Senyum itu satu sedekah

Friday, October 7, 2011

Perkahwinan Hasni

Cerita ni aku baru nak letak kat sini.
Terlewat sangat2.
Tarikh keramat kejadian pada 23 September 2011.
Lokasi kejadian di Ipoh.

Carpool saja dengan adik ipar
Sampai di lokasi kira2 jam 12.30pm
Majlis meriah gilang gemilang.

Perkahwinan antara Nur Hasni dan Zahrul Nizam.
Anak saudara sebelah suami
Dalam persalinan kelabu dan ungu
Indah pelamain putih cream dihiasai bunga-bungaan segar.


 Sebelum pengantin tiba ada acara berzanji dilakukan kumpulan Rabana.
Bukan kumpulan Rabbani tau,
Kumpulan ini juga yang memukul rebana semasa ketibaan pengantin lelaki.
Biasa kita tengok kumpulan kompang tapi kali ni lain lak sket.

Tu dia, pengantin lelaki dah sampai

Pasangan pengantin di pelaminan


Ramai tetamu yang hadir...Lauk pauk pula sedap2.  
Paling teruja ayam bakar...perrrghh...
Syukur Ilahi..memang sedap.
Selain tu disediakan juga lauk acar, rebung, daging dan dalca
Pencuci mulut ada buah tembikai dan bubur pulut hitam.

Pasal tempat duduk nak makan memang takde masaalah
Tak silap aku ada 8 khemah disediakan termasuk khemah pelamin

Ini anatar gift yang diberi kepada tetamu
Yang lain2 tak sempat nak snap
Kat belakang tu merupakan hamper2 untuk mereka yang dapat menjawab soalan uji minda
Soalan diajukan oleh Dj yang bertugas semasa majlis

Dipendekkan cerita
^
^
^
^

Malam tu diadakan acara potong kek 


dan buka hadiah


Tengok tu, sanak saudara dah gelak sakan...mesti ada yang mencuit hati

Yey....dapat gula dan teh, mujur tak pakej ngan air panas  serta teko sekali
Ni Pak Teh dengan Pak Andak yang kasi

Eh..ada kejutan tau...kat dalam tu ada duit cash
Dijamin ori

Lepas dah selesai  bukak hadiah, kami pon mengundurkan diri untuk pulang ke rumah masing2.
Sampai kat rumah jam 1.15 pagi.
Apalagi...tergolek ler keletihan...


No comments: