Senyum itu satu sedekah

Tuesday, June 26, 2012

Pembaziran melampau!

Gambar aku cilok dari koleksi adik aku....betul2 membazir...:)
treller punya la besau tp bawak mende cinonet je. ahaha 


Friday, June 22, 2012

Makaroni Bakar

Tetiba semalam terajin lah pulak nak buat makaroni bakar.  Lepas bagi anak makan malam aku pun mula operasi.  Betulnya minggu lepas dah buat.  Kali ni buat bawak g opis pulak bagi kawan2 makan.  So kalau ada yang nak rasa kena la keja kt opis aku ni ha..haha...acah jer.  korang wat sendiri jerk kat umah ye.  Leh makan ngan hubby, anak2 dan yg sewaktu dengannya.

Bahan2 yang aku gunakan ialah....
  • 250gram makaroni - rebus dan toskan Aku guna cap ni, nak guna cap lain pon boleh
 
  • 250g ayam kisar @ daging kisar. Nak beli yang dah siap pon boleh.  Ni aku blender sendiri
  • 2 biji bawang besar yang di potong kecil-kecil....ikut suka la gaya macam mana
  •  setin susu cair.
  • 4 biji telur ayam, dipukul bersama sedikit garam
  • mozarella yang telah diparut.  Nak guna cheese yang sekeping-sekeping tu pon boleh juga
  • 3 sudu besar rempah kari daging (aku guna cap babas)
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • secawan air
maka bolehlah kita mula memasak 
  • Panaskan minyak dan tumis bawang
  •  Masukkan rempah kari
  •  masukkan dagin/ayam yang dikisar, biar masak
  •  masukkan air dan susu. eh..lupa lak...masukka garam juga ye. biar mendidih. 
  • masukkan makaroni yang sudah direbus .  Tang ni lupa nak snap
  • Angkat dan masukkan ke dalam dulang yang telah disapu minyak.
  • Pecahkan 4 biji telur dan siram ke atas makaroni dalam dulang.
  • Taburkan mozarella.
  •  Bakar selama 40-45 minit pada suhu 180 darjah celsius

 Siap sedia untuk dipotong setelah sedikit sejuk
Selamat memasak!

Optional....boleh masukkan lada benggala, daun bawang, mix vegi atau apa2 yg boleh diterima tekak anda jika suka.

Monday, June 4, 2012

Alhamdulillah - No 3

Syukur Alhamdulillah, anak mama telah selesai menghadapi peperiksaan pertengahan tahun di tadika Sri Permataku.  Dengar bunyi periksa tu macam dahsyat jer...tapi memang dah cukup dahsyat untuk anak-anak yang berusi 5 dan 6 tahun....

Tanggal 14 - 17 May telah berlangsunnya peperiksaan. Peperiksaan merangkumi Bahasa Melayu dan English (reading, spelling, test, grammer), Matematik, Agama, Lukisan, Sains, Tapi subjek Moral takde exam lak. Paper pertama ialah Bahasa Melayu.  Paper ni menurut teacher Puspa masing-masing pelajar dalam situasi stress, hampir kesemua pelajar mengalami sakit perut..... dok ulang alik pi toilet....hui...tekanan betul derang nak jawab exam.  Patut la Deeja citer dia tak bleh jawab periksa sbb dok duduk dalam tandas jer. ehehe......teacher siap bagi extra masa untuk students yang jawab exam ni.  sampai 2 jam......hadoiii la lama tu.  kalau kita buat lima minit jer dah siap!  Ye la...tu tahap kanak2 riang kan...


Di ringkaskan akhirnya dapat la keputusan begini......  keputusan telah di keluarkan pada 18 May 2012. Petang tu start jam 6pm berbaris la penjaga pelajar nk jumpa techer ......Lama dah kan.....sehari jer lepas abis periksa dah siap keputusan. Citer baru nak kuar sini. ehehe..Tahniah to anak mama.  Tapi kena usaha lagi yer.....cikgu soh baca english bebanyak.

Ampun maaf dipinta, kualiti gambor kureng... guna tepon jer
 

keputusan semua

Satu perkara yang aku sangat2 bersyukur pada Ilahi bila anak bersekolah disini....dua bulan anak aku dah boleh baca.  Kenapa akhirnya anak aku pindah sekolah....sebab anak aku tak tau baca langsung masa kat sekolah lama....Nak bunyikan gabungan dua abjad pun tak tau. Tak tahulah kenapa....dan bukan anak aku sorang  Ramai lagi yang lain......tu yang sedih.  Haha..bocor rahsia!  Tapi aku tak cakap pun kat chegu kelas dia  napa aku tukarkan sekolah lain.  Bila chegu tanya aku lak korner jer jawapan kelain. Cikgu dia baik jer...tapi anak aku yang tak dapat ikut...

Eh...yer...anak aku dapat no 3.  Ok la tu. Cuma spelling dia agak teruk...Dapat 50%.  Banyak yang salah eja sikit2.  Yang tak tau nak eja pun ada gak..  Kira terer aaa tu, mak kamu ni nak lagi tak tau nak eja bahasa Inggeris masa baya kamu...bahasa melayu boleh la juga yang senang2 sebab mak kamu ni tak sekolah tadika pon. ecece...alasan.

Deeja dapat anugerah terbaik untuk matapelajaran Agama dan ejaan Bahasa Melayu. Dan tempat ke 3 Teacher bagi hadiah puzzle car.

Aku nak shere spelling dan ejaan hari tu...

Sunday, June 3, 2012

Rawatan Dr. Maggot

Ni dia Dr. Maggot, comey jer dia dalam bentuk cartoon.  Tapi tak berapa nak comey dalam bentuk yang sebenar.  Jangan risau aku tak letak la gambar ulat real kat sini.


Yang dinamakan Dr. Maggot ni si ulat comel ni la. Maggot ni digunakan untuk rawatan kencing manis yang di hidapi mak mertua ku.  Sangat kasihan dan sedih melihat keadaan mak.  Mak sekarang berusia 73 tahun.  Mak  yang mengidap kencing manis lebih kurang 27 tahun akhirnya pada 1 Mei 2012 telah di potong kaki kanan hingga ke paras bawah lutut biarpun kaki mak yang telah dijangkiti (pada zahirnya hanyalah di bahagian jari kaki). Begitulah takdir mak.
Kita yang agak muda ni tak tahu pula bagaimana takdir kita nanti.


Inilah tempat yang kami pergi semalam.  terletak betul2 tepi jalan utama kat Sri Gombak. Luka mak semakin melarat.  2 minggu lepas operation jahitan operation dibuka namun luka pada kaki (kesan potong) masih belum bercantum.  Kasihan mak.  Faktor usia dan kurang zat makanan antara penyebab kenapa luka kaki mak lambat sembuh dan menghasilkan tisu2 baru.  Kita pun faham, bila dah  berusia selera makan kurang sangat tambah2 lagi dalam keadaan sakit begini. Ini yang telah diterangkan oleh Dr. semalam.  Banyak lagi yang telah diterangkan oleh Dr. tu.

Dalam pada masa tu 3 petugas sedang malakukan rawatan pada kaki mak.  Semalam 150 ekor maggot telah diletakkan pada luka kaki mak.  Mak tak tau pon bende tu ialah ulat.  Kalau mak tau mesti mak tak mau.  Tapi untuk kebaikan mak, kami terpaksa sembunyikan.  Masa diletakkan memang tak rasa apa.  Ulat tu sangat halus, dan bila dah diletakkan pada luka tak nampak pon.  

Sebelum diletakkan, akan dibuat border pada bahagian luka supaya maggot tak la keluar pulak.  Fungsi maggot ni adalah untuk mengeluarkan air liurnya yg berenziyme dan menyedutnya semula.  maggot ni yang akan membersihkan keadaan luka.  Menurut dr. maggot ni tak makan nanah, maggot makan kuping2.
Dalam keadaan mak ini, maybe memerlukan rawatan maggot 2-3 kali.  setelah itu lakukan dressing tak kisah dengan mana pusat perubatan pun (yg elok la), even nak buat dengan dia pon boleh.  nak buat tampal kulit pun boleh.  Tapi kulit mana pulak nak ambik....

Aku sempat menyaksikan bagaimana petugas meletakkan maggot2 pada luka mak,   Diletak dengan berhati -hati menggunakan alat yang aku tak tau nama. ekeke.  Gambar ada tp aku tak upload sini tau.  Sebab nampak kaki mak, lg satu risau korang ngeri.  

Nanti petang Jumaat ni 8 Jun mak akan dibawa semula untuk dibuka balutan dan dikeluarkan kembali 150 ekor maggot.  Mungkin malam tadi mak akan terasa mende merayap2 pada luka mak.  Tak tau la apa ayat kakak ipar aku nak bagi hati mak tenang.  

Untuk pengetahuan maggot tak ada gigi tapi ada cangkuk.  Cangkut maggot ni mungkin akan menimbulkan sedikit rasa sakit (meneurut Dr.).

Ni anatar service yang ada....



 Gambo yang last ni kalau tak lalu scrool laju2 yer...

i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
Ni info jika ada yang nak tahu untuk ketempat ini jika aad keuarga yang menghidap luka kencing manis.  Tapi perlulah keadaan luka tu sebelum menjadi hitam.  InsyaAllah masih ada jalan.  Berusaha dan bertawakkal.

Pada mak aku memohon pada Ilahi semoga mak cepat sembuh dan sihat.  Amin.

Pada Dr. dan semua petugas semalam, terima kasih  Semua pun ramah tamah dan baik hati.

Medical Biotherapy Sdn Bhd
Address:
HQ
No.9C, Jalan SG3/1,
Pusat Bandar Sri Gombak,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.

MDTC
No5, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Malaysia

E-mail: medbiotherapy@gmail.com
Telephone: +603-6189 1042, +6012-3780 435, +6019-5606734
Fax: +603-6189 1043
Mobile Phone Number: +6012-440 4352 (MDT Centre)
http://www.sterilarvae.com/index.php


UPDATE : 8 Aug. 2012

Mak dah tak buat rawatan kt sini .  Tapi anda boleh mencubanya untuk insan yang dikasihi.
Sesungguhnya Allah menduga akan hamba2nya.  
Berusaha dan bertawakkallah

UPDATE: 8 October 2012

Maha suci Alah yang menguasai langit dan bumi.  Yang maha agung.  Dengan izinMu Ya Allah, Mak sekarang dah semakin baik.  Luka pada kaki mak dah bercantum.  Dah banyak perubahan positive.  Terima ksih pada anak2 mak yang banyak memberikan pertolongan.  

Syukur pdaMu Ya Allah.

Monday, May 7, 2012

Final Exam

Kejadian berlaku pada minggu lepas......Tanggal 3 May turn aku pulak jaga exam..... Seawal jam 9 pagi udah terpacak di Unit Peperiksaan untuk mengambil segala keperluan pelajar untuk menjawab final exam.  Peperiksaan akan bermula jam 9.30 pagi.

Sampai kat dewan peksa mende pertama yng aku lakukan ialah gantung jam....pastu susun kertas peksa bersama madam Esha muah2!

Semuanya melibatkan pelajar Ijazah untuk 6 matapelajaran.

Sempat jugak aku menyenap nyer  

Untuk peperiksaan kali ni pelajar2 tak la buat peel sangat.  Tapi memang ada jugak yang buat peel cam pi bilik air lama2..... bukan la apa....risau budak2 ni menyimpan toyol kaler putih kat bilik air.
Dan aku telah menjalankan operasi memungut toyol2 tersebut.  Tak kira papaer apa pon sumer aku 'bersih'.

Pernah gak ada pengalaman jaga periksa yang cakap pi bilik air, rupa2nya budak tu balik rumah!  Pastu datang balik dewan exam. Camtu pun ada jugak! Kalau ikut patut2 tu kick jer dari dewan exam kan...

Tu belum lagi kes pelajar yang kurang ajar...huhuhu...pernah gak kena....nak nanges rasa...
Tapi yang kali ni boleh dikatakan baik2..... kalo ada pun sikittt jer. 


Masing2 tengah kosentrate la yer menjawab soalan.  Yang muka konpius pun ada jugak.  
Yang jawab sampai penuh buku jawapan dan mintak extra paper pun ramai juga.  Baguih dan aku harap jawapan tu betul dan mereka lulus cemerlang.

Skang ni sumer mereka dah hora hore sebab dah abis exam....last paper pada Jumaat lepas.

Friday, April 27, 2012

Hukum-pre-wedding


1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)
Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-
a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)
Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :
Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.
Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.
Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.
"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.
UPAH JURUGAMBAR
Mankala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.
Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.
Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.
Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.
Sekian

Dr Zaharuddin Abd Rahman
2 Mac 2012

Monday, April 23, 2012

Tutup!


Sketsa pagi Isnin.
Ni bukan karya aku yer...aku copy paste jer.... sama2 muhasabah diri...
aku nak share tentang bab bungkus aurat dan tutup aurat. sebagai panduan kita semua
korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.
Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cuba teka aku tengah BUNGKUS apa?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mana kau tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi terkeluar sikit tu. Lagipun aku tau ko memang jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cuba teka nasi lemak ni banyak ke sikit?
Ahmad: Alaaa lagi senang. Banyak la.
Aisyah: Ha? Macam mana kau tau ni?
Ahmad: Tengok bentuk & saiz laa. BUNGKUSan besar, banyak. BUNGKUSan kecik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainya kau ni.
Ahmad: Bukan aku yang pandai, kau yang tak pandai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.
Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cuba teka aku TUTUP apa dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lagi.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lagi la salah.
Ahmad: Abis tu apa? Mana la aku nak tau apa yang kau TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cuba teka banyak ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mana aku nak tau. Malas la jawab.
Maka pilihlah TUTUP…. :-)