Senyum itu satu sedekah

Friday, June 22, 2012

Makaroni Bakar

Tetiba semalam terajin lah pulak nak buat makaroni bakar.  Lepas bagi anak makan malam aku pun mula operasi.  Betulnya minggu lepas dah buat.  Kali ni buat bawak g opis pulak bagi kawan2 makan.  So kalau ada yang nak rasa kena la keja kt opis aku ni ha..haha...acah jer.  korang wat sendiri jerk kat umah ye.  Leh makan ngan hubby, anak2 dan yg sewaktu dengannya.

Bahan2 yang aku gunakan ialah....
  • 250gram makaroni - rebus dan toskan Aku guna cap ni, nak guna cap lain pon boleh
 
  • 250g ayam kisar @ daging kisar. Nak beli yang dah siap pon boleh.  Ni aku blender sendiri
  • 2 biji bawang besar yang di potong kecil-kecil....ikut suka la gaya macam mana
  •  setin susu cair.
  • 4 biji telur ayam, dipukul bersama sedikit garam
  • mozarella yang telah diparut.  Nak guna cheese yang sekeping-sekeping tu pon boleh juga
  • 3 sudu besar rempah kari daging (aku guna cap babas)
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • secawan air
maka bolehlah kita mula memasak 
  • Panaskan minyak dan tumis bawang
  •  Masukkan rempah kari
  •  masukkan dagin/ayam yang dikisar, biar masak
  •  masukkan air dan susu. eh..lupa lak...masukka garam juga ye. biar mendidih. 
  • masukkan makaroni yang sudah direbus .  Tang ni lupa nak snap
  • Angkat dan masukkan ke dalam dulang yang telah disapu minyak.
  • Pecahkan 4 biji telur dan siram ke atas makaroni dalam dulang.
  • Taburkan mozarella.
  •  Bakar selama 40-45 minit pada suhu 180 darjah celsius

 Siap sedia untuk dipotong setelah sedikit sejuk
Selamat memasak!

Optional....boleh masukkan lada benggala, daun bawang, mix vegi atau apa2 yg boleh diterima tekak anda jika suka.

6 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

beriya-iya sy baca resipi ni sbb nak hapal..nk buat jugak sbb senang tp malas nk salin..mmg dasarrrr sgt kan hikhik

nurbeena said...

Rina...dah masak nanti kena la beria-ia akan. hihi

Dinas Aldi said...

Dan2 ni jugak akak rasa nak pi apply kerja kat opes dik Nurbeena, kehkeh!

ainnoraini said...

Harusss ku cobaaa...mcm senang bangat..
Yang penting sedapppp

mama aini said...

assalam NB..nak sikit makaroni bakar tu !!!..sedapnya sambil telan air liur..he2x..

nurbeena said...

Kak Dinas.......Rugi keja kat opis saya ni kak. Baik akak terus je ngadap anak2 murid yg noti sikit tu! :)

Ainnoraini.....cubalah..tak rugi pon, modal pun tak lah banyak sangat

mama aini......alolo...dah abis la mama. terlambat sudah. mama kena cuba ek