Senyum itu satu sedekah

Friday, October 14, 2011

Jadikan aku insan yg tabah

Dalam menjalani kehidupan sehari2 ada pelbagai perkara yang akan berlaku ke atas kita.
Samaada perkara tu memang rutin harian kita atau berlakunya perkara2 baru. 

Bagi aku rutin harian lebih kurang macam ibu-ibu bekerja yang lain juga.
Mungkin adakalanya sedikit membosankan.
Tapi sebenarnya itulah tanggungjawab.
Kadangkala seseorang merasa dah berjaya 'membela' anak2  tapi sebenarnya gagal 'mendidik'.  
sedikit menyentap kenyataan ku ini.

Sedari pagi uruskan diri sendiri (kalau rajin memasak dulu, kalau tak rajin beli saja)...kendian uruskan anak, hantar ke taska, sesudah tu ke tempat kerja.  Sesekali hantar anak pergi sekolah *anak sekolah petang.(takala anak tak naik van sekolah).  Dan petang ambik anak di taska, beli bahan memasak....memasak untuk makan malam, bersihkan diri...solat..beri anak makan....ajar n ulangkaji....basuh kain, lipat kain..sterika pakaian....siapkan beg untuk besok n berehat....tu tidak termasuk perkara selingan yang lain.  Rasanya korang nyer jadual pun lebih kurang kan....Mungkin lebih padat lagi.
Bila en. suami datang menghulur bantuan sangat2 bersyukur walaupun kekadang terlupa untuk mengucapkan terima kasih.

Perkara yang bukan rutin tetapi menjadi seperti rutin adalah menghadap hospital.  
Hospital dah macam rumah kedua...
Aku pun dah boring pegi hospital
Aku harap urusan aku disana cepat membuahkan hasil.
Aku dah tak larat nak menunggu sehingga 4-6 jam setiap kali urusan...

Ya Allah permudahkan segala urusanku
Qabulkanlah permintaanku
Kerana engkau penciptaku yang maha mengetahui
Engkau jualah yang Maha berkuasa ke atas sekelian hambamu
Jadikanlah aku seorang hambamu yang kuat dan tabah.
Amin.


Aku kena jadi macam ni
Kena kuat untuk kehidupan ku 
dan keluargaku.

3 comments:

masz_cute.blogspot.com said...

akk kenapa..?be strong kak...byk2 kn bdoa..insyaallah segalanya akn dipermudahkan..amin..:)

Syigim said...

tersebak baca posting ni, as a mother myself. mmg byk cabaran dugaan.. moga Allah tak putus2 merahmati mak-mak dgn penuh sifat sabar dan tabah :) amin.

nurbeena said...

Ina...terima kasih.

Syigim...Amin. Utk syigim jg akak doakan Allah berikan yg terbaik.