Senyum itu satu sedekah

Saturday, August 13, 2011

Kalender menghitung hari....

Ewah-ewah.....tajuk kan main ek?  Kalender menghitung hari....kang owang  ingatkan ada kaitan ngan lagu Krisdayanti plak...tapi kat sini takde kaitan pon ngan lagu ke, syair, pantun mahupun gurindam syahdu.  Ayoyo...apa merapek ni..


Ni la bendenya.....kat sekolah haritu teacher wat aktiviti lukis kalender ni.  Ha...kang senang la kan anak-anak ni nak kira berapa hari lagi puasa dan berapa hari lagi nak raya.  Heee...macam la anak aku ni puasa.  Hayok...bocor rahsia la mama ni.  Budak ni tak pose lagi, bukan kuat makan pon tapi kuat minum susu.  Kat taska sebelom g school (anak aku sekolah petang) siap eksyen tak moo makan nasik.  Amboi..kang kat school sibuk lak mintak cikgu nak makan...lapor....Kalau ditanya Deeja puasa ke?  "Saya puasa tapi saya kecik lagi boleh makan la..."  Cenggitu plak yer?
eh...apa melalut ni.  Citer kalender kan?


Sebelum tu, cer tengok nombor 8 yang Deeja tulis, ahaks!  Tapi bila sampai no 28 ok lak. No 19 macam 1a.  Boleh dibaiki kan...aku dulu umur 6 tahun baru blaja tulis2 ni.  takde sekolah tadika.  Kak Ellia Mona aku yang rajin ajar. Mekasih :). Tapi sebelom masuk sekolah aku dah bleh baca sket2.

Key..hari2 sibuk tanya bila bleh tanda ni...Lepas tanda tanya pulak lama lagi ker raya?  Pastu tanya lagi, hari raya tu birthday dia ke?  Dah ditanda dari hari pertama sampai la  hari ke tujuh,  pastu dia dah lupa la sebab minggu lepas sibuk balik kampung.  Dah balik tu sibuk main lak ngan sepupu-sepupu.  Sampai lebam jatuh main lasak benor...... masuk hari ni dah hari ke 13, masa aku taip entry ni Deeja dok dibuai mimpi lagi (ni pas solat Subuh).  Kang dia bangun aku suruh la dia tanda balik.  Ari tu aku perap jer kalender ni dalam beg aku.


Yang ni lak gambor kalender Deeja.  Biasa kita gambo kat atas, kalender kat bawah.  Version ni dia terbalik, gambo kat bawah.  Apa yang aku nampak imaginasi Deeja raya tu menggembirakan pastu best dapat main bunga api.  Hurm...sebab tu la bila bulan puasa jer sibuk ajak aku g bazar depan rumah, bukan nak beli makanan tapi syibuk nak beli pop-pop!  Singgit satu walhal kedai depan umah aku jual enam kupang jer!   Mende sama je sebijik! Tapi dia nak beli yg kat bazar gak, happening sket kot!

No comments: