Senyum itu satu sedekah

Friday, August 12, 2011

Mandai (jeruk kulit cempedak)

Ahad lepas kawan sekampung en. suami telah memberikan buah cempedak.  Setelah menggoreng isinya untuk dibawa ke tempat kerja en. suami (untuk berbuka puasa ngan kawan2 keja) maka aku rasa sayang pulak kalo nak buang kulit cempedak tu sebabnya aku teringat akan mandai.

Sebelom ni masa aku blaja dulu aku pernah la join kawan serumah aku buat mandai ni.  Maka aku pun terhengen nak membuatnya.  Dan terus aku tepon mak kat kampung tanya camner nak buat.  Mak aku cakap bubuh air masak kat dalam balang ngan garam.  Pastu bubuh jer kulit cempedak yang telah dibersihkan.  Maksud dibersihkan disini ialah...buang kulit menggerutu yang hijau tu, pastu potong2kan ia dan basuh2 dulu.  Perapkan selama 3 hari...Kang kalo ada putih2 timbul kat permukaan air tu abaikan jer.  Tu getah dia.  Kang bleh cuci. Tapi...sebab dah tak reti sabo2.....aku jerukkan dia sehari semalam jer...hihi..

Dan dengan confident level yang tinggi  aku selambaland telah memasukkan air mentah jer (air tapis) beserta garam.  Hahaha...engkar perintah ni jawabnya.  Nasib baik la jadi jugak!

Maka sahur tadi aku telah memasak mandai!  Jom tengok camner aku buat,  kot-kot la korang nak cuba gak...ele...bukan susah pon.  sonang yo.  Mumula sekali kuarkan mandai....bende ni aku simpan kat dalam peti ais.  Kalo siampan kat luar aku tak tau la apa keburukannya.

Camnilah rupa mandai....


Key....kuarkan dari balang mengikut banyak mana nak masak.  Basuh bersih-bersih.  Ketepikan.


Pastu sediakan bahan2 ni....




* cili hijau hidup atau cili kering yang dipotong2.
* Bawang besar dipotong2 jugak.
* cili api ditumbuk2
* segenggam ikan bilis.
* sikit jer garam...sebab mandai tu dah bergaram, ikan bilis pun masin2 dah.


skang ni segmen campak2 je dalam kuali....
...sebelum tu lupa lak aku nak bagitau, mandai tu korang goreng dulu..agak2 la jangan sampai rentung udah.  Angkat dan ketepikan.





Kendian tu masukkan bawang besar, cili hijau atau cili kering, cili api dan ikan bilis....Agak2 dah cantik jer layu sumer bahan2 tu boh jer mandai yang telah digoreng tadi.  Bubuh garam sikit jer tau...Tutup api.  Siap dah.



Cenggini lah rupa lauk mandai yang aku hasilkan.  

Masa sahur tadi aku tak citer pon kat en. suami apa bende yang ku masak ni.  Lagi pon masa aku masak sedap jer en. suami tidooo..huhuhu....Dan en. suami meneka mende tu ayam.  Aku senyummm jer...dah masuk mulut en. suami kata kentang lak...lagi aku senyum...kutanya sedap ker...jawapnya sedap!  Kikiki..baru ku beritahu tu kulit cempedak! Tergezut dia!

Mungkin korang ada resepi dan idea yang lagi best!  Dah namanya mandai aku pulak buat memandai-mandai. ehehe...

Ni enak dimakan bersama nasi putih panas.

Tambah nasi sepinggan lagi boleh?







4 comments:

awinsjclarke said...

Salam, Memang sedap mandai ni if makan dgn nasi panas atau bubur if kita tengah demam panas. Mak saya org banjar dan dia kata biasa nya orang melayu tak pandai makan masakan ni, tapi hari tu ada je masakan n bawa ke office tapi ramai jugak laaa yang suka makan mandai ni.. dorang kata rasa mcm lobak masin cuma mandai ni dia ada wangi cempedak kat nasi nnti... thanks for sharing info kay,

nurbeena said...

Wa'alaikumussalam. thanks singgah sini. tak tau plak ia lebih sesuai utk demam panas. Thanks jg berkongsi info tersebut.

Deesha said...

Assalamualaikum...
Baru semalam saya makan madai ni. Baru saya tau jeruk ni dipanggil madai. Biasanya kami panggil jeruk kulit cempedak saja. Memang saya suka makan jerukni apa lagi kalau ditumis dengan udang basah dan cili besar dan makan dengan nasi panas. Hmmmm! Hanya menantu saya deorang saja yang belum tahu memakannya. Sedikit masa lah nanti pasti dia akan menyukainya.

Anonymous said...

Mandai ni mknn org banjar...mmg sedap dan menyelerakan..