Senyum itu satu sedekah

Monday, October 3, 2011

Takut naik kuda

Sabtu lepas aku ada jemputan kenduri doa selamat sempena pernikahan salah seorang ahli keluarga 
kakak ipar aku kat Bukit Tembok Port Dickson.  Kenduri bermula selepas waktu Zohor.  
Memandangkan kami sampai sedikit awal maka jenjalan kejap kat tepi pantai.  
Bukan ada apa pon...saja bazir2kan masa.



Sampai kat situ anak aku dah mula kuar bunyi2 nak mandi laut nak main pasir.  Kenalah aku pujuk2 bgtau yang kami bukan nak ke laut tp nak pegi kenduri.  Jadinya jalan2 jerlah kat persisiran pantai tu.

Pastu dia nampak budak naik kuda......aku plak yang x-cited soh dia naik.  Masalah nya anak aku ni penakut.  Eiii..napelah...sama gak kalo masuk taman tema.  Bukan nak main apa2 kat dalam air.  
Taunya jalan2 je kat dalam air. 
 Biarpun dipujuk berkali2 dia tak mou jugak.  Sempat gak dia mintak suh naik sama2.  Aik...tak bleh ler..kena naik sorang2 jer...follow kat tepi bolah la.  Lagipun petugas derang akan kemudikan kuda tu (betul ke bahasa kemudi?) 

Kejap2 tunjuk kuda, tapi takut nak naik.

Yang dia sebokkan ialah nak main keta....aku plak tak setuju sebab keta tu dia dah pernah naik.  
Udahnya belikan aiskrim ajelah.
Sementara anak makan aiskrim akulak duk bawah pokok g balut hadiah happy birthday untuk cucu sedara petang nanti.  Lokasi kejadian lak kat Nilai.  Pendek kata lepas habis kenduri nak berkejar ke Nilai lak.

Berbalik kepada kuda tadi akhirnya tangkap gambar kuda dari jauh jer. ...:D




No comments: