Senyum itu satu sedekah

Friday, September 9, 2011

Niece's Engagement

Raya ke 5, Sabtu 3 September tarikh keramat majlis pertunangan anak saudara sebelah suami. Majlis tak buat secara besar2an kerana kaum keluarga pun dah ramai...tapi jiran2 terdekat tidak dilupakan dan di jemput hadir sama memeriahkan majlis.  Lagipun sebelum puasa baru jer buat majlis kesyukuran jemput sekampung. InsyaAllah majlis besar nanti akan dijemput beramai. Time tu lai..lai..

Aku lihat, kakak iparku orang paling gembira.  Berbaloi pengorbanan seorang ibu yang telah membesarkan 4 orang anaknya tanpa insan yang bergelar suami disisi kerana telah pergi dijemput Ilahi sedari anak bungsu berusia 9 tahun.  (kalau aku tak silap la).

Sebahagian hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki
Chantek....tapi aku tak tolong gubah, tlg tengok jer sbb aku keras tangan.
Mak Teh yang banyak tolong gubah.  
Aku tolong part dapur jer cam basuh pinggan...susun pinggan..serta yg sewaktu dengannya...

Perbincangan kedua belah pihak


Tahniah!

Baju pink yang chantek ini dijahit oleh ibu sendiri

Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati Ilahi, hari bahagia bakal menjelang tidak lama lagi. InsyaAllah....

2 comments:

Yunne Osman said...

ramai sedara hangpa bertunang baru2 ni ek

sal-nurbeena said...

a'ah. Alhamdulillah.