Senyum itu satu sedekah

Friday, September 9, 2011

Hibiscus Rosa


Walaupun ulang tahun Hari Kemerdekaan telah berlalu, hari ni aku nak berkisah....
Pada 28 Julai 1960  Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj telah memilih bunga raya  (Hibiscus Rosa) sebagai bunga kebangsaan. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah di mana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.  Kalau sekali pandang pun memang dah terserlah yang bunga raya ni chantek!
 Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.  Lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara.
Lima Prinsip rukun negara:-
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Dedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. 


 Dan si cilik ini begitu bangga mengenakannya....selari kelahirannya di hari MERDEKA!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Jangan tergadai  tanah pusaka

No comments: