Senyum itu satu sedekah
Friday, March 1, 2013
Thursday, February 28, 2013
Info - Anda perlu tahu
Burger daging
Mengandungi 4 gram lemak tulen, ia membekalkan protein, zat
besi, vitamin B12 sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
Ayam goreng
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh daripada
lemak), banyak garam, MSG dan pewarna kimia. Ia membekalkan protein dan vitamin
B6.
Kentang goreng
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C, tetapi
‘fries’ terlalu banyak lemak dan garam warna kemasannya adalah tiruan.
Susu kocak
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan
bahan pemekat kimia mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu mengandungi
protein, kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas sederhana.
Minuman berasaskan kola
Mengandungi 14 sudu teh gula dalam cawan besar, pewarna
kimia dan kafein.
Garam
Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada
lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam
makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan
London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.
Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis
berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan
Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh
mengenai kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah
‘aditif’ makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan.
Serat
Serat terkandung di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin
dan kekacang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat
melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, mengurangkan
kolesterol dalam darah, mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser
terutamanya usus. Makanan segera banyak diproses dan tidak mengandungi serat.
Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan vitamin dan zat galian di
dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi
tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan
pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di
dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua
zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.
Sumber: Harian Metro
Monday, February 4, 2013
Friday, February 1, 2013
Hukum Hakam
ADAKAH haiwan seperti kanggaru, ulat mulong, badak air dan
keldai boleh dimakan? Adakah dubuk dan anjing laut itu najis?
JAWAPAN:
Wednesday, January 30, 2013
RM100.00
22 January lepas jam 10.30 pagi mama kena pegi sek. keb. untuk ambil wang bantuan persekolahan yang bernilai RM100.
Ini kali pertama Deeja dapat wang bantuan persekolahan. Kalau bantuan persekolahan dari atok Manan dah tiga tahun dapat. Maceh atok.
Duit seratus tu mama masih simpan lagi dan InShaAllah mama akan masukkan ke dalam akaun Tabung Haji Deeja. Kalau ada rezeki kita ke sana sama2.
Thursday, January 17, 2013
Gold Coast Morib
Entri ni dah lama nak tulis tapi cam tak kemasaan jer...betulkah bahasa ku ini. owh....
Dalam tahun lepas 2012 ada perji jalan2 ke Gold Coast Morib. Masih kat Selangor.
Nak pegi jejauh or obersea masih belum kemampuan lagi.
Pergi ke sana sendiri2 tapi semua sekali 5 keluarga. Semua kawan2 suami.
Sian aku...takde pong kawan aku....uhuhuhu...
Tapi aku kawan jer ngan isteri2 kawan suami. Lagi pun ada yang dah beberapa kali jumpa.
Yang baru jumpa pun boleh kawan apa...
Di depan hotel dari jalan utama
Wednesday, January 16, 2013
Report persekolahan
Bila dah masuk darjah satu biarpun baru bersekolah masuk minggu ke 3 tapi dah macam2 berlaku.
Rasanya perkara sebegini turut berlaku kepada yang lain.
Waktu malam mama selalu siasat beg sekolah samada beg sek keb. mahupun Kafa.
Chek apa yang terkurang atau terlebih. Kot pensil da kurang, mata pensel dah melayang ker...
Hasil siasatan .....
Chek apa yang terkurang atau terlebih. Kot pensil da kurang, mata pensel dah melayang ker...
Hasil siasatan .....
Subscribe to:
Posts (Atom)



