Akhirnya dapat juga tau dimana kelas Deeja.  Sementara anak2 sibuk di dalam kelas dan menjalani ujian penilaian mak bapak pula di arah ke foyer untuk mendengar taklimat dari guru besar dan guru2 yang berkaitan.

Masa ni mula la aku terimbau kenangan masuk darjah 1 dulu.  tahun 1984.  Dulu aku mana ada pegi sekolah tadika cam anak2 zaman sekarang.

 Deeja duduk tepi dinding row no 2....lambat masuk kelas..hehe.  Masa ni ujian penilaian belum bermula.
Rata semua dah boleh membaca dan menulis.




Aku ulang alik la pegi sana sini buat2 macam la sibuk sangat kan.  Pegi ke koperasi juga untuk beli baju dan seluar sukan.  Mula2 beli sepasang tp sebab takut hari senam tak berselang hari aku pun bantai la beli dua pasang.  Rupa2nya PJK adalah pada Isnin dan Jumaat.  Owh...sempat sangatlah nak basuh.
Takper dah terbeli pun.

Pastu beratur kat kedai buku.  Nak beli 3 mende yg takde lagi iaitu Buku Pafa, fail peribadi dan satu lg aku lupa.  Sekali stok masih tarak lagi...aduyaiii...

 Di kantin sewaktu rehat.....
Hari tu makan semua free termasuk keluarga.
Ada mihun goreng, nasi lemak, kuih muih dan tentunya air.  aku sempat telan bihun jer.  husband x sempat makan. Adoyaii....

 Deeja bersama Anis rakan se tadika merangkap setaska sedang makan kuih donat. Nasi lemak tu Deeja usik sikit jer.  Pedas katanya....  Budak ni memang tak tahan pedas pun.

Tak lama lepas tu beratur beramai2 melawat sekitar sekolah.  Nama pun budak baru belajar kan...jadi nak tahulah di mana bilik persalinan, padang, bilik air, perpustakaan dan sebagainya.
Jenuhlah cikgu tmemberi penerangan.

Sementara tu mak ayah beratur panjang.  Aku beratur untuk ambil buku teks manakala ayah pula untuk urusan pendaftaran.

Setelah semua dah selesai kami pun beransur pulang kira2 jam 12.00 tengahhari...





2 comments:

nazayiena said...

Sklh anak kak Nurul orentasi 29hb hari tu.

Anonymous said...

comelnya deeja..rindunya kat dia