Senyum itu satu sedekah

Monday, August 22, 2011

Berbuka Puasa Kat Umah Saye

Semalam en. suami ajak kengkawan (macam ler ramai benor..kiki...) ngan adik ipar makan kat umah kami.  Yang lain pon ajak juga tapi tak dapat datang....makanya lima orang jer yang menghadirkan diri ditambah ngan 2 baby yang comell.
Mende yang aku masak ialah yang senang2 jer......dah la tu korang dah pernah tengok pown....alahai...cam tu jer erkk aku reti masak.  Menu semalam yang aku sediakan ialah ikan siakap lemak kuning, mandai, kerabu, ayam bakar ngan sirap bandung cincau.  Menu kawan bawa kuah percik dan ikan bakar (bakar kat belakang rumah aku).  Adik ipar lak berjinjit bawak air soya (aku modify buh cincau), cucur udang, popia basah, sate ayam n daging, rojak ngan murtabak.  Ha...banyaknye menu...naik ler karang ni berat aku...


Ketibaan Cumei n Maksu n baby Alia

Ayam yang sedang dibakar
Yang ni aku dah perap dari pagi lagi...pastu kusumbat je dalam peti ais.  Sejam sebelom bakar aku kuarkan.

Ewah! Riang ria jer ahli bakar ayam

Ikan bakar, sory...kabur benor
Ni Azizul n Sarah bawa.


Syukur kepada yang Esa. Antara menu semalam

Sarah dan biras aku.  Mekasih tolong akak hidangkan juadah.
Kami makan kat lantai jerr...dah 7 orang manalah muat nak duk meja.  Tambah plak umah aku comel cenonet jer..

Sory...aku tulis pendek jer.....penat skit sebab semalam mengecat jugak.  Hari ni cam takde semangat jer...lagi pulak selsema...erm....

Kepada yang hadir....terima kasih.

Ramadhan Dua Zaman

Google

Sedar tak sedar hari ini dah menjejak 22 Ramadhan....Begitu pantas masa berlalu...Ramadhan semakin berakhir, Syawal bakal menjelang.  Sedih dan pilu...entah ada atau tidak lagi peluang melalui Ramadan 1433H.  Allah jua yang maha mengetahui.

Bulan Ramadhan aku jarang sangat2 buka radio.  Bukan bulan Ramadan pun jarang juga. He.he... Tapi hari tu sewaktu aku drive  Dj IKIM memutarkan lagu  "Ramadan Dua Zaman".  Terus mengingatkan aku kepada rakan2 blok APK-19 di UTM dulu.  Bukan apa...ketika itu usia aku baru 18 tahun.....sekarang dah 34 pon bahkan bakal menjengok 35 awal tahun depan.  Pada masa tu aku dah kenal ngan lagu "Ramadan Dua Zaman" ini.  Syahduuu  sangat liriknya....   Kasetnya pon aku beli...tp dah rosak la...zaman2 tu takde maknanya guna cd.  Cuma sekarang cara penyampaian dah diperbaharui. Hayatilah...sangat menyentuh perasaan aku....

Ramadhan Dua Zaman

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira dengan kedatangan mu
Kami gembira dengan pemergian mu
Malam mereka disimbah nur Al-Quran
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mijahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Dah abis baca...jadi apa perasaan anda semua....?

Aku rasa ramai yang mengakui dengan apa yang dikatakan lirik nasyid ini, tapi tak ramai yang nak melakukan perubahan.  Jauh berbeza Ummat dahulu dan sekarang.  Manusia akhir zaman.
Wallahua'aklam.

Saturday, August 20, 2011

Saya dapat dua!

Hari kejadian adalah minggu lepas, sebelom aku sakit.  Sampai je kat depan pintu taska Deea pon "serprise" Ehehe...tunjuk kat aku dapat dua cup jajan bagai...  OO....best2.  tapi....kat dalam keta dia bukak baraikan.  Plastik merah pembalut pon dah tertinggal kat dalam keta, riben pengikat apatah lagi...Ni tadika yang bagi.....Lam pada tu aku heran la jugak.  Pesal dapat 2 cup lak?

Aku tanya:  "napa dapat sampai dua?"
Deeja jwb:  "Lagi satu uncle Nuri punya, tapi dia kasi kat saya"


O...patut la dapat dua,  benornya uncle Nuri tu drebar van tadika.  Dulu uncle Aswad.  Dah beberapa bulan ni tukar ngan uncle Nuri lak sebab incle Aswad dapat keja gomen!  Ehehe..bukan uncle mana pon..muda2 lagi...muda dari aku tu rasanya.  Budak2 memang sesuai la panggil uncle.  Eh..terima kasih ye en. Nuri.  Lain kali kasi lagi..

 Ni lah isi perut cup tu.  Gula2 tu sebiji dah kena rembat...sebab tu tinggal 5 bijik jer...kepok corntoz tu pon dah kena koyak n ngap2 dek anak aku.  Tapi dia makan bukan abis pon.  Budak ni tak kuat makan.  Ikut suka dia jer...kadang2 tengah2 malam ada jugak dia mintak makan.  Terpaksalah aku turutkan.  Tak kasi kang lapor pulak dia,  buatkan makan ciputtt jer....Ngeeee.....

Baju Kurung Dah Siap!

Sehari sebelum puasa aku dah beli kain ni kat Arked Man Sg. Besar.  Aku balik dua beranak jer sebab en. suami macam biasa kerja...Aku tunjuk kain ni kain tu kat Deeja dia buat derkkk jer....dok sibuk la jugak tanya mainan.  Akhirnya dipendekkan citer inilah kain yang Deeja pilih...

 Aku terima jelah asalkan Deeja suka.  Tapi aku tersengih jugak dah macam pelapik pinggan.  Rasanya aku nampak kat Ikea...  Takper aku tak kisah asal Deeja suka.

Balik umah aku terus hampar atas lantai dan mulakan operasi sukat menyukat dan potong memotong.  Sambil2 tu kejap2 melaung kat mak aku...hahaha...kena rujuk gak sebaB aku ni dalam setahun sekali dua jer jahit baju sendiri.  Tu pun baju kurung jer la yang konpiden sket. ...baju blouse pernah sekali la aku buat.  Tapi tak berapa menjadi la tang tangan tu..Huhu..

Petang tu aku , Deeja ngan mak tersayang pegi umah kak Ateh nak jahit tepi....kan main semangat lagi yer...Lepas solat Isyak aku dah start operasi menjahit.... Habis ku bantai mesin jahit mak aku yang old school tu.  Banyak jasanya nih sedari aku kecik2 lagi.  Aku lagi suka yang nih berbanding mesin letrik..Senang nak control. Jahit pon lebih konpiden.  Cumanya lambat siap ler..udah slow melow kan..

 Memola jahit leher/tengkok dia dulu...

Ayork...dah terjahit sekali la..fail lah pulak...kena la bukak balik... Pastu ada la jugak adegan lain yang tak best, tangan aku pasang terbalik...haha..kena bukak la balik kan...tapi yang best nyer  siap jugak aku sambung baju tu malam tu.  Kain aku jahit lepas sahur sebab pagi tu aku nak drive balik Kolumpo.


Masa kat kampung aku tak test pon tengkok tu maut ke tak kat kepala Deeja.  Hasilnya, tak lepas pon kat telinga...adoiii la..silap tol la...kena la bukak balik dan besarkan pastu jahit semula.  Aku jahit  tangan jer sebab mesin jahit aku kt Kolumpo ni dah rosak.  Second time percubaan....lah....tak muat jugak!.... dan akhirnya bukak abis pelapik leher tu dan ganti ngan kain yang lain.  Nasib baik lebihan kain ada lagi mak aku simpan.  

Dan hasilnya setelah dah siap...inilah dia....jeng..jeng..jeng...

Boleh lah ek....yang penting tengkok dah muat....lagi selai mak aku buat dan selai lagi belom potong pon...sempat ker siap agaknya...takper, baju2 blouse ngan suar panjang dah ada...gegaya macam raya sakan jer..tapi ntah2 duduk umah jer....

Deeja yang demam tu belum kebah lagi.  Ada tengah layan Boboiboy.  Malam tadi bersengkang mata la melayan Deeja yang demam.  Demua ni dugaan Ilahi, InsyaAllah ada hikmahnya...

Friday, August 19, 2011

Wanita Cantik!


19 Ramadhan 1432 Hijrah

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?" 
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. 


"Aku tidak mengerti", kata anak itu. 


Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
 
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
 
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
 
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
 
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"  
 
Allah berfirman: 

 





"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
 
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
 
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
 
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
 
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
 
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
 
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
 
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."




"Kau tahu: 

 



Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
 
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

Kurma Upin & Ipin

Takde mender apa pon.  Cuma ni ha...dah klinik tutup semalam aku pon singgah kat Grand Union nak beli bubur segera.  Dah anak aku nampak lah pulak kurma Upin & Ipin.  Syibuk jer dia nak mintak aku beli.  Paket dia memang nampak cantik...cantik di mata aku la..mata korang aku tak taw..Ada tiga kaler, biru, cekelat dan satu lagi aku lupa kaler apa...hehe..yoyo oo jer. Aku tak kasi beli tapi dia nak jugak.  Yer aa..amik la..bayor sendiri yer...ehehehe..

Ni hah dia.  Berharga RM3.90

Promosi kurma Upin & Ipin.  Model demam

Kat bahagian belakang ada niat puasa

Nilah kurmanya.  Aku dah ngap pon

Dah bukak tu.....Terus Deeja cakap...

Deeja:  "La...saya ingatkan ada mainan kat dalam tu"

Hala.....jenuh dah tadi aku terangkan ms kat pasaraya, tu kurma bukannya ada mainan....huhu.

Damia Khadeeja demam

Dah dekat seminggu aku takde entry baru....bahan2 pon dah basi...aku takde kesempatan nak update dengan keadaan diriku yang jatuh sakit beberapa hari...sampai aku tak boleh berjalan dan kenalah merangkak serta mengesot.  Tak pon aku berjalan bertongkatkan kerusi...kewajipan kepada Allah aku tunaikan secara duduk saja..Alhamdulillah dah semakin baik beberapa hari ini berkat pertolongan en.suami, adik dan  mak abah.

Sekarang ni Deeja pula demam.  Bermula petang semalam 18 Ramadan sewaktu pulang dari taska, suhu badan Deeja dah terasa panas.  Balik umah jap sebab aku belom solat 'Asar.  Ngam2 jer siap solat aku pon g ke Klinik Aishah.  Deeja nak klinik Dr. Lai..tapi sorry la, ku takde budget nak ke sana.  Sekali sekala tu ada la pegi tu pun sebab bersebab. Aha...Dah bertahun2 aku setia ngan Klinik Aishah ni. Sampai sana jam 6pm dah.  Ngam2 jer ada notis...la...klinik tutup jam 6pm sepanjang bln puasa ni. Malam tak bukak langsung...Yer aaa.nak terawikh  kan... 


Hurm...terus aku tapau nasi, kuih dan bubur paket n balik jer umah. Masak bubur paket tu untuk Deeja.  Aku bagi jer ubat demam dalam peti ais tu.  Ada sikit lg.  Nak jadi cerita tumpah lah pulak. Adoiii yai...nak nanges jer rasa..


Biarpon demam tetap nak senyum tuh...

Jam 6 pagi aku sumbat lak ubat montot sebab suhu badan dah panasss.  Bertahan lah nak...!
Pagi tu aku angkut Deeja sekali g tempat keja sebab tak sampai hati nak hantar taska (demam kuat).  Nak tinggal kat umah tak sampai hati lak suh en. suami jaga.  
Makanya sekali lagi aku mengunjungi klinik Aishah dan dapatla ubat-ubatan ni.
 Antibiotik, ubat demam, ubat selsema, ubat batuk n ubat montot

 Dah tido...

 Eh...gelak pulak...terkentut..haha!

Tido balik dah



Tak pegi sekolah Deeja hari ini.  Ini adalah kali ke 3 Deeja tak pegi sekolah tahun ni. 

