Senyum itu satu sedekah

Tuesday, August 9, 2011

Charity Night Walk For Ramadhan - Genius Aulad

Assalamu'alaikum....

Dah lama menyepikan diri....takde entry baru...seminggu dua ni sibuk jer...Mumula aku tak berapa sihat, asyik migrain kebelakangan ni. Pastu balik kampung...umah pun tunggang lalang..ehehe...ker malas ek?

Key ler...aku nak bercerita sikit mengenai program yang dianjurkan tadika anak pada 23 July yang lalu....haa..dah lama kan, tapi baru nak citer..ada masalah tempohari tak dapat nak upload gambar.  Alhamdulillah dah dapat dah.

Program ni disertai 19 cawangan Genius Aulad.  Tujuannya nak mengutip sumbangan untuk 600 keluarga fakir miskin sempena bulan Ramadhan.  InsyaAllah sedikit sebanyak dapatlah meriangkan dan mengurangkan bebenan mereka yang kurang bernasib baik. Kita ni sedap2 jer kan makan, nak itu ini bagai boleh lagi dapat.  Walaupun aku bukan orang kaya duit dan harta tapi berada dalam ekonomi yang boleh la.   Cukup la makan pakai. 

Pada petang kejadian seawal jam 4.30 petang dah sampai kat Putrajaya.  Jenjalan dulu kat sekitar Masjid Putrajaya.  Lepas solat 'Asar sekitar jam 5.40 petang bertolak ler ke destinasi.  Program akan bermula jam 6 petang. Masa pegi dah nampak lokasi nak dituju...tapi bila cari2 haih...dah tak jumpa lak..pastu terpergi lak kat tempat berkhemah tu. Ha...bukan kami jer...ada ramai lagi parents yg nak ke lokasi kejadian tapi dah tersalah tempat. Lokasi sepatutnya ialah Taman Wetland Putrajaya. Yang kami singgah tu rasanya Taman Rekreasi Wetland. Nampak macam sama tapi tak serupa.

Apalagi kuar balik la...nekad jer lah cari tempat yang aku nampak masa datang tadi.  Keta kat belakang kami tu pun follow jer....mana kami lalu dia pun lalu sama...kami sesat dia pun sesat.  hihi..last2 jumpa jugak...Ha..yang bestnya terjumpa balik parent ni masa kat parking dan surau.

Dari pintu gerbang tu jauh jugak masuk ke dalam....tapi dah ada la penunjuk arah, tak la sesat lagi...sampai kat lokasi wah dah berderet2 keta.  Nasib baik bawak keta cenonet jer....tu pun jauh weh parking....aku turun dulu kat tepi simpang...para petugas lak tengah sibuk memunggah sumbangan barangan dari kenderaan.  


Kat memo hari tu dah dipesan.  Barangan yang boleh disumbangkan ialah Beras, susu tepung dan minyak masak.  Yuran penyertaan program ni ialah RM50.  1/2 dari yuran disumbangkan kepada 600 keluarga fakir miskin.  Ni gambar sumbangan barang keperluan harian pada waktu petang, dah malam tu lagi banyak tapi aku tak snap dah.  Sampaikan kena mintak tolong jemaah nak hangkut ke lori.  Tak silap aku ada jugak nampak sumbangan gula dan tepung.

 Sumbangan minyak masak

Beras dan susu tepung

Memula sampai kat sana kena daftar dulu mengikut branch.  


 Lai..lai..register kat sini...mak aiii..gambo gelap macam dah malam hari.

 Teacher-teacher yang berdedikasi

Aaaa...ni Teacher Azura Zhulli...teacher class Deeja. Ehem-ehem, anak techer ni ensem tau..

Pastu dapat ler goody bag. Dalam goody bag ada air mineral, roti bun 2, risalah-risalah dan ada dua bende tu aku tak tau apa namanya Ala...yang menyala-nyala dalam gelap tu.  Haha..apa la aku tak tau nama dia..Bende ni untuk budak-budak.

Kat tepi khemah pendaftaran tu ada pulak khemah gerai.  Ada jual makanan, minuman.  Kalo lapar boleh singgah kat situ untuk kenyangkan perut dan basahkan tekak.


Ni dengar ceramah.  Ha...tapi parents menyembang lagi riuh....dah ramai2 kan.  Waktu tu pulak dah mula gerimis.  Tak silap aku dalam memo sepatutnya utz. Zahazan tapi dah tukar dengan ustaz ni.  Nama sorry ...aku lupa laa...:P.  Ustaz bercerita kepada anak-anak mengenai bulan Ramadhan.  

 Ustaz sedang berceramah pada anak-anak.  Jauh lak tak nampak muka.

 Antara keluarga yang dah tiba...ramai lagi tak sampai pada waktu ni.

Ini budak tak sabar nak tengok ape bende ada kat dalam beg ni.

Lepas habis ceramah diadakan solat Maghrib berjemaah.  Oleh kerana surau tempat jemaah wanita dan jemaah lelaki dah penuh, maka beramai-ramai jemaah di atas padang rumput.  Syahduu jer rasa masa ni.  Anak-anak kecil turut serta berjemaah kecuali ibu-ibu yang bercuti.P

 Kaum bapa solat kat sini, selebihnya kat padang

 Para ibu dan anak solat jemaah bersama

Yang telekung renda biru tu Deeja

Selesai azan isyak acara berjalan beramai-ramai di waktu malam dimulakan.  Anak aku masa ni dah sibuk tanya bintang, kenetulan malam tu lak takde bintang.  Mintak maaf lah Deeja, bintang tade le..Ada yang berjalan sambil berselawat ke atas nabi.  Tapi kesian jugak..parents yang bawak stroller bagai.  Aku sendiri pon bawak banyak barang..haha...aku bawak kemera kat leher(pastu aku transfer kat en. suami), payung, beg telekung ngan sejadah, makanan, goody bag ngan isi-isi nya dan handbag. Ha...dah macam keldai bawak barang pulak. Penat  weh....perjalanan 2km.  Besoknya kejang2 kaki, kengkang-kengkang jer jalan.  Huwa...

Get ready nak mulakan perjalanan

 Minum air jap...saya haus la...


Aaaa...abang ni bawak baby dalam stroller

Dah nak sampai.  Nampak macam tak ramai jer kan..tapi sebenornya ada ramai nih..
On the way tu ada petugas yang menunggu kat tepi laluan, peti pertolongan cemas pun ada disediakan.  dan memang ada pun budak yang terjatuh...sian budak tu, luka dia...
Dah sampai kat padang sumer keletihan...phewww...air..air...Deeja macam tak penat jer ek...mana taknya bila dia penat terus dia request dokong.  en. suami la jadi mangsa...


Aaaa..aku rasa macam nak berpinar dah...lain kali aku sambung pulak.  tak abis lagi citer nih.




No comments: