Senyum itu satu sedekah

Friday, January 11, 2013

Hot Spring Sungai Kelah

Penutup tahun 2012  kami sekeluarga berkunjung ke Sungai Kelah yang terletak di Sungkai Perak. Perjalanna kami kesana mengambilmasa lebih kurang 1 jam 30 minit.
Ini merupakan kali ke 3 aku sampai kesana.  Deeja kali ke dua dan suami pertama kali.  Pemergian kesana disertai satu lagi keluarga kawan husband. Tapi kami pergi secara berasingan.

On the way ke Hot Spring Sg Kelah hujan mulai turun.

Sampai sana sekitar jam 12 tengahhari.

Perkara pertama dilakukan selepas park keta ialah membeli tiket.

Mula-mula pegi dulu free sebab masatu hutan semulajadi. Pastu kunjungan tahun 2011 ialah  RM10 dan penghujung 2012 ialah  RM12.

Aku sengaja bawa suami melalui titi kayu walhal ada jer laluan yg takyah jalan kaki.  Saja nak kasi suami rasa lalu kat tiiti kayu tu yang di bawahnya aliran air panas.  

Dulu aku dah citer pasal tempat ni dalam entri 2011 rujuk sini-memori sg kelah , jadi kali ni bubuh gambar yang dulu tak ambik.

Apa yang ada kat sini sila lah rujuk papan tanda di bawah






Peta penunjuk kawasan.
InshaAllah tak sesat.


Di kolam air panas.  Mintak ampun la mutu gambar tak baik.

Kat kolam air panas ni aku rasa heran naper la banyak lumut.  Mula la hati berkata-kata awat la kotor, tak jaga ker....  rupa-rupanya memang derang bela lumut tu dan di jual untuk kecantikkan kulit.
Mana yang rajin siap kutip lagi.


Lepas terjun kolam air panas budak2 ni bersiram air tempayan tu pulak.


Kolam air sejuk.  Aku la yang kesejukkan.
Dah la sejuk, hujan pulak, sampai demam aku.

Antara tempat merendam kaki (kolam air panas)
Kaki sahaja tau..

Deeja seronok rendam kaki dalam kolam air panas. 

 Jalan sana sini sampai tercabar kawan husband sebab budak kecik ni tahan lak kepanasan air tu. he...
Lagi seronok dia main ngan anak abang tu yang sebaya ngan dia.  
Kakak pun suka layan


Boleh cuba rebus telur.

Panduan merebus

Yang banyak tu kami punya.  Ada 10 biji.  Bawak dari rumah jer.  Kat sana pun ada jual, 5 biji RM3 include kicap, mangkuk pakai buang dan sudu. 
Ada jugak yang rebus ubi kentang....punya le lama nak masak...memang gile kentang la...

Beratur tunggu turn.

Surau untuk bersolat.  telekung ada disediakan disini.

Rumbia cafe.
Sebab aku datang hari kerja maka cafe tak banyak bukak.  Dulu datang hari minggu semua bukak.
Lagi pulak masa ni dah sekitar 6.45pm, semua cafe dah tutup

Suka tengok kumpulan ikan talapia merah yang berenang secara berjemaah.


Hanya ini sahaja gambar yang dapat aku sertakan.
Banyak gambar adalah dari phone.  Gambar dari kamera compact dah terkubur sebab kamera tu kena gilis ngan keta (terjatuh masa turun dari keta dan digilis keta belakang). Kamera yg Deeja pegang dalam  gambar tu la.  Deeja selalu guna kamera tu.  Sayang usianya tak panjang.

Lepas selesai solat Asar kami naik keretapi yang disediakan menuju parking kereta.  Maklom la semua dah pancit.

On the way balik kami singgah di sebuah masjid di Slim River untuk solat Maghrib dan seterusnya mengisi perut dan pulang ke Kuala Lumpur semula.

P/S:  Masa kat sana aku nak singgah rumah mak kawan aku yang dekat situ jer.  (kebetulan kawan aku bercuti seminggu, dia keja kat Sarawak nuuu haa).  Tapi takde rezeki kami gak sebab gagal berhubung.  Bukan takde line tapi tak dengar call.  Rindu pulak kat ko Lela oiii.







7 comments:

Dinas Aldi said...

Nampak seronok betoi Deeja di situ. Sayang kamera kena gilis tapi nak buat macam mana, bukannya sengaja pun kan.

sal-nurbeena said...

Deeja memang dia seronok sanagt kak. Lepas main air panas, main air sejuk, pastu air panas balik pastu air sejuk pulak. Letih nunggu.

Kamera tu sal x buang pn lg kak, tp mmg dah tak boleh guna. gambar2 kat dalam memory pn abis ilang

maszull said...

assalamualaikum qasehmia....bestnya rasa mcm nak pergi jer...;)

LYAfrina said...

wah..cantiknyer kat situ..seronoknyer main air tu...

Zulina's mohamed said...

wow beshnya kak.;)

wahida said...

saya x pernah sampai sini...teringin pulak...


kesian kamera digital akak tu...kena gilis dek kereta...huhu...

sal-nurbeena said...

Mama...pegi la Kak, bawak bekal sekali tau... 1 jam 30 minit lebih kurang dari KL.

Zulina Mohamed....ina lg la dekat. kurang sejam dah bleh sampai.

Wahida....boleh lah tempat ni sekadar nak main2 air. kamera tu tak buang lg tau, ada wat pekasam