Ya Allah, semoga Damia Khadeeja cepat sembuh dari demam, batuk dan selsema.  Permudahkanlah segala urusannya. Amin.

Saturday, August 13, 2011

Kalender menghitung hari....

Ewah-ewah.....tajuk kan main ek?  Kalender menghitung hari....kang owang  ingatkan ada kaitan ngan lagu Krisdayanti plak...tapi kat sini takde kaitan pon ngan lagu ke, syair, pantun mahupun gurindam syahdu.  Ayoyo...apa merapek ni..


Ni la bendenya.....kat sekolah haritu teacher wat aktiviti lukis kalender ni.  Ha...kang senang la kan anak-anak ni nak kira berapa hari lagi puasa dan berapa hari lagi nak raya.  Heee...macam la anak aku ni puasa.  Hayok...bocor rahsia la mama ni.  Budak ni tak pose lagi, bukan kuat makan pon tapi kuat minum susu.  Kat taska sebelom g school (anak aku sekolah petang) siap eksyen tak moo makan nasik.  Amboi..kang kat school sibuk lak mintak cikgu nak makan...lapor....Kalau ditanya Deeja puasa ke?  "Saya puasa tapi saya kecik lagi boleh makan la..."  Cenggitu plak yer?
eh...apa melalut ni.  Citer kalender kan?


Sebelum tu, cer tengok nombor 8 yang Deeja tulis, ahaks!  Tapi bila sampai no 28 ok lak. No 19 macam 1a.  Boleh dibaiki kan...aku dulu umur 6 tahun baru blaja tulis2 ni.  takde sekolah tadika.  Kak Ellia Mona aku yang rajin ajar. Mekasih :). Tapi sebelom masuk sekolah aku dah bleh baca sket2.

Key..hari2 sibuk tanya bila bleh tanda ni...Lepas tanda tanya pulak lama lagi ker raya?  Pastu tanya lagi, hari raya tu birthday dia ke?  Dah ditanda dari hari pertama sampai la  hari ke tujuh,  pastu dia dah lupa la sebab minggu lepas sibuk balik kampung.  Dah balik tu sibuk main lak ngan sepupu-sepupu.  Sampai lebam jatuh main lasak benor...... masuk hari ni dah hari ke 13, masa aku taip entry ni Deeja dok dibuai mimpi lagi (ni pas solat Subuh).  Kang dia bangun aku suruh la dia tanda balik.  Ari tu aku perap jer kalender ni dalam beg aku.


Yang ni lak gambor kalender Deeja.  Biasa kita gambo kat atas, kalender kat bawah.  Version ni dia terbalik, gambo kat bawah.  Apa yang aku nampak imaginasi Deeja raya tu menggembirakan pastu best dapat main bunga api.  Hurm...sebab tu la bila bulan puasa jer sibuk ajak aku g bazar depan rumah, bukan nak beli makanan tapi syibuk nak beli pop-pop!  Singgit satu walhal kedai depan umah aku jual enam kupang jer!   Mende sama je sebijik! Tapi dia nak beli yg kat bazar gak, happening sket kot!

Mekasih Mak Ngah n Kak Ayu

Ape ke bendenya eh ni......ada bolat2 putih, pink, kelabu....adakah ia baju raya?  cer tengok ke bawah lak..

Ahaks.....nampak cam ada kepala kain jer....
Erm....ada istilah kepala kain ek?...hantam sajalah Labu..
Kite teruskan nengok dia......free jer nengok...takde kena bayor pong
.
.
.
.
.
ten..ten..ten..

Yey....sehelai tudung saiz kanak-kanak! 
Yer...tudung ni kakak ipar aku yang bernama Kak Ma buat.  Ada 3 helai...satu untuk cucu kak Ma, satu untuk kakak Sumayyah dan satu untuk Deeja.
Benornya ni lebih kain baju kak Ayu yang chumell tu.  dari terbiar memang elok dibuat sesuatu.  Tak membazir.


Saya dah pakai pun untuk pegi sekolah!  mekasih banyak2 ye Mak Ngah n Kak Ayu.

Friday, August 12, 2011

Mandai (jeruk kulit cempedak)

Ahad lepas kawan sekampung en. suami telah memberikan buah cempedak.  Setelah menggoreng isinya untuk dibawa ke tempat kerja en. suami (untuk berbuka puasa ngan kawan2 keja) maka aku rasa sayang pulak kalo nak buang kulit cempedak tu sebabnya aku teringat akan mandai.

Sebelom ni masa aku blaja dulu aku pernah la join kawan serumah aku buat mandai ni.  Maka aku pun terhengen nak membuatnya.  Dan terus aku tepon mak kat kampung tanya camner nak buat.  Mak aku cakap bubuh air masak kat dalam balang ngan garam.  Pastu bubuh jer kulit cempedak yang telah dibersihkan.  Maksud dibersihkan disini ialah...buang kulit menggerutu yang hijau tu, pastu potong2kan ia dan basuh2 dulu.  Perapkan selama 3 hari...Kang kalo ada putih2 timbul kat permukaan air tu abaikan jer.  Tu getah dia.  Kang bleh cuci. Tapi...sebab dah tak reti sabo2.....aku jerukkan dia sehari semalam jer...hihi..

Dan dengan confident level yang tinggi  aku selambaland telah memasukkan air mentah jer (air tapis) beserta garam.  Hahaha...engkar perintah ni jawabnya.  Nasib baik la jadi jugak!

Maka sahur tadi aku telah memasak mandai!  Jom tengok camner aku buat,  kot-kot la korang nak cuba gak...ele...bukan susah pon.  sonang yo.  Mumula sekali kuarkan mandai....bende ni aku simpan kat dalam peti ais.  Kalo siampan kat luar aku tak tau la apa keburukannya.

Camnilah rupa mandai....


Key....kuarkan dari balang mengikut banyak mana nak masak.  Basuh bersih-bersih.  Ketepikan.


Pastu sediakan bahan2 ni....




* cili hijau hidup atau cili kering yang dipotong2.
* Bawang besar dipotong2 jugak.
* cili api ditumbuk2
* segenggam ikan bilis.
* sikit jer garam...sebab mandai tu dah bergaram, ikan bilis pun masin2 dah.


skang ni segmen campak2 je dalam kuali....
...sebelum tu lupa lak aku nak bagitau, mandai tu korang goreng dulu..agak2 la jangan sampai rentung udah.  Angkat dan ketepikan.





Kendian tu masukkan bawang besar, cili hijau atau cili kering, cili api dan ikan bilis....Agak2 dah cantik jer layu sumer bahan2 tu boh jer mandai yang telah digoreng tadi.  Bubuh garam sikit jer tau...Tutup api.  Siap dah.



Cenggini lah rupa lauk mandai yang aku hasilkan.  

Masa sahur tadi aku tak citer pon kat en. suami apa bende yang ku masak ni.  Lagi pon masa aku masak sedap jer en. suami tidooo..huhuhu....Dan en. suami meneka mende tu ayam.  Aku senyummm jer...dah masuk mulut en. suami kata kentang lak...lagi aku senyum...kutanya sedap ker...jawapnya sedap!  Kikiki..baru ku beritahu tu kulit cempedak! Tergezut dia!

Mungkin korang ada resepi dan idea yang lagi best!  Dah namanya mandai aku pulak buat memandai-mandai. ehehe...

Ni enak dimakan bersama nasi putih panas.

Tambah nasi sepinggan lagi boleh?







Siapa Lelaki Kacak Itu?


Jumaat 12 Ramadhan 1432 Hijrah

Assalamu'alaikum…salam ramadhan...
Buat renungan semua…

Rasulullah (Sallallahu 'alaihi wasallam) bersabda: 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja...tengok je..

Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.  Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .


Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung ;) winking

Thursday, August 11, 2011

Tangkap gambor kat sekitar masjid Putrajaya

Errkk...boleh ker guna tajuk tu yer....aku sebenarnya saja nak abadikan gambor  Deeja kat blog ku yang tak seberapa ni.  Haha...suker hati jer ek....gambar2 ni sebelom pergi event GA kat Wetland tu.  Sementara tunggu en. suami menunaikan solat 'Asar aku pon snap gambor2 Deeja. Tapi kat luar jer, tak masuk dalam. Aku main snap jer ni.  Takde kemahiran pon.  Sumer guna auto ajer.  Pinjam kamera Bajid.  Aku malas nak pinjam,  tapi en. suami nak pinjam jugak.  Motto aku senang jer....kalo takde duk diam2 jer....buleh? :)

 pose pertama saya

 Senyum!

 Alamak...gigi saya yang serpih sudah nampak!

 Bila perasan lawo Deeja akan buat pose cenggini

 ehehehe!

 Saya rasa macam nak baring la...

 Saya senyum macam ni ok tak mama?

 Mmmmm

 Dah mulai susah ni nak beri kerjasama tuk tangkap gambar

 Dah buat hal dia sendiri....

Isk....dalam tu pun Deeja nak terjun. Isk isk isk!  

Tata!

Wednesday, August 10, 2011

Charity Night Walk For Ramadhan - Bahagian Dua

Sambung citer semalam...

Ni hah bende yang aku tak tau namanya tu....seronok jer anak aku buat main-main.  Kejap-kejap buat gelang, kejap-kejap buat kalung.  Suka-suki jer nak buat apa.  Tapi nak buat kapal terbang tak boleh lah...kalau leh buat tu magic lak tu..Hoo....




Kendian ada persembahan dari Genius Aulad Talent dan Kumpulan Raihan.  Cecomel jer bubudak ni.  Ada beberapa buah lagu yang disampaikan.  Lagu apa...hehe...aku dah lupa la lagu apa...banyak tertelan semut ke nih aaa...


 Nyanyian bersama Genius Aulad Talent dan Raihan

 Tenaga pengajar GA

 Kumpulan Raihan

 Che Amran sedang berkisah mengenai lagu yang baru dinyanyikan dan album boleh didapati di cawangan2 GA.  Menurut beliau lagu yang terkandung di dalam album adalah bagus untuk memudahkan hafalan anak2.  Kiranya ada kaitan ngan pelajaran la.


Pastu derang umum nak 10 orang pelajar untuk jawab soalan kuiz dan Deeja terpilih.Hadiahnya merupakan hamper yang macam best2 jugak.  Tapi ramai lak yang bersumbat2 masuk kat barisan tu.  Dah bukan 10, terlebih-lebih pulak daa...


Aku duk perati dari jauh sket...sbb aku tau Deeja mesti cemas dan cuak...semua soklan dalam Bahasa Inggeris dan Deeja tak berapa paham.  Soalan senang2 jer macam apa nama kelas, apa nama sekolah, baca Al-Fatihah, tapi dia lambat nak paham.... Biler dah makin gelisah tu dia pergi kat ayah dan bagitau, .....saya nak berak....ops.....konpom, dia dah kecut perut dan tak keruan susah hati...sian aku tengok....takperlah nak...takde hamper pon takpolah.  Tak marah..

Lepas tu ada soalan kuiz jugak untuk parents.  Untuk ibu2 ada 3 soalan, dan untuk bapa2 pun 3 soalan jugak.  Hadiah pon hamper jugak...wooo..best best!
Aku tak join sebab malu jugak kot tak dapat jawab nanti..ahaha



Pose terakhir Deeja sebelom balik.

Benornya Deeja sedih tu tak dapat jawab soalan ngan belon masa penutup majlis...takper la takat belon tu jangan ler sedih sangat.  Sebab aku dah tak larat nak berebut2 belon tu.  
Program berakhir lebih kurang jam 10 malam.

Ku tanya Deeja, nak pegi lagi tak program macam tu, jawabnya.NAKKKK...

Balik tu kami singgah umah anak saudara jap sebab nak pulangkan kamera dia.  Aku blom ada kamera lagi, kamera lama aku yg beli tahun 2005 dah lingkup. Udahnya sampai kat umah jam 1 pagi.

Selesai sudah.