Terkesima sebentar setelah membaca post dari rakan facebook. Baru petang semalam aku menghubungi mak di kampung bertanyakan kabar. Baik-baik sahaja dalam kesibukkan ke sawah mengutip padi angin.
Manakan tidak...Kawasan Sungai Besar telah di landa ribut yang teruk bermula sekitar jam 1 pagi hingga 2.30 pagi. Banyak kemusnahan telah berlaku. Takdir dan kuasa Ilahi tiada siapa dapat menduga dan menandingiNya. Dari apa yang diberitakan kubah masjid Parit 6 pun terkepak. Pokok-pokok tumbang melintangi jalan sehingga membabitkan kudrat dan tenaga anggota bomba untuk mengalihkannya. Kedai minum di Parit 5 1/2 dilaporkan rosak teruk manakala kedai minum di Parit 3 1/2 musnah sama sekali. Kedai buah-buahan di pekan Sungai Besar juga dilaporkan mengalami kerosakkan yang teruk. Stadium juga tidak ketinggalan menerima tempias kerosakkan.
Ini antara gambar kejadian yang aku pinjam dari en Sungai Besar.
Papan tanda Majlis Daerah Sabak Bernam
Used car kat Simpang LPN
Kampung Parit 13
Stadium Sungai Besar
Ini antara gambar kejadian yang aku pinjam dari en Sungai Besar.
Papan tanda Majlis Daerah Sabak Bernam
Used car kat Simpang LPN
Kampung Parit 13
Stadium Sungai Besar
Alhamdulillah..kedua ibu bapaku selamat. Namun tidak terlepas dari mengalami suasana mencemaskan itu. Ada sedikit kerosakkan di mana kayu yang di pahat untuk dijadikan lubang angin (rumah-rumah lama) tertanggal dari kedudukannya. Rumah Pak Usu ku juga mengalami kerosakkan di bahagian dapur.
Sawah padi juga terhampar umpama padang golf, tak silap aku dah nak hampir menuai padi atau sedang rancak menuai. Bagaimanalah rezeki mereka tahun ini. Mungkin kurang dari kebiasaan. Namun itulah takdir yang Maha Esa. Semua ini sebagai peringatan dariNya. Allah sayangkan ummatNya dan menurunkan bala kepada hamba-hambaNya sebagai peringatan. Sebagai hambaNya sama-samalah muhasabah diri dan renungkan apa yang telah kita lakukan...aku juga tidak terkecuali.
Peristiwa ini juga mengingatkan aku kejadian ribut yang juga pernah berlaku beberapa tahun yang lalu di mana telah mengorbankan nyawa seorang ibu tua yang tertimbus di dalam runtuhan rumahnya. Suaminya juga yang telah lanjut usia tidak mampu berbuat apa-apa. Kejadian itu betul-betul berlaku di kampungku. Mungkin sekitar tahun 2000. Ya Allah...kau tempatkanlah makcik itu di tempat yang sebaiknya...
Ramadhan ini InsyaAllah aku pulang.
2 comments:
Alamakkk.. Bila ni.. Umah nenek ana kat parit 5 sg besar
Uiks!...parit dah sama, beza timur ngan barat jer. tak pon gambut. hari ahad malam isnin (24 July 2011)
Post a Comment