Senyum itu satu sedekah

Monday, October 1, 2012

Makan @ Rebus-Rebus

Assalamu'alaikum.  

Hari Sabtu lepas dalam 6.30pm aku gatal tangan nak tepon Kak Zailah....saja tanya dah sampai mana perjalanan derang menuju ke program makan malam.  Sekali tersangkut join sekali bersama Deeja.  Kak Zailah hambek aku kat umah memnadangkan en suami pegi keja....bye...bye abang.  Kami nak makan.  

Perjalanan ke sana adalah boleh tahan juga jemnya.  Rupa-rupanya malam tu ada perlanwanan bolasepak antara veteren Selangaor ngan veteren Singapura kat Stadium Shah Alam.

Destinasi yang dituju adalah...


Lokasi : Alam Avanue, Seksyen 16, Shah Alam
Waktu perniagaan:  6pm - 12am (Isnin tutup)
Harga dewasa:  RM27.90 nett
Harga kanak2 6-12 tahun:  RM13.90 nett
Warga emas 55 tahun ke atas: RM20.90 nett
5 tahun ke bawah: Free
Tel: 012-940 4597 (digalakkan untuk reserve)
Facebook: http://www.facebook.com/RebusRebus

Rombongan kami disertai oleh seorang lagi rakan opis. 4 anak kak Zailah.  Jadi semua sekali ada 8 orang. Aku ganti tempat kak Mai ngan anak dia yg tak jadi datang.  Masa hari Jumaat tu derang dah ajak aku tp masa tu aku 50-50 lagi nak pegi ke tak. 

 Kami sampai kat sana dah dekat jam 8pm.  Lepas pastikan meja kami kat mana (reserve) terus g sembahyang Maghrib. Kat situ dah ada disediakan musolla untuk muslimin mahupun muslimat.  Telekung pun ada disediakan.  Tempat ambik wudhu pun ada kat dalam musolla tu. Tinggal nak tak nak je solat.


Port yang kami dapat tu mmg baik punya port.  Dapat kat luar n depan sekali.  Kami dapat dua tempat memasak.  Aku tengok tempat rebus n grill ni ada dua jenis.  Satu jenis panjang (macam kami dapat) dan satu lagi jenis bulat.  Itu tak penting, yang penting dapat masak n melantak. 

Wah...macam orang jakun jer masa ambik makanan.  Sementara tunggu nak merebus dan membakar kami melantak aiskrim dulu.  Ada 4 perisa aiskrem...macam jakun je kan...kami dan pengunjung lain kejap2 pegi peti ais scoop aiskrim kat dalam tu.  Lama2 dah sampai nak kedasar. Pastu ada disediakan gula manik warna warni dan kacang untuk ditabur atas aiskrim. Aiskrim pon nak makeup gak kan.

Deeja bedal aiskrim, sedikit rebus2 dan lolipop.  Bukan tak sedap tau tp budak ni memang susah makan.  Yang dok ulang2 ialah makan puding dalam plastik tu je lah.  tu yang keding jer.  
Mama pun sama...tapi mama tak la tak kuat makan, cuma entah kenapa saiz masih macam darjah 6 bak kata kawan aku.  Saiz je tau, rupa paras 35 la..


Kat sebelah tempat aiskrim tempat air lak, ada 3 jenis air.  Malam tu ada air punch, sirap bandung dan air laici.  Boleh refill.  Syiok woo.

Lepas makan aiskrim ready ambik makan yang ada.. Mula la bukak tutup peti ais tempat simpan makanan tu. Ada yang dah marinate macam daging ayam, daging lembu dan lain2.  Ada seafood yang pelbagai, contohnya pepahat, sotong, udang, kapis, ketam dan macam2 lagi.




 Deeja cuba untuk ambil sendiri


Bukak lagi peti sebelah, ada bol2 yang pelbagai.  Siap tanya kat towkey mana yang sedap.  tak pernah  Bila dah agak penuh terus isi dan hantar ke port untuk di masak.

Seterusnya kat bahagian tengah ada disediakan desert, lupa nak rasa pisang bercoklat tu.  Cis...rasa rugi plak tak rasa.  Nasik ada...tapi habis la pulak.  . Aku jeling jer rendang yang ada kat situ.  Tak silap mee goreng pun ada.  Tapi aku mmg tak makan mee kuning.  Sakit urant kang.
 Pastu ambik plak sayur2an ngan mee kering.

Terdapat dua pilihan samaada nak kaedah bakar ataupun kaedah rebus.
Kuah untuk rebus pun ada dua pilihan iaitu tomyam dan ayam.
Kami ambil dua-dua sekali.

Ha...korang nampak tak...apa kelebihan makan kat sini....semua2 tu korang bolah makan dengan harga RM27.90. Boleh refill.  Tapi awas.  Jangan lak membazir.  Kan membazir tu kawan Syaitan.

Tu dah ada pesanan

Aku lupa nak ambik gambar kat bahagian aiskrim, air mahupun desert.

Camtu la, masing2 ulang alik penuhkan meja ngan makanan.

Yang budak2 ni plak duk sibuk main2 bawah meja. Kesian mak2, aunty, kakak dan abang  nak menjaga.  Haru jugak la..

Key...upacara memasak pulak.

 Ayam dan daging

 Paling rajin nih

 Dua beradik bekerjasama mengutip hasil bakar.
Dua2 pun rajin wat kerja.


 Kak Zailah sibuk pulun makan setelah dah penat main kejar2 ngan budak2

 Wan Nur Ain Sofea & Nur Jannah in action

Naimuddin, kawan Deeja main

me n Deeja

 Dari aluminium tu putih sampai dah tukar kaler dok membakar ajer. Tak reti2 nak berenti melantak

Suasana lepas makan

Yang tudung pink tu one of crew kedai tau. Ni nyendeng2 kot2 dapat 1/2 price kan.  Free lagi bagosss.

Kak Zailah n anak2. Naimuddin je takde dlm pic ni

 Kami dah kenyang!

 kenangan....ceeewahhhh

InsyaAllah lepas ni nak datang lagi.

Aku nasihatkan korang kalau nak datang sini baik reserve dulu.  Leh contact no yang aku dah kasi kat atas tu.  Sebab ramai orang.  Masa tgh makan tu ada pakcik sefamily yang dah park keta terpaksa reverse semula sbb kedai penuhhh daa...

Ok. Stop sudah.  Harap2 lepas ni en. suami nak bawak aku datang sini. Amin.

Thanks to Rebus-Rebus!













9 comments:

qemaishak said...

mana nak dapat ek tempat bakar & rebus camtu, kalau dapat best gak buat kat rumah...sedap:)

Dinas Aldi said...

Seronoknya makan2 gitu, tambah makan ramai2 lagi seronok :)

nazayiena said...

Bestnya makan kat situ.

sal-nurbeena said...

qemaishak...

ada jual kat Jusco. mmg best kalau dapat buat sendiri. bila2 rasa nak makan pun boleh.

Kak Dinas....

apa lagi..jom la mai sini makan2.

Unknown said...

terima kasih di atas support akak, jmeput ler dtg nagn en suami plak :) - qema -

Unknown said...

tq for ur support akak...bile2 senang dtg la nagn en suami plak ye:)

sal-nurbeena said...

nazayiena...

jom la dtg sini. kasi perut kosong dulu baru best makan!

sal-nurbeena said...

Qema...

Thanks pada semua crew...InsyaAllah kami datang lagi.

mama aini said...

assalam ..bestnya makan2 dgn kawan2..dah lama mama dah keluar makan dgn kawan2..hu2x..mama belum pernah makan kat sini..mama stay kat klang..dekat kan?..nanti mama ajak hb makan kat sini..thanks atas info restoren ni.. :